‘Jangan marah, berkali-kali rasulullah pesan.’ Cuba diam, pause sekejap bila emosi tak stabil!
Sememangnya sesuatu yang sukar bila disuruh bersabar di saat api kemarahan meluap-luap. Terasa nak diluahkan segala isi hati bila rasa marah membuak di jiwa. Kalau boleh nak bercakap tanpa henti agar semua orang tahu apa yang terbuku di hati.
Sesungguhnya, perasaan marah, sedih dan gembira merupakan sifat yang terdapat dalam jiwa setiap yang bergelar manusia.
Ia adalah emosi semula jadi yang bersifat negatif dan kebiasaannya bermula daripada sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
“Jangan marah”… Larangan ini telah diulang oleh baginda nabi beberapa kali. Di dalam sebuah hadis: seorang laki-laki berkata kepada Nabi, “Berilah aku wasiat?”
Beliau bersabda,”Janganlah kamu marah.” Laki-laki itu mengulangi kata-katanya, beliau tetap bersabda,”janganlah kamu marah.” – [HR Bukhari 5651].
Berkali-Kali Rasulullah Pesan
Pendek dan ringkas tetapi mungkin tidak diendahkan sedangkan pengabaiannya mungkin akan menatijahkan sesuatu yang besar kerana marah seseorang boleh bertindak di luar kawalan sehingga membawa kepada kecederaan atau pembunuhan.
Kerana marah, seorang suami boleh menjatuhkan talak kepada isteri apabila berlakunya pergaduhan. Kerana marah, mungkin akan adanya sekeping hati insan yang terluka akibat kata-kata nista yang dihamburkan lidah ketika dalam keadaan marah.
Orang yang dalam sedang marah keadaan tekanan darahnya tidak teratur, jantungnya berdegup kencang, paras degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat, pernafasan menjadi laju serta pendek.
Otot akan menegang, paras hormon juga akan meningkat sehingga menyebabkan pergerakan badan menjadi lebih bertenaga dan ketika itulah syaitan akan masuk.
Ads
Cuba Diam
Rasulullah pernah berkata di dalam sabdanya: Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. – [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].
Apabila syaitan mula membisikkan dengan bisikan kejahatan disebabkan seseorang yang tidak dapat menahan kemarahannya maka seseorang itu akan melakukan tindakan-tindakan di luar batasan seperti memaki hamun, memukul dan ada yang sampai ke tahap membunuh disebabkan kemarahan yang tidak dapat dibendung.
Pause Sekejap
Di sini ustaz kongsikan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk meredakan kemarahan. Antaranya ialah:
1. Membaca istia’zah atau ta’awuz.
Mintalah perlindungan Allah daripada syaitan yang menyesatkan dengan melafazkan “Aa’uzubillahiminassyaitonirrojim” yang bermaksud “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”.
Ini kerana syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan sesuatu perkara yang di luar fitrah manusia. Mereka akan berusaha menghasut manusia supaya melakukan perbuatan yang dimurkai Allah ketika seseorang itu dalam keadaan marah.
Oleh yang demikian, kita seharusnya meminta pertolongan Allah supaya diri kita terhindar daripada bisikan yang boleh membinasakan seperti membunuh, memaki hamun, melakukan perbuatan yang melampau dan sebagainya apabila seseorang itu marah.
2. Mendiamkan diri atau ‘pause’
Lebih baik daripada berkata-kata ketika marah itu ada benarnya. Kita akan hilang rasional apabila minda dikuasai nafsu amarah.
Bersabar dalam keadaan marah pula bukanlah sesuatu yang mudah, jadi ia memerlukan sesuatu untuk merasionalkan kembali pemikiran. Diam ketika marah dapat mengelakkan kita berkata sesuatu yang tidak sepatutnya.
Sabda Rasulullah: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya berkata baik atau diam. – [HR Ibn Majah 3961].
Tak Stabil
3. Menukar posisi seperti duduk, berbaring atau mengambil wuduk
Menukar posisi kedudukan apabila marah boleh meredakan kemarahan. Sabda Rasulullah: Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. – [HR Abu Daud 4151].
