Dalam hidup, jangan pernah mengeluh atau berprasangka negetif (su’uzhon). Ini kerana apa yang kita fikirkan itulah yang bakal terjadi. Selalulah berfikir positif (husnuzon) dan jangan pernah membiarkan fikiran negetif membelenggu otak dan fikiran kita.
Kisah mengenai “APA YANG KITA FIKIRKAN” ini pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW yang memberikan nasihat kepada seorang lelaki. Ia dikongsikan oleh Habib Quraysi Baharun yang juga Pengetua Sekolah Asrama Islam Ash-Shidqu, Kuningan, Jawa Barat.
“Suatu hari, Nabi Muhammad sallallallahu ‘alaihi wasallam menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Baginda memberikan nasihat selain membesarkan hati orang tersebut.”
Baginda bersabda, “Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu”. Orang itu menjawab: “Tapi ini adalah demam yang sangat teruk, tubuh terasa mendidih, jika terkena orang tua yang uzur, mampu membawanya ke tanah perkuburan”.
Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah bersabda,”Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya”. (HR Ibnu Majah)
Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullah. Perhatikan pesan-pesan Baginda ini:
“Barang siapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya. Barang siapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya” (HR. at-Tirmidzi)
“Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keredhaannya menerima keputusan Allah”. (HR. Ahmad)
“Jika kita asyik fikirkan sakit, kita juga menjadi sakit. Jika kita berfikir sedih, maka kita menjadi sedih. Jika kita berpikiran gagal, kita menjadi gagal.
Sebaliknya, jika kita berpikiran sihat maka kita pun akan sihat. Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia. Jika kita berpikiran sukses, maka kita nescaya sukses.
Inilah hukum “tarik menarik” yang merupakan sunnatullah yang berlaku di alam semesta. Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Jadi, tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan. Tugas kita hanya dua, iaitu berusaha dan terus berdoa. Selanjutnya itu urusan Allah Yang Maha Kuasa,” kata Habib Quraisy.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ketika seorang hamba berkata Laa Haula wa Laa Quwwata Illa Billah, maka Allah berfirman: “Lihatlah (hai para Malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu”. (HR. Al-Bukari Muslim)
Kerana itu, mari berfikiran positif dan sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.Sumber : Sindonews.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI