
Isu perkahwinan melibatkan Illi Najwa Saddique dan ketua pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar terus mendapat perhatian. Jika sebelum ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim meminta majlis agama menyiasat secara menyeluruh selain meminta umat Islam tidak membuat spekulasi memandangkan Illi Najwa masih berada di India.
Terkini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu-isu sensitif berkaitan agama kerana ia tindakan tidak matang dan langsung tidak menguntungkan agama.
Masa yang sama, Menteri ini turut menasihat umat Islam agar mengelak perkara syubahah seperti sangkaan yang tidak baik kepada orang ramai, maka sewajarnya dielakkan.
"Dalam hal ini, wanita berkenaan serta ahli keluarganya jauh lebih mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku, termasuk status agamanya dan pasangannya.
"Di Malaysia, seseorang yang ingin masuk Islam hendaklah mengucap dua kalimah syahadah dan mendaftarkan pengislaman itu hadapan Pendaftar Mualaf atau mana-mana pegawai yang menguruskan pengislaman saudara baharu.
"Saya dimaklumkan, hal ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa agama Johor," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan individu berbangsa Melayu adalah beragama Islam.
"Oleh itu, tidak semudah-mudahnya menghukum seseorang yang berbangsa Melayu itu berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya.

"Bagi perkahwinan Muslim yang dibuat di luar negara, permohonan itu perlu dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di negara itu dan didaftarkan selepas pulang ke Malaysia.
"Adapun perkahwinan silang agama tidak dibenarkan dalam perundangan Malaysia," katanya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Fakta-Fakta Sains Dalam Al-Quran, Salah Satunya Berpisahnya Air Di Laut

Seiring ilmu pengetahuan kian berkembang, semakin banyak fakta sains di dalam Al Quran terbukti. Fenomena-fenomena alam yang terjadi ini semuanya sudah tertulis di dalam Al Quran sejak 1400 tahun lalu.
Ini kerana Isi kandungan Al Quran tak hanya terisi tata cara ibadah dan soal ketuhanan, bahkan di dalamnya terkandung banyak ilmu dan hikmah yang sehingga kini belum terungkap secara keseluruhannya.
Hal ini menunjukkan Al- Quran bukan karangan manusia, melainkan firman Allah yang kebenarannya tak diragukan. Dikutip dari halaman Idntimes, berikut fakta sains dalam Al-Quran.

Fakta-fakta Sains dalam Al-Quran:- Pembentukan janin
Proses terjadinya janin sudah tertulis dalam Al-Quran sejak 14 abad lalu, yang mana pada saat itu belum ada teknologi moden. Saat ini kita dapat mengetahui bagaimana proses pembentukan, dimulai dari proses persenyawaan, lalu membentuk janin dan seterusnya menjadi bayi sebelum lahir ke dunia. Dalam Al-Quran, pembentukan janin ini dinyatakan dalam surah Al-Mu’minun ayat 13-14.
ثُمَّ جَعَلْنٰهُ نُطْفَةً فِيْ قَرَارٍ مَّكِيْنٍ ۖ ثُمَّ جَعَلْنٰهُ نُطْفَةً فِيْ قَرَارٍ مَّكِيْنٍ ۖ عِظٰمًا فَكَسَوْنَا الْعِظٰمَ لَحْمًا ثُمَّ اَنْشَأْنٰهُ خَلْقًا اٰخَرَۗ فَتَبَارَكَ اللّٰهُ اَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَۗ
Kemudian Kami jadikan air mani itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh (rahim). Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (QS Surah Al-Mu’minun ayat 13-14).

Fakta-fakta Sains dalam Al-Quran: Gunung gunang sebagai pasak bumi
Penelitian mengatakan, puncak gunung mampu mencapai ketinggian 200 km, seperti yang digambarkan bahawa Gunung Everest sebagai gunung tertinggi di dunia. Para peneliti menggambarkan bahawa gunung-gunung seperti pasak berdiri yang ditegakkan ke bumi. Sebelum ilmu sains menemukan penemuan ini, Al-Quran telah mengatakan hal tersebut.
وَّالۡجِبَالَ اَوۡتَادًا وَّخَلَقْنٰكُمْ اَزْوَاجًاۙ
“Bukankah kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?”. (QS An-Naba’ ayat 7-8).

Fakta-fakta Sains dalam Al-Quran: Berpisahnya air di laut
Fenomena terpisahnya air laut terjadi di selat Gibraltar, selat tersebut menjadi tempat pertemuan air dari Lautan Atlantik dan air dari laut Mediterranean. Ia terletak di antara Benua Eropah dan Afrika. Setelah dilakukan penelitian, alasan terpisahnya air tersebut kerana perbezaan karakteristik dari kedua air tersebut. Fenomena ini telah tertulis dalam Al-Quran dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20.
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيٰنِۙ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيٰنِۚ
“Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?”. (QS Ar-Rahman ayat 19-20).
Fakta-fakta Sains dalam Al-Quran: Alam semesta mengalami perluasan

Menurut para ilmuwan, sejak terjadinya teori Big Bang (sepintas lalu mengenai teori ini di mana ia satu model kosmologi yang menerangkan tentang alam semesta (universe). Mengikut teori ini alam semesta dahulunya adalah dalam keadaan yang sangat panas dan tumpat. Akibat daripada ketumpatan dan kepanasan yang sangat tinggi, berlakunya cosmix explotion, satu letupan yang kuat dengan nama terkenalnya Big Bang). Akibat letupan ini, alam semesta terus mengalami perluasan dan mungkin memiliki ruang tidak terbatas. Dipetik dari Library Of Congress, analogi dari perluasan ini seperti sepotong adunan roti kismis. Saat roti mengembang, kismis menjauh satu sama lain, tetapi masih melekat di adunan. Perluasan alam semesta ini telah tertulis di Al-Quran dalam surah Adz-Dzariyaat ayat 47-48.
وَالسَّمَاۤءَ بَنَيْنٰهَا بِاَيْىدٍ وَّاِنَّا لَمُوْسِعُوْنَ وَالْاَرْضَ فَرَشْنٰهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُوْنَ
“Dan langit kami bangun dengan kekuasaan (kami), dan kami benar-benar meluaskannya. Dan bumi telah kami hamparan, maka (kami) sebaik-baik yang menghamparkan”. (QS adz- Dzariyaat ayat 47-48)
Telah diketahui matahari sebagai titik tata suria, bumi mengorbit matahari dari jarak 93 juta mil jauhnya. Selain bumi, terdapat planet-planet yang kita ketahui juga mengorbit matahari. Hal ini, juga telah disampaikan dalam Al-Quran 14 abad yang lalu, dalam surah Al-Anbiya ayat 33.
وَهُوَ الَّذِيْ خَلَقَ الَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَۗ كُلٌّ فِيْ فَلَكٍ يَّسْبَحُوْنَ يَّسْبَحُوْنَ
“Dan Dia-lah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari, dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya”. (QS Al-anbiya ayat 33)
Itulah dia beberapa fakta sains yang terdapat di dalam Al-Quran. Semoga pengetahuan ini dapat bermanfaat untuk kita.Sumber :- IDNTIMES
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Istimewanya Adik Naja, Lumpuh Otak Namun Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Istimewanya anak syurga ini. Dirinya dilahirkan dengan masalah cerebral palsy namun Allah memberikan sejuta keistimewaan buat anak kecil ini.
Kisahnya pernah viral dalam Hafiz Indonesia 2019 kerana kemampuannya menghafal 30 juzuk al-Quran dan ramai menzahirkan rasa kagum dengan kebolehan dimilikinya pada usia 9 tahun itu. Biar sudah tiga tahun berlalu namun setiap kali kisahnya disorotkan media, ramai yang kagum dengan didikan ibu bapanya dan kecerdasan akal anak kecil ini.
Memiliki nama Muhammad Naja Hudia Afifurrohman, anak kecil ini dilahirkan di Mataram, Indonesia.
Menurut ibu Naja, Dahlia Andayani, anaknya itu dilahirkan seperti kanak-kanak normal lain dan pada awalnya dia dan suami tidak menyedari keadaan sebenar Naja.
Bagaimanapun doktor mengesahkan Naja menghidap kelumpuhan otak apabila perkembangannya tidak seperti bayi lain.
“Saya juga kagum dengan kemampuan Naja yang mampu menghafal kitab suci al-Quran dengan cepat,” katanya memaklumkan ketika dalam kandungan lagi, alunan ayat suci sentiasa didengarkan buat anaknya itu. Bahkan dalam tempoh 10 bulan saja, anaknya itu sudah mampu hafal Al-Quran.
Selepas kisahnya mencari viral kerana keistimewaannya menghafal Al-Quran walau bacaan dihentikan pada mana-mana surah selain mampu menghafal semua ayat termasuk muka surat berapa.
Bahkan ketika dia menyuarakan keinginan bertemu Presiden Indonesia, Jokowi, Bapak Presiden ini amat senang mengalu-alukan kedatangannya. Dan Naja sempat membacakan surah At-Taubat di hadapan Presiden ini.
Ramai golongan agamawan kagum dengan kebolehan anak kecil ini bahkan ulama terkenal Indonesia, Syekh Jaber Ali yang meninggal tahun lalu akibat Covid-19, pernah mencium kaki anak kecil ini selain kaki dan kepalanya ketika Naja tampil di program tersebut.
Biar dakwahnya dikagumi jutaan orang dan jumlah pengikutnya sangat ramai, namun Syekh Ali Jaber punya alasan tersendiri mengapa dia mencium kaki anak kecil itu.
Katanya, tubuh Naja sudah “terisi” dengan al-Quran (penghafal) dan dirinya wajar dimuliakan.

“Kerana saya ingat Rasulullah. Kerana kemuliaannya dengan al-Quran. Ia umpama Quran yang berjalan. Dan oleh kerana itu pantas saya memuliakan kakinya,”kata Syekh Ali Jaber. Bahkan ulama itu berkata, Naja jauh lebih hebat darinya.
Dalam satu perkongsian dari Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin), Ustaz memaklumkan antara doa-doa mustajab selain ibu bapa, antaranya kita mengharapkan doa orang soleh.
“Seterusnya yang keempat perlu diharapkan adalah doa daripada orang-orang yang soleh dan alim. Mereka yang antaranya terdiri daripada guru-guru kita atau sesiapa sahaja yang akhlak mulia serta berilmu tinggi yang berkesempatan kita berjumpa mohonlah supaya mendoakan kita. Ini kerana banyak kejayaan orang-orang terkenal sekarang adalah hasil daripada doa guru-guru mereka.
“Carilah kesempatan menziarah orang-orang alim ketika bercuti contohnya. Bahkan dengan perkataan ‘insyaAllah’ atas perkataan yang baik daripada orang-orang alim itu juga dianggap doa dari orang-orang alim yang dipilih antara doa yang dimakbulkan Allah. Ini kerana doa-doa daripada orang-orang alim yang ikhlas akan didengar oleh Allah SWT. Justeru itu lazimkanlah untuk mencari dan bertemu dengan orang-orang alim dan mohon doa daripada mereka,” katanya lagi.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Ditimpa Strok, Tiada Siapa Nak Jaga.’ Hukum Suami Sakit Tinggal Sebumbung Dengan Bekas Isteri