Atau dengan kita mengambil wuduk. Ini kerana kemarahan yang tak terkawal itu daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Maka air boleh memadamkan api.
Ads
Sabda Rasulullah: Maka jika salah seorang di antara kalian marah hendaklah ia berwuduk. – [HR Ahmad 17302].
Hikmah wuduk itu sendiri dapat membersihkan kekotoran hati, menyejukkan hati, melahirkan ketenangan serta dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.
Hakikat sebenar jika kita gagal mengawal kemarahan diri bererti kita telah tewas dengan permainan syaitan yang dilaknat Allah.
Tahan Sabar
4. Memikirkan ganjaran bagi mereka yang menahan marah
Pengiktirafan diberikan kepada mereka yang dapat mengawal diri ketika marah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Imran ayat 134:
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Sabda Rasulullah pula yang bermaksud: “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergaduh, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” – [HR Bukhari 5649].
Bersabarlah, ia merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran berulang kali kerana orang yang hebat itu adalah orang yang sentiasa sabar dalam apa jua keadaan.
Semoga kita dapat mengalahkan tipu daya syaitan yang sentiasa ingin kita bersamanya di dalam neraka.
Kashoorga : Setiap kali hendak marah, cuba kawal diri dan alihkan perhatian kepada perkara lain.
Tiada siapa yang dapat menidakkan soal ajal dan maut. Sebagai hambanya kita hanya mampu menerima ketentuan daripada Allah dengan hati yang reda. Yang pergi tetap pergi manakala yang tinggal harus meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini.
Apabila berlaku kematian sama ada suami atau isteri antara perkara yang sering menjadi persoalan ialah tentang pembahagian harta.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana bimbang termakan harta yang bukan sepatutnya menjadi hak.
Berikut dua situasi apabila berlaku kematian.
Tahukah anda bahawa hak suami terhadap harta yang ditinggalkan oleh isteri (harta pusaka) hanya tertakluk pada 2 jenis pembahagian mengikut aturan faraid ini sahaja:
1. Bahagian faraid 1/2
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan ini tidak mempunyai anak sepanjang hidup bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/2 bahagian.
2. Bahagian faraid 1/4
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama isteri. Apabila kematian isteri berlaku, bahagian hak suami terhadap harta isteri mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.
Ini berlainan pula dengan situasi:
Apabila situasi isteri yang kematian suami (jika suami beristeri 1), hak harta suami terhadap isteri mengikut hukum faraid (harta pusaka) terdapat 2 asas utama iaitu:
1. Bahagian faraid 1/4
Dalam situasi ini, ia terjadi apabila pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/4 bahagian.
2. Bahagian faraid 1/8
Situasi ini terjadi apabila pasangan ini mempunyai anak sepanjang kehidupan bersama suami. Apabila kematian suami berlaku, bahagian hak isteri terhadap harta suami mengikut HUKUM FARAID adalah 1/8 bahagian.
Kesimpulannya selagi masih ada hayat, uruskanlah harta dengan sebaik mungkin demi masa depan mereka yang ditinggalkan.
Sumber: celikpusaka.blogspot.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ubat hati itu apa dia ustaz sebab saya selalu mengeluh dalam hidup dan mudah kecewa dan hati selalu tidak tenteram?
JAWAPAN :
Berkata Imam Nawawi :
وقال السيد الجليل ذو المواهب والمعارف إبراهيم الخواص رضي الله تعالى عنه دواء القلب خمسة أشياء قراءة القرآن بالتدبر وخلاء البطن وقيام الليل والتضرع عند السحر ومجالسة الصالحين
Ertinya : “Dan telah berkata pemimpin yang agung yang mempunyai pelbagai anugerah Imam Ibrahim Al-Khawas r.a. bermula ubat bagi hati itu ada lima perkara yaitu membaca Quran dengan memerhatikan segala maknanya dan memelihara perut dari penuh dengan makanan dan bangun pada waktu malam melakukan ibadah dan merendah diri munajat dengan Allah pada hujung malam dan sentiasa duduk pada majlis orang-orang soleh.” (Kitab At-Tibyan fi Adabil Hamalatil Quran)
Maksudnya ialah lazimkan selalu membaca Quran dan melihat dengan mata hati akan pengertian ayat-ayatnya.
