‘Jangan sampai Allah tak makbulkan permintaan.’ Ini sebabnya kenapa kita dilarang kelam kabut dalam berdoa. Lepas solat jangan tergesa-gesa bangun.
Sebaliknya luangkan waktu untuk menadah tangan seterusnya doa pada Allah apa yang anda hajati. Jika Allah belum makbulkan pada saat anda mahukan sesuatu, insyallah Dia akan kurniakan pada waktu paling tepat. Percayalah.
Ikuti perkongsian Ustazah Asma ini berkaitan larangan tergesa-gesa dalam berdoa:
Malam ini, sebelum lelapkan mata, mari muhasabah kembali. Adakah kita terburu-buru ingin doa dimakbulkan Allah? Kadang diuji rasa kecewa bila doa yang dipinta tidak ditunaikan segera.
Gaji yang mencukupi, dinaikkan pangkat, ingin bawa keluarga menunaikan umrah, berjaya dalam perniagaan dan lain-lain.
Apatah lagi apabila melihat sahabat sekeliling yang sudah berjaya meraih impian, mula terbit di hati lafaz, “untungnya dia”. Saat orang lain membeli barang-barang baru, kita juga ingin memilikinya.
Saat jiran tetangga mampu untuk mengubahsuai rumahnya, kita juga ingin melakukannya.
Tak Makbulkan Permintaan
Sabarlah, sebenarnya doa yang dipanjatkan itu telah pun diberi ganjaran pahala, terus bersangka baik dengan Allah, hajat kita pasti akan ditunaikan pada waktu yang tepat.
Ads
Sekalipun tidak ditunaikan, percayalah bahawa doa yang tidak dimakbulkan juga merupakan satu rahmat, kerana boleh jadi jika kita mendapatkannya maka kita bertambah lalai.
Larangan tergesa-gesa dalam berdoa:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“Akan dikabulkan doa salah seorang diantara kalian selama ia tidak terburu-buru, maksud terburu-buru, ia berkata; aku telah berdoa namun tidak dikabulkan doaku.”
(HR Tirmizi, hadis hasan sahih)
Larangan tergesa-gesa dalam berdoa. (Kredit : Facebook Ustazah Asma’ Harun).
Ini Sebabnya Kenapa Kita
Firman Allah SWT:
وَكَانَ الْإِنسَنُ عَجُولًا
Ads
Maksudnya: “…Dan adalah manusia itu bersifat tergesa-gesa.”
(Surah al-Isra’: 11)
Ibnu Kathir menafsirkan ayat di atas bahawa manusia itu sifatnya tergesa-gesa. Sikap ini terbawa-bawa dalam doa mereka.
Mereka mendoakan sesuatu yang buruk ke atas diri kerana tergesa-gesa. Seandainya doa ketika itu dimakbulkan, nescaya binasalah kehidupannya.
Dilarang Kelam-Kabut
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW bersabda:
التَّأَنِّي مِنَ الله وَالعُجْلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya: “Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal daripada syaitan.”
(HR Imam Suyuti dalam al-Jami’ Soghir)
Ads
SubhanAllah, Allahu Akbar.
Dalam Berdoa
Sifat terburu-buru hadir apabila sabar semakin menipis atau kerana keadaan yang mendesak. Di dalam fikiran ingin segera doa dan permintaan dikabulkan, sedangkan yang terbaik adalah ketika kita sudah bersedia.
Sungguh hanya Allah yang Maha Mengetahui keadaan hamba-Nya. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh tanpa ada rasa jemu dan bosan.
Allah Ya Mujib, yang Maha Mengabulkan pasti akan memperkenankan doa bila saatnya tiba dan ia akan menjadi suatu kesyukuran yang berlipat kali ganda.
‘Bergaya sakan, pakai barang kemas & berkaca mata hitam.” uniknya penampilan jemaah haji keturunan Bugis dari Makassar, Indonesia ketika penerbangan balik ke negara asal mereka.
Penampilan unik dan berani mereka mendapat perhatian ramai kerana mereka baru saja selesai menunaikan fardhu haji.
Jangan dicerca atau memandang serong dengan tingkah mereka kerana ini mungkin cara mereka meraikan kemenangan setelah selamat menunaikan ibadat haji.
Menjadi impian setiap muslim untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji atau umrah. Pun begitu, nasib setiap orang tidak sama.