Isi Kandungan
Toggle‘Ditimpa strok, tiada siapa nak jaga.’ Hukum suami sakit tinggal sebumbung dengan bekas isteri kerana anak-anaknya mahu menjaga sang ayah yang sakit.
Tidak semua pasangan jodohnya panjang hingga ke hujung usia, ada yang bercerai di pertengahan jalan dan mulakan hidup dengan pasangan baru.
Namun langit tak selalu cerah apabila suami yang berkahwin baru sakit dan isteri barunya tidak dapat menjaganya kerana komitmen lain.
Ikuti perkongsian ini dan hadam baik-baik penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Artikel Berkaitan: ‘Sentiasa Berdoa Agar Dia Kembali Sembuh.’ Suami Ini Tidak Pernah Terbeban, Urus Isteri Terlantar Kanser Otak
Ditimpa Strok
SOALAN:
Saya bercerai dengan isteri pertama dan berkahwin dengan isteri kedua, setelah itu saya ditimpa sakit iaitu strok, isteri kedua saya tidak mampu untuk menjaga.
Kemudian, anak-anak saya dari isteri pertama buat keputusan untuk menjaga saya di rumah mereka iaitu bersama satu rumah dengan bekas isteri.
Apakah hukum saya berada di rumah bekas isteri dalam masa yang sama saya sedang sakit dan anak-anak hendak jaga saya?
Tiada Siapa Nak Jaga
JAWAPAN:
Tidak harus bagi suami tinggal bersama-sama dengan bekas isterinya di dalam sebuah rumah atau masuk ke dalam rumah yang didiami bekas isterinya kerana dikhuatiri akan menjurus kepada fitnah dan maksiat.
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat mahram kepada salah seorang daripada mereka bersama bekas isteri berkenaan atau orang yang setaraf dengan mahram seperti isteri yang lain atau perempuan yang boleh dipercayai, maka suami diharuskan masuk rumah tersebut dan duduk tinggal di situ.
Hukum Suami Sakit
HURAIAN JAWAPAN:
Dilarang bagi pasangan suami, isteri yang sudah tamat iddahnya untuk berada dalam satu rumah kerana hukum bekas suami ketika ini samalah seperti lelaki ajnabi (orang asing) yang lain, iaitu Haram masuk ke dalam rumah dalam keadaan tidak ada mahram atau wanita yang dipercayai di dalamnya.
Keadaan ini boleh menyebabkan terjebak kepada perbuatan khalwat. Dalam meneliti isu ini, kami bawakan sebuah kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Hal ini seperti mana yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amr R.anhuma:
أَنَّ نَفَرًا مِنْ بَنِي هَاشِمٍ دَخَلُوا عَلَى أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ فَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ وَهِيَ تَحْتَهُ يَوْمَئِذٍ فَرَآهُمْ فَكَرِهَ ذَلِكَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَقَالَ لَمْ أَرَ إِلاَّ خَيْرًا . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَرَّأَهَا مِنْ ذَلِكَ ” . ثُمَّ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ ” لاَ يَدْخُلَنَّ رَجُلٌ بَعْدَ يَوْمِي هَذَا عَلَى مُغِيبَةٍ إِلاَّ وَمَعَهُ رَجُلٌ أَوِ اثْنَانِ
Maksudnya: “Suatu ketika beberapa lelaki Bani Hasyim masuk ke rumah Asma binti ‘Umais. Tidak lama kemudian Abu Bakar al-Siddiq juga memasuki rumah tersebut ketika itu Asma binti Umais telah menjadi isteri Abu Bakar. Di dalam rumah Asma, Abu Bakar melihat para lelaki Bani Hasyim tersebut, dan beliau tidak menyukai perkara itu. lalu beliau menceritakan kepada Rasulullah SAW, kemudian berkata:
“Saya tidak melihat apa-apapun melainkan perkara yang baik sahaja!” Rasulullah SAW lalu bersabda: “Allah telah membebaskan Asma dari hal-hal buruk itu.” Kemudian Rasulullah SAW naik mimbar dan bersabda: “Semenjak hari ini, jangan sekali-kali seorang lelaki menemui wanita yang menyendiri (saat suaminya tidak ada) kecuali dia disertai oleh satu atau dua lelaki lainnya”- Riwayat Muslim
Tinggal Sebumbung
Melihat pada situasi ini anak-anak dan bekas isteri sudah mengizinkan bapa atau bekas suami tinggal bersama mereka.
Perkara yang menjadi larangan dari sudut syarak adalah apabila mereka berada dalam keadaan berdua-duaan. Kerana Nabi SAW bersabda:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Maksudnya: “Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan perempuan (yang bukan mahram) melainkan ada yang ketiga iaitu syaitan”.
Riwayat al-Tirmizi
Oleh hal yang demikian, tidak ada halangan dari sudut hukum syarak untuk suami tinggal di dalam satu rumah dengan bekas isterinya selagi mana terdapat mahramnya seperti anak-anak mereka, bahkan ia termasuk amalan yang terpuji dan juga dikira sebagai memuliakan ayah kandung mereka.
Selain itu perkara ini juga memupuk semangat berbudi di antara bekas pasangan suami isteri yang mana perkara ini sangat-sangat dianjurkan dalam Islam sebagaimana firman Allah SWT:
وَلَا تَنسَوُاْ ٱلۡفَضۡلَ بَيۡنَكُمۡۚ
Maksudnya: “Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri”.
Surah al-Baqarah
Dengan Bekas Isteri
Namun, dalam konteks bermuamalat wajib bagi kedua-dua bekas pasangan ini menepati batasan yang di tetapkan oleh syarak sebagai status ajnabi iaitu hubungan yang bukan lagi suami isteri. Selain itu, wajib juga bagi bekas isteri itu menjaga aurat dan etika pakaian menurut syariat di hadapan bekas suaminya.

Dilarang berbual panjang dalam tempat yang lama melainkan atas dasar keperluan. Selain itu, dilarang berkhalwat berdua-duaan di antara mereka. Perkara ini telah dinyatakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ
Maksudnya:”Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan jika terdapat bersamanya mahram”. -Riwayat al-Bukhari.
Baca Di Sini:
Tiada Lagi Peluang Tambah Pahala Jaga Mak Sakit, Ramai Sebak Anak Hilang Syurganya
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Islam mewajibkan anak-anak berbuat baik kepada ibu, bapa. Lebih-lebih lagi ibu bapa dalam keadaan sakit yang memerlukan sokongan dan penjagaan dari anak-anak mereka.
Oleh yang demikian, tidak menjadi kesalahan seorang lelaki tinggal serumah bersama bekas isterinya sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ulama fiqh iaitu wujudnya mahram atau wanita ajnabi yang dipercayai dalam rumah itu. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatnya.
Kashoorga : Bila seorang ayah sakit, menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI