Pernah tak sahabat anda berkata,”Aku yang perempuan ni pun tak secantik orang transjantina (sila rujuk definisi nota kaki).” Golongan transjantina atau amrad ini adalah sebahagian golongan dalam masyarakat kita.

Kehadiran mereka sering menarik perhatian ramai berikutan penampilan yang jauh berani daripada wanita sejati.

Kemajuan teknologi komunikasi menambahkan lagi penyebaran aktiviti mereka di media sosial. Segalanya kini bergantung kepada diri kita sendiri samada menyukainya atau tidak.

Ada persoalan timbul, apakah hukumnya memandang golongan ini dan bagaimana ia boleh jatuh berdosa? Kita ikuti penjelasan ustaz Syed Shahridzan dari entri di facebooknya.

Lihat boleh tapi tak perlu lah lama-lama

Terdapat istilah bahasa Arab yang dikenali sebagai “Amrad” atau disebut “Syab Amrad”. Apakah maksud istilah ini?

Menurut kitab “al-Qamus al-Muhit” maksud “Amrad” ialah lelaki yang tiada misai dan janggut.

Manakala menurut perbahasan fuqaha’, “Amrad” bermakna lelaki yang tiada janggut. Amrad juga termasuk lelaki tanpa misai dan janggut yang mana wajahnya cantik seperti wanita.

IKLAN

Jadi golongan amrad dalam istilah Alam Melayu amat sesuai dikaitkan golongan transjantina.

Apakah hukum melihat wajah dan aurat golongan transjantina? Menurut Mazhab Syafi’ie seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam karangan beliau “Raudah al-Tolibin”

“Lelaki melihat lelaki hukumnya harus pada keseluruhan badan kecuali di antara pusat dan lutut. Tetapi haram melihat lelaki amrad dan selainnya dengan terbitnya rasa ‘teringin’”

Artikel berkaitan : Pintu Taubat Sentiasa Terbuka Akhirnya Menteri Agama Beri Lesen Penuh Tangkap Tarbiah Golongan Transjantina

Artikel berkaitan: Hukum Lelaki Pakai Baju Sukan Ketat Buat Wanita Terpesona!

Menurut penjelasan Imam Nawawi bahawa haram melihat golongan amrad samaada muka dan juga tubuh mereka dengan ada rasa seronok. Bahkan pengharaman ini tiada khilaf dalam kalangan ulama dari mana-mana mazhab sekali pun.

Perkara ini dinyatakan di dalam “Mausuah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah”:
“Para ulama fiqh bersepakat ke atas pengharaman melihat wajah amrad dengan rasa ‘syok’”

Dalam rujukan yang sama dijelaskan juga:
Para ulama fiqh bersepakat tentang pengharaman melihat pada amrad dengan tujuan berlazatan dan menikmati keindahannya.

Tiada beza antara amrad yang comel atau tidak. Bahkan telah dinyatakan oleh ulama Mazhab Hanafi dan Syafi’ie bahawa melihat golongan amrad dengan rasa ‘teringin’ lebih besar dosanya daripada melihat wanita kerana ia (amrad) tidak halal sama sekali (untuk golongan lelaki berbanding perempuan)

Kesimpulannya, haram lelaki melihat wajah dan tubuh badan golongan transjantina penuh keteringinan sama ada berwajah cantik atau tidak, apatah lagi wajah dan anggota badan yang mirip dengan wanita.

Bayangkan melihat wajah golongan amrad hukumnya haram apatah lagi melihat tubuh badan atau aurat mereka yang juga mirip kepada bentuk badan wanita.

Bahkan di sisi Syafi’iyyah lebih haram dan besar dosanya melihat golongan ini berbanding wanita kerana amrad sama sekali tidak boleh dinikahi oleh golongan lelaki

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Kashoorga: Suntingan dilakukan pada beberapa perenggan, ayat dan istilah tertentu yang terpaksa kami gantikan bagi mengelakkan pelanggaran peraturan penulisan di Facebook. Harap maklum.

Sumber artikel :ustazsyedshahridzan