Jangan makan minum terlalu banyak dan sebaiknya banyakkan lapar dengan berpuasa.
Bangun beribadah pada waktu malam dan munajat dengan Allah dekat waktu subuh dengan zikir dan doa.
Dan berkawanlah dengan orang soleh serta selalu hadir pada majlis para ulamak.
‘Allah suruh isteri minta duit pada suami.’ Mintalah sebab sayang, bimbang akhirat nanti lelaki dihisab. Minta duit pada suami bukan disebabkan mata duitan, tetapi sebab kasihankan suami.
Nafkah memang sudah menjadi tanggungjawab suami, oleh hal demikian tidak menjadi kesalahan bila seorang isteri meminta-minta nafkah daripada suaminya.
“Allah suruh.”
“Allah sudah kata. Allah tinggikan darjat lelaki (suami) kerana memberi nafkah kepada perempuan (isteri).”
“Minta.”
“Minta macam kita minta duit daripada mak, ayah kita.”
“Kita minta elok-elok.”
“Kalau hari ini tak bagi. Minta lagi esoknya.”
“Kita minta sebab kita sayang. Nak suami kita selamat.”
“Takut di akhirat nanti suami kena siksa sebab tak bagi nafkah.”
Minta Duit Pada Suami
Sahabat. Kita jadi isteri. Minta sajalah belanja dapur, diri kita dan anak-anak dari poket suami. Minta macam kita minta duit dari mak dan ayah. Selagi tak dapat. Kita merengek. Buat-buat merajuk. Usahakan sampai berjaya.
Jangan kerana kita berniaga online. Kerja makan gaji. Dapat harta pusaka. Kita biarkan suami kita tidak keluarkan duit nafkah. Mungkin kita hendak jadi insan mulia. Reda apa sahaja.
Niat yang baik itu kadang mengundang musibah. Allah tak suruh begitu. Allah suruh lelaki menafkahi wanita. Allah tinggikan darjat lelaki kerana menafkahi wanita.
Jatuh martabat lelaki yang mencuaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan rasa tenang mendapat reda isteri yang tidak menuntut nafkah.
Mintalah Sebab Sayang
“Allah suruh.”
Isteri. Minta duit belanja dari suami. Usah malu-malu. Usah kasihan dengan mata kasar. Kasihan dengan mata hati.
Kasihannya suami ku jika dihisab nanti. Malaikat memberitahu di hadapan Allah. Dia suami zalim.
Tidak membelikan untuk isteri pakaian baru untuk hari raya. Malah, tidak membelikan untuk isteri syampoo hingga isterinya bau hapak.
Tidak membelikan makanan hingga isterinya bekerja dan menafkahi dirinya. Serta tidak menyediakan belanja anak-anak. Hingga isterinya menangis malu menolak permintaan anak-anak.
Bimbang Akhirat Nanti Lelaki Dihisab
Nah. Buka luas-luas mata hati. Jangan kerana sempitnya rezeki kita rasa lemas dan ingin terjun ke tasik. Nanti betul-betul lemas dibuatnya.
Perlahan-lahan cuba minta nafkah dari suami. Dari seringgit dua kepada puluhan ringgit sehari. Minta dan terus minta setiap hari.
Insyallah rezeki suami akan semakin lapang kerana diberkati Allah. 1 ringgit belanja untuk isteri adalah wang yang sangat baik nilainya di sisi Allah.
Kerana si suami telah menunaikan hak isteri. Menunaikan tanggungjawab suami. Mendapat pahala sedekah kepada keluarga.
Pesannya cuma 1. Isteri, mintalah duit belanja dari suami.