Bergaya Sakan, Pakai Barang Kemas & Berkaca Mata Hitam
Ada di kalangan kita yang rezekinya cepat, tak kurang yang hanya mampu melihat dan sekadar mengirimkan doa kepada saudara mara mahupun rakan-rakan agar suatu hari nanti hadirnya peluang untuk diri sendiri ke sana.
Tatkala melihat gambar dan mendengar cerita dari jemaah yang telah pergi ke sana membuatkan semua dari kita yang juga berimpian yang sama turut teruja untuk merasai pengalaman berada di Tanah Suci.
Apatah lagi jika melayari media sosial, ia dipenuhi dengan lambakan perkongsian gambar dan video jemaah haji yang berangkat pulang ke negara masing-masing usai tamat menunaikan Rukun Islam kelima.
Uniknya Penampilan Jemaah Haji
Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian TikTok @ravidhams yang merupakan seorang kru kabin penerbangan, beliau memuat naik satu video yang menarik perhatian ramai.
Dalam rakaman terbabit, sekumpulan jemaah haji wanita berada di dalam pesawat dan sedang dalam perjalanan pulang.
Kelihatan masing-masing cukup bergaya sakan dengan pilihan busana pelbagai warna, ditambah dengan pemakaian barang kemas termasuk segak berkaca mata hitam.
Keturunan Bugis Dari Makassar
Penampilan mereka itu yang bersahaja dan unik ternyata mencuri tumpuan ramai.
Seperti kata warganet, mereka nampak santai betul, macam naik bas. Sempat lagi singgah borak di tempat orang lain!
Difahamkan, kesemua mereka merupakan jemaah haji keturunan Bugis dari Makassar Indonesia.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pertunjukan fesyen.
Siapa tidak gembira apabila dapat mendirikan masjid dengan insan tersayang yang menjadi pilihan hati selama ini.
Pastinya tanggungjawab akan berubah dari kehidupan seorang yang single kepada cara hidup berdua dan kemudiannya berkeluarga. Sebaik sah ijab kabul, seorang isteri itu perlu patuh pada arahan insan bergelar suami.
Malah dikatakan juga syurga itu di bawa telapak kaki suami. Lantas menjadi tanggungjawab seorang isteri itu untuk berusaha menjadi seorang kekasih hati yang baik dan solehah.
Gambar sekadar hiasan.
Namun ketika ini, ungkapan itu mula dimainkan oleh orang sekeliling. Walaupun ia sekadar ungkapan untuk mengingatkan diri bahawa kita tidak lagi hidup sebagai orang bujang tetapi tanggungjawab yang sudah semakin besar sebaik bergelar isteri.
Ketahuilah sebenarnya ungkapan ‘syurga di bawah tapak kaki suami’ itu mempunyai maksud yang tersendiri.
Ia seperti mana yang dijelaskan oleh pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.
Para suami tidak boleh menggunakan kenyataan di atas untuk memperlakukan sesuka hati terhadap isteri. Kenyataan di atas bukan hadis sebagaimana dinyatakan oleh seorang alim besar Syria Syeikh Doktor Ahmad Al Hajji Al Kurdiy.
Benar, salah satu kunci syurga isteri ialah taat pada suami. Hadis sohih riwayat Ibnu Hibban.
Maksud :”Jika seorang wanita solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), jaga maruah dan taat suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga melalui mana-mana pintu yang dia mahu”.
Satu lagi hadis sohih menunjukkan besarnya hak suami ke atas isteri.
Maksudnya :“Jika aku boleh perintahkan seseorang untuk sujud kepada seseorang, maka aku perintahkan isteri untuk sujud pada suaminya”.
Hadis ini disohihkan oleh Imam Tirmizi dan Al Hakim dan dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi.
Tapi taat isteri pada suami, bersyarat. Isteri bukan hamba suami. Mereka ialah rakan kongsi pejalanan hidup. Suami bukan raja yang pegang kuasa veto. Bahkan suami bertanggungjawab melorongkan syurga isteri.
Gambar sekadar hiasan.
Ketaatan seorang isteri, mesti dibayar dengan tanggungjawab yang sangat besar daripada seorang suami.
Suami memang tak wajib taat kepada isteri. Tapi suami wajib taat kepada Allah dalam urusan isteri. Bukan perkara memain beb.
