‘Jangan Lupa Tanggungjawab Pengundi.’ Dr Zulkifli Ingatkan Berdoa & Mohon Petunjuk Pilih Pemimpin ‘Terbaik’

Share

‘Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai pengundi.’ Dr Zulkifli ingatkan berdoa dan mohon petunjuk pilih pemimpin yang ‘terbaik’ kerana kita berhak memilih siapa untuk menjadi pemerintah kita kelak.

Bahang PRU ( Pilihanraya Umum) makin terasa apatah lagi di jalanraya banyak poster dan bendera parti masing-masing berdiri megah menanti saatnya siapa yang bakal menerajui negara. Ada di kalangan kita yang sedari merancang perjalanan untuk pulang mengundi di kampung halaman.

Artikel Berkaitan: Allhamdulilah. Allahuakhbar. Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat&Reaksi Netizen Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Kelapan

Jangan Lupa

Paling penting siapa pun pilihan kita, jangan lupa tunaikan tanggunjawab kita sebagai pengundi seperti yang disarankan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri ini. Ikuti perkongsiannya,

Tanggungjawab kita sebagai pengundi

Sudah diketahui umum bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 akan berlangsung pengundiannya pada 19 November ini.

Tanggungjawab Pengundi

Sekarang, semua parti politik dan calon menambahkan lagi kerancakan kempen Pilihan Raya dengan pelbagai seni dan cara termasuk rapat umum atau menggunakan media sosial moden untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak pengundi.

Saya lafazkan alhamdulillah kerana setakat ini, masih lagi terkawal tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku. Dan lebih menarik dari itu, terlalu banyak berita yang dipaparkan pertemuan calon-calon semasa berkempen di pasar, masjid, surau, atau tempat umum.

Rasa penghormatan antara satu sama lain dan bertegur sapa merupakan sejuzuk daripada tanda kematangan demokrasi berparlimen semasa berkempen diwujudkan dan diamalkan. Syabas semuanya.

Dr Zulkifli Ingatkan Berdoa

Menginsafi apa yang akan berlaku, makanya sebagai pengundi, saya mengesyorkan kepada diri saya, keluarga saya, bahkan masyarakat supaya kita mengambil kecaknaan dan prihatin berkenaan isu ini.

Dalam masa yang sama, hendaklah kita melaksanakan tugasan kita untuk mengundi pada hari yang telah ditetapkan. Ini merupakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang mesti kita tunaikan.

Keduanya, perlu kepada kita sentiasa mengambil maklum ilmu dan juga kefahaman terhadap manifesto yang dibentangkan kepada kita kerana sesebuah parti atau calon akan melaksanakan dengan sebaik mungkin berdasarkan tekad dan iltizam jika diberi kemenangan untuk melaksanakan manifestonya.

Ketiga, kita diajar untuk berdoa, beristikharah (mohon petunjuk dari Allah melalui solat dan doa sebagaimana riwayat yang sahih) dan beristisyarah (mohon nasihat dan pandangan dari yang mengetahui).

Baca Di Sini :

Budak 12 Tahun Ambil Alih Jaga Ayah Lumpuh, Pikul Tanggungjawab Sebagai Ketua Keluarga

Mohon Petunjuk

Keempat, antara doa yang sepatutnya kita lazimi pada saat ini ada tiga doa, iaitu:

• Doa Pertama:

اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
Maksudnya: “Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.” (Lihat Ibtihalat wa Da’awat oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 68)

• Doa Kedua:

اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Lihat Nafahat al-Minbar al-Makki, 1/137)

• Doa Ketiga

اللَّهُمَّ لَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لَا يَخَافُكَ فِيْنَا وَلَا يَرْحَمُنَا
Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan pemimpin kami – disebabkan dosa-dosa kami – orang yang tidak takut kepada-Mu dan tidak mempunyai belas kasihan kepada kami.” (Lihat al Mustadrak ‘ala Majmu’ Fatawa, 3/108)

Fudhail bin ‘Iyadh Rahimahullah pernah berkata:
لَوْ أَنَّ لِي دَعْوَةً مُسْتَجَابَةً مَا صَيَّرْتُهَا اِلَّا فِي الاِمَامِ

Maksudnya: “Seandainya aku memiliki doa yang mustajab, aku akan tujukan doa tersebut pada pemimpinku.”

Kemudian ditanya kepada Fudhail, “Kenapa begitu?” Lantas jawabnya: “Jika aku tujukan doa tersebut pada diriku sahaja, maka itu hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku, maka rakyat dan negara akan mendapat manfaat dan kebaikan secara umum.” (Lihat Hilyah al-Auliya’, 8/77)

Pilih Pemimpin ‘Terbaik’

Semoga peringatan ini akan membawa kepada kebaikan kepada pemimpin yang dipilih nanti. Kita mengharapkan negara kita akan menjadi negara yang aman sentosa, makmur dan rakyatnya sentiasa dilimpahi keberkatan dari Ilahi. Amin.

Kashoorga : Pilihlah pemimpin yang anda percaya dan yakin.

Sumber : Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat