Tiada manusia yang sempurna. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Tidak perlulah terus-terusan mencari yang sempurna kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan berjumpa dengan insan yang sempurna.
Dalam rumah tangga, suami dan isteri itu saling memerlukan. Suami melengkapkan isteri manakala isteri melengkapkan apa yang kurang pada suami. Itulah sebenarnya tujuan sesebuah perkahwinan. Jika kesempurnaan yang dicari maka sampai bila-bila pun kita tidak menemui kesempurnaan yang diimpi-impikan.
Berikut perkongsian Mizan Dzai tentang mengapa dalam rumah tangga perlu ada toleransi kerana suami dan isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain.
BENDA BOLEH BAIKI JANGAN DIGANTI
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
TAK SEMPURNA
Ads
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan la tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Ads
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
LAYAKKAH NAK BERPOLIGAMI
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah la.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.
Ads
JADILAH LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami.
Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati yang saling mencintai sahaja tetapi lebih daripada itu. Islam sangat menganjurkan bagi mereka yang telah mampu untuk berkahwin, supaya segera bernikah. Nikah memenuhi fitrah kemanusiaan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.”
Apabila sudah berumah tangga, pelbagai cabaran yang perlu dilalui. Perkahwinan bukanlah sentiasa ‘indah-indah’ seperti yang kita bayangkan. Ia penuh dengan cabaran dan dugaan. Rasa cinta dan kasih sayang itu adakalanya ada pasang surutnya.
Seperti perkongsian Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di laman Facebooknya tentang hakikat perbezaan menjaga rasa cinta sebelum dan selepas berkahwin. Bukan mudah menjaga rasa cinta selepas berkahwin kerana sama ada suami atau pun isteri, masing-masing punya peranan untuk menyuburkan rasa cinta yang telah disemai.
Jika perkahwinan itu umpama sebuah kebun; untuk memiliki sebuah kebun adalah lebih mudah berbanding menjaganya.
Justeru untuk memiliki rasa cinta sebelum berkahwin adalah lebih mudah berbanding menjaga perasaan cinta itu selepas berkahwin.
Apa yang penting, jagalah perasaan sendiri agar selalu ceria dan positif. Insya-Allah, itu akan memudahkan kita menjaga perasaan pasangan kita.
Orang yang gembira selalunya akan dapat menggembirakan orang lain. Buanglah rasa benci, marah, kecewa, sayu dan putus asa di dalam hati.
IBARAT SERANGGA PEROSAK
Namun, jika rasa-rasa negatif itu timbul jua, bermujahadahlah untuk memeranginya. Jangan sekali-kali dibiarkan menetap lama di hati kita. Ia umpama serangga perosak yang boleh memusnahkan kebun cinta kita.
Perasaan marah, kecewa, sedih dan lain-lain boleh ‘dineutralkan’ dengan banyak beristighfar, bersedekah, berselawat dan memperbanyakkan solat sunat.
Sumber kredit: FB: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kehadiran seorang isteri itu diibaratkan pelengkap kepada sebuah kehidupan bagi seorang lelaki.
Bukan sahaja ada yang menjaga makan minum serta menyediakan pakaian, tetapi juga menjadi tempat bermanja mencurah kasih sayang.
Justeru jika ada ujian yang menimpa dalam rumah tangga dibina, pasangan suami isteri itu perlulah menjaga hubungan sedia ada agar terus berkekalan hingga ke jannah.
Gambar sekadar hiasan.
Perkongsian dari pengguna laman sosial Facebook Firdaus Shakiran ini sekali lagi mengingatkan kepada para suami untuk sentiasa menghargai para isteri dan tidak leka dengan tanggungjawab sebenar.
Menurutnya lagi kegembiraan seorang isteri itu membentuk rumah tangga yang bahagia.
Isteri gembira, rumahtangga bahagia..
Keluarga yg bahagia adalah keluarga yg mempunyai seorang isteri yg gembira…
Isteri merupakan jantung rumahtangga…
Uniknya seorang isteri ini ialah, moodnya mampu mempengaruhi suasana dlm sesebuah rumahtangga…jika moodnya baik, maka tenang dan amanlah rumahtangga tersebut…jika moodnya kurang baik, maka porak peranda dan panaslah rumahtangga tersebut…
Yg menguruskan dan mengendalikan rumahtangga tu adalah isteri…
Dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari, segala apa yg isteri buat selepas dia bangun dari tidur adalah utk suaminya dan anak-anaknya…dan dia melakukannya seorang diri…
Perasan atau tidak…
Jika isteri sakit atau tiada dirumah, suasana rumah tu rasanya berbeza…seolah-olah tak lengkap, sunyi, hilang seseorang yg selalu melakukan sesuatu, seseorang yg kebiasaannya mundar mandir depan tv, menjerit2 dari dapur, menghidangkan makanan, membersihkan mainan, membuang kekotoran dan sebagainya…
Kuat pengaruh dan aura isteri dlm rumahtangga…oleh itu, jika hari ini rumahtangga kita suram, tak meriah, kurang bermaya, maka tgok balik keadaan isteri kita…adakah dia gembira atau tidak…jika dia tidak gembira, tertekan dgn apa yg perlu dilakukannya setiap hari, maka ubahlah isteri…
Gembirakan semula isteri utk menjadikan rumahtangga kita bahagia…dan cara2 utk menggembirakan dia, terserahlah kpd anda..
Gambar sekadar hiasan.
Selain itu dia juga turut menitipkan pesanan agar jangan menyiksa perasaan seorang itu dengan banyak janji tetapi satu pun tidak ditunaikan.
Jangan sesekali berikan janji palsu kerana kesannya sangat pahit jika tidak ditunaikan. Menurutnya juga kurangkan membuat janji tetapi banyakkan berusaha membuat perubahan
Jgn siksa perasaan isteri dgn banyak berjanji…
Sedar tak sedar, kita yg suami ni banyak menaburkan janji kpd isteri, namun tidak pula berusaha utk menunaikannya…
Janji nak berubah, janji nak tinggal rokok, janji nak lupakan kehidupan ketika bujang, janji nak balik awal, janji tak nak melepak, janji nak jadi baik, janji nak tolong buat keje rumah, janji nak letak HP tepi, janji nak selesaikan masalah dia, janji nak jaga hati dia, janji nak tinggal asing, janji tak nak ulang lagi perangai buruk kita, janji nak manfaatkan peluang yg isteri bagi dan sebagainya…
Punya banyak berjanji, tapi ditunaikan tu tak…
Maka jadilah janji palsu…apa kesannya? Setiap kali berjanji, isteri akan berharap…isteri letak harapan dlm kata2 kita kpdnya…bila xbuat, bila xtunai, bila xusaha utk kotakan, dia akan kecewa…kepercayaan dia akan hilang…
Sbb tu, kurangkanlah berjanji utk elak isteri berharap…tapi terus berusaha utk buat dan tunjuk apa perubahan yg kita nak lakukan…
Dalam rumah tangga jika tiada gurau senda tentulah membosankan. Hubungan suami isteri jadi hambar dan kaku. Maka sebab itulah perlunya gurau senda serta rajuk dan pujuk dalam sesebuah rumah tangga. Baharulah sesebuah rumah tangga itu aman dan bahagia.
Dengan bergurau senda dan ketawa, ia sekali gus dapat melahirkan suasana bahagia dalam rumah tangga. Gurau senda merupakan sunnah yang dituntut dalam Islam. Tidak wajar sesebuah rumah tangga itu dilayari dengan suasana serius.
Kemanisan gurau senda antara suami isteri melahirkan suasana harmoni dalam rumah tangga. Ikuti perkongsian Muhammad Yusof tentang betapa perlunya gurau senda dalam rumah tangga serta kuasa memujuk isteri yang ada pada seorang suami.
Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.
Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu. Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.
GELAGAT ISTERI MERAJUK
Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung. Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan. Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia. Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.
Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah.
Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.
Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu. Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.
PELENGKAP ISTERI
Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.
Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.
Aku belajar sesuatu malam ni.
Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.
FASA BAHAGIA
Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.
Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong. Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.
Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.
Betul tak?
Sumber kredit: FB: Muhammad Yusof
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...