Menjelang hari raya ini mungkin ada anak-anak berhajat membantu orang tua membayarkan zakat fitrah untuk mereka.
Tapi jangan terus bayar ya. Hukumnya tidak sah! Perkara ini dijelaskan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus
“Jangan memandai-mandai, orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri tak boleh orang lain tolong bayarkan,” katanya.
Jelas beliau, zakat yang dibayar oleh seorang anak untuk ibu bapanya akan sah sekiranya anak meminta kebenaran dan mendapat keizinan terlebih dahulu daripada mereka.
Kata Ustaz Azhar seseorang itu tidak boleh membayar zakat terhadap individu lain yang berkemampuan dengan sesuka hati.
Perkara sama juga perlu dilakukan bagi seseorang yang tidak wajib membayar zakat terhadap individu itu namun berniat untuk membayarnya.
“Suami wajib bayar zakat isteri jadi tak perlu minta izin, tapi isteri yang ingin bantu bayar zakat suami tak boleh memandai-mandai, perlu minta izin dahulu sebab ia bukan kewajipannya,” jelas Ustaz Azhar Idrus lagi.
“Anak jiran baik sangat dengan kita, kita suka sangat dengan dia sebab hormat dan tegur kita, jadi kita pun bayar zakat Fitrah untuk dia, tidak sah kerana yang wajib ayah dia, kita kena minta izin dengan ayah dia,” katanya dalam satu majlis selepas diajukan soalan sama ada boleh atau tidak anak membayar zakat Fitrah terhadap ibu bapa.
@zack.d5 boleh ke kita byar zakat fitrah untuk org tua kita… #zakatfitrah #kuliahzohor #tazkirah #ustat #uai ♬ original sound – zackD
Artikel berkait: Zakat Fitrah Boleh Dibayar Pada 5 Waktu Ini Tapi Hukumnya Berbeza