Dalam hal ini baik suami atau isteri perlu tahu tanggungjawan sebenar yang dipikul di bahu masing-masing. Perlulah hidup dalam suasana yang harmoni, berkasih sayang dan saling bantu membantu sama lain agar rumahtangga dibina kekal hingga ke jannah.
Kuat beribadah, solat tak tinggal tentu masuk syurga! Belum tentu, kerana syurga dan neraka itu ketentuan Allah SWT.
Dalam pada itu ada sebuah hadis sahih yang menerangkan bahawa amalan seseorang itu juga tidaklah boleh memasukkan dirinya ke dalam syurga. Hadis tersebut datang dari Abi Hurairah ra. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda:
“Amalan seseorang itu tidak akan mampu memasukkannya ke dalam syurga.” Para sahabat bertanya: “Tidak juga anda, wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Tidak juga aku, akan tetapi Allah telah melimpahkan keutamaan dan rahmat-Nya kepadaku.” [HR Al Bukhari (5673) dan Muslim (2816)]
Bukan hanya amalan
Hadis di atas menerangkan bahwa amalan seseorang itu bukanlah penyebab mutlak bagi seseorang untuk masuk ke dalam syurga. Bahkan termasuk amalan Rasulullah saw sendiri bukanlah itu yang menyebabkan baginda masuk syurga.
Hanya saja Allah telah menjamin baginda pasti akan masuk syurga berkat kemurahan dan rahmat dari Allah SWT.
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
‘Tidaklah amal perbuatan itu menyelamatkan salah seorang diantara kamu sekalian’Mereka bertanya”walaupun pada engkau, wahai Rasul?’
‘Baginda menjawab,”Walaupun aku, tapi aku diberi limpahan oleh Allah limpahan rahmatNya. Maka dari itu berbuat baiklah, dekatkan diri kamu sekalian kepadaNya,beribadahlah di waktu siang dan sebagian di waktu malam. Sederhanakanlah( dalam ibadah), jangan terlalu banyak,dan juga jangan terlalu sedikit, supaya kalian mencapai redhaNya. (Riwayat Bukhari dan Ahmad).
Akhlak buruk dan menyakiti sesama makhluk
Walaupun seseorang itu rajin beribadah sehingga orang lain menyangka dirinya adalah ahli syurga, tapi jika akhlaknya buruk dan suka menyakiti sesama makhluk akhirnya akan menjadi penghuni neraka.
Ia sebagaimana kisah Rasulullah saw dan sahabatnya ini. Suatu hari, seperti biasa Rasulullah saw dan para sahabat berkumpul di masjid. Di depan masjid itu ada sebuah rumah, di rumah itu tinggal seorang wanita yang dikenali sebagai ahli ibadah orang sekitar tempat tinggalnya, sebut saja `si fulanah`.
Ketika si fulanah keluar rumah hendak melaksanakan solat berjemaah di masjid, para sahabat memuji-mujinya dan ada yang berkata, `tentulah si fulanah itu ahli syurga, kerana dia selalu puasa di siang hari dan solat di waktu malam. Kemudian Rasulullah saw beredar dari tempat duduknya dan menjawab,
`La! Hiya fin naar.. Hiya fin naar.. Tidak! Dia ahli neraka.. Dia ahli neraka..`
Para sahabat bertanya-tanya, `kenapa?` Sebab mulutnya selalu menyakiti orang lain. Dia suka mengganggu tetangganya dengan ucapannya. Seluruh amal ibadahnya hancur, kerana akhlak yang buruk. Dia menjadi ahli neraka kerana ibadahnya tidak mampu menjadi motivasi baginya untuk berakhlak yang baik.
“Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkataan yang baik atau diam.` (HR. Bukhari no. 6018)
Hadis dari Abdillah bin Amr bin al-’Ash ra dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Orang Islam ialah orang yang semua orang Islam lainnya selamat dari kejahatan lidah dan kejahatan tangannya” (Muttafaq ‘alaih)
Seorang yang kuat beribadah siang dan malam masih ke neraka dengan sebab kejahatan mulutnya sahaja dan dosanya terhadap jiran-jirannya sahaja dan bagaimana pula sekiranya bukan sahaja mulut tetapi kaki tangannya turut melakukan dosa dan memudaratkan mahkluk seluruh kampung atau seluruh negara.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...