Viral di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki dituduh mencuri duit orang kerana kemiskinannya walau dia tidak mencurinya yang dikongsi oleh My Fund Action. Kata adik Akid, dia perlu bekerja di masjid untuk mendapatkan upah sekitar RM6 untuk membeli makanan berbuka kerana keluarganya miskin.
Tangisannya cukup meruntun hati rakyat Malaysia kerana bukan saja perlu bekerja tetapi keadaan rumah didiaminya juga sangat usang, sudah berlubang atapnya di sana sini termasuk ruang tandas yang hanya ditutupi kain.
Alhamdulillah, Allah bersama hambaNya dan tangisan rintihannya itu didengari oleh Ustaz Ebit Lew yang terkenal pantas membuat kerja tanpa mengikut apa-apa prosedur atau protokol.
Dalam satu perkongsian di fbnya, Ustaz Ebit Lew yang dilihat memeluk Adik Akid menyabarkan anak kecil ini dengan mengatakan kita ada Allah sekaligus menyelesaikan masalah rumah usang di dudukinya yang mana akan terus dibaiki.Semua masalah adik Akid selesai dalam masa dua jam.
Kongsinya :-
Adik Akid menangis ye. Jangan sedih. Kita ada Allah.
Syukur kami akan bina rumah baru untuk Akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. Dua jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah.
Selepas Subuh terus keluar rumah. 7.30 pagi tadi terus fly dari Subang ke Kota Bharu. Terus ke rumah adik Akid.
Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz.
Saya orang biasa je adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik.
.