Tular di media sosial, seorang suami yang menggelarkan dirinya Abe Pink mengakui hidup bahagia bersama isterinya, Yana biarpun dia mengubah penampilan dirinya sebagai maknyah.
Menggunakan akaun Tik Tok @abe_pink86 lelaki berusia 35 tahun ini mendedahkan dirinya masih bahagia bersama isteri dan turut menceritakan perubahan penampilannya menerusia beberapa buah video di aplikasi berkenaan.
Jelas dari penampilannya, lelaki ini telah mengubah keseluruhan cara berpakaiannya termasuk mengenakan alat solek, berambut blonde malah dirinya dilihat seperti kawan karib kepada isterinya malah mereka juga sering tampil berdua dalam setiap video berkenaan.
Malah pasangan dari Kelantan ini turut mengakui bahawa isterinya Yana tidak pernah terfikir untuk berpisah dan mereka masih menjadi suami isteri yang sah. Malah Yana dilihat tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.Malah pasangan ini dilihat turut menyambut ulangtahun perkahwinan di Tik Tok milik mereka.
KASHOORGA mendapatkan pandangan dari Ketua Penolong Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed mengenai perkara ini.
Menurut Dr Syed Shahridzan dari segi hukum perkahwinan, perkahwinan pasangan ini masih sah kerana perkahwinan mereka itu memenuhi syarat-syarat akad nikah antaranya pasangan ini berlainan jantina. Iaitu masih seorang lelaki dan wanita.
Ads
“Biasanya pembubaran perkahwinan atau faraq akan dilakukan oleh hakim jika seorang individu itu didapati murtad, keganasan rumahtangga atau atas sebab lain yang dirasakan sesuai oleh hakim mahkamah syariah.
Dalam kes suami menjadi maknyah dan isteri terus setia, jelas beliau, dari sudut hukum agama, mana-mana lelaki yang menyerupai wanita atau berketerampilan seperti wanita hukumnya adalah haram dan perbuatan begini dilaknat oleh Allah seperti mana yang dinyatakan dalam hadis yang sahih.
“Mengubah kejadian Allah itu hukumnya berdosa besar. Lelaki harus berpenampilan seperti lelaki dan bukan menukar jadi wanita.
“Tapi isterinya juga berdosa besar jika menyetujui perbuatan suami begini (berpenampilan seperti wanita). Redha dan setia dalam perkahwinan itu perkara lain tapi dosa kerana bersetuju suami berpenampilan begitu hukumnya dosa besar. Isteri seharusnya menegur jika perbuatan suami salah dan bukan menyokongnya. Apatah lagi suaminya berpenampilan seperti maknyah. Kita tak mahu perkara begini menjadi budaya. Dikhuatiri ianya menjadi ikutan dalam masyarakat.
Ads
Bagaimana dengan hubungan batin? Berapa lama tempoh isteri boleh minta cerai?
Dari sudut fitrah perkahwinan, pastinya wujud hubungan batin antara lelaki dan perempuan. Kalau suami sudah berpenampilan sebagai wanita, masih adakah lagi keinginanan batin?
Bagaimana jika si suami mak nyah tidak lagi bernafsu kepada isterinya sehingga mengabaikan tanggungjawab batin ini? Berapa lama tempoh nafkah batin tidak diberi isteri boleh tuntut cerai?
Menjawap persoalan ini dari pihak Kashoorga, Dr Syed Shahridzan menjelaskan, selama mana seorang isteri itu redha tiada hubungan batin, setahun, dua atau berbulan, ianya tidak jadi masalah. Asalkan ISTERI REDHA.
Ads
Tapi kalau isteri tak redha, isteri boleh buat tuntutan fasakh di mahkamah. Jelas beliau lagi, ia samalah seperti suami isteri bekerja hari ini.
“Tanggungjawab itu semuanya di pihak suami. Suami harus bayar bil, beri makan minum, tempat perlindungan dan sebagainya. Tapi hari ini, ramai suami isteri bekerja untuk sama-sama menampung perbelanjaan keluarga. Paling penting isteri redha dengan sumbangannya itu. Kalau isteri redha, tiada masalah. Sama dengan hubungan batin tadi, kalau isteri tiada masalah,” katanya lagi.
Tapi tambah beliau lagi, hukum akan berubah jika isteri melakukan onani secara diam-diam, cari lelaki lain untuk penuhi batinnya kerana ketidakupayaan suami memberi nafkah batin.
“Kalau ini terjadi, maka jelas perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana objektif perkahwinan untuk menghalang perbuatan maksiat. Oleh itu isteri harus pergi ke mahkamah syariah untuk menuntut cerai kerana ketidakupayaan batin suami dari dia terus melakukan dosa besar melakukan perbuatan haram itu,” katanya memberi penjelasan.
Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi keraguan dari masyarakat. Malah diharap ia tidak dibudayakan kerana berdosa mengubah ciptaan Allah.
Maksudnya: “… dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.” (Surah al-Syura : 49)
Maksudnya: “Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki Nya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”(Surah al-Syura: 50).
Namun bukan semua pasangan dikurniakan anak dalam perkahwinan walau sudah berusaha dengan pelbagai cara baik secara tradisional mahu pun moden. Namun tidak salah untuk terus mencuba kerana semuanya atas aturan Allah SWT.
Dikongsi dari akaun Tik Tok @dr.zaidul_akbar yang juga seorang doktor perubatan serta pendakwah islam yang mempraktiskan pengubatan sunnah serta mengasaskan Jurus Sehat Rasulullah SAW di Indonesia ada berkongsi resepi minuman sunnah khusus bagi isteri-isteri yang susah hamil.
Dari perkongsiannya, Dr Zaidul menjelaskan dirinya ingin mengajar resepi menghasilkan sejenis minuman yang luar biasa yang kalau minum air ini bagi yang mengalami masalah period tak teratur, haidnya akan kembali normal.
“Bahan-bahannya ialah kunyit, serai, limau nipis, madu dan air suam-suam (panas). Campur kesemuanya sekali dan minum sehari sekali,” katanya.
Dari perkongsian pengikutnya, ada memaklumkan mereka meminum minuman ini dan dalam tempoh sebulan dirinya direzekikan mengandung. Katanya, dia mengamalkannya minum sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum masuk tidur dan turut berselawat sebelum minum dengan niat agar dipermudahkan urusan mengandung.
Ada turut memaklumkan, selepas amalkan minuman sihat ini dalam tempoh enam bulan, akhirnya Allah memberinya peluang hamil dan perasaan ini sangat sukar diungkap selepas lama berjuang mendapatkan anak.
Cubalah, insya Allah atas izinnya, mereka yang sekian lama menjadi pejuang dua garisan akan memperoleh zuriat.
Urusan jodoh itu sememangnya telah ditentukan oleh Allah. Kita tidak tahu siapa jadi pasangan sehinggalah pada hari yang telah ditetapkan.
Sangat beruntung jika bertemu jodoh dengan anak sulung kerana dikatakan seorang yang pandai masak, tegas dan paling penting berdikari.
Tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan anak bongsu. Sifat anak bongsu ini dikatakan agak manja, kelam kabut dan terlalu begantung pada orang lain. Jadi perlu bersedia mental dan fizikal jika bertemu jodoh dengan mereka ini.
Gambar sekadar hiasan.
1. Seorang Yang Manja
Anak bongsu memiliki sifat yang fun (menyenangkan), manja dan happy go lucky. Ada sesetengah anak bongsu terutamanya perempuan, melihatkan karekter manja yang keterlaluan hingga sukar untuk dikawal. Jadi, berpada-padalah mengawal dan menunjukkan kemanjaan anda, jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan orang-orang yang anda sayangi. Secara ringkasnya, anak bongsu manja dengan ahli keluarga dan juga orang yang rapat di sekelilingnya.
2. Bersikap Peramah
Anak bongsu kebanyakannya bersikap peramah dan mudah didekati. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif. Bagi anak bongsu, dunia ini merupakan ‘taman permainan’ mereka. Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat bercakap, menilai diri mereka dan suka mendapat perhatian.
3. Berani Cuba Sesuatu
Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Anak bongsu ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi. Sesekali, kita akan terlihat sikap mementingkan diri sendiri dalam personaliti anak bongsu terbabit.
4. Bergantung Pada Orang Lain
Kebergantungan kepada ibu bapa juga lebih daripada anak sulong. Mereka lebih memahami ibu bapa, kerana pernah tinggal dalam jangkamasa yang agak lama dengan ibubapa, Ibu serta bapa (3 beranak) sebelum anak bongsu itu besar dan membina keluarga sendiri.
5. Bersikap Agak Boros
Anak bongsu selalu boros dan kurang suka menabung kerana kurang suka perhitungan dalam kehidupan. Anak bongsu juga kurang gemar merancang kewangan mereka melainkan telah timbul kesedaran untuk berbuat begitu. Anak bongsu amat pemurah, gemar berkongsi barangannya dengan orang lain dan tidak kedekut. Sebab itu anak bongsu memiliki abang dan kakak untuk jadi tempat rujukan sekiranya mereka mengalami masalah kewangan.
6. Jenis Terbuka (Open Minded)
Anak bongsu ini umumnya mempunyai badan paling sihat, jarang mengalami sakit apatah lagi yang sakit yang berat-berat, dan biasanya paling awet muda diantara anak-anak yang lain (baby face). Mereka suka bercerita hal peribadi mereka kepada sesiapa, terutamanya kepada ibu bapa. Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.
Gambar sekadar hiasan.
7. Paling Tidak Cerewet
Mengikut pengalaman saya lagi, anak bongsu tidak cerewet orangnya. Mereka akan makan dan pakai apa sahaja yang diberikan oleh kedua orang tua mereka. Ada sesetengah keluarga mengamalkan ‘recycle’ kepada pakaian saudara yang tua untuk diberikan kepada anak bongsu. Oleh kerana sudah biasa dengan keadaan begitu, kebanyakan anak bongsu faham dan dengan rela hati menggunakan barang yang telah digunakan oleh kakak atau abang mereka.
8. Kadang-Kadang Gemar Mencuba Sesuatu
Walaupun keluar paling lambat dalam dunia tapi lebih nampak perjalanan masa depan kerana belajar dari pengalaman yang atas-atas
9. Senang Merajuk Tapi Cepat Sejuk
Tidak pernah merajuk cuma luahkan ekspresi dalaman supaya orang sekeliling faham dan menerima apa yang kita rasa, anak bongsu pandai main politik.
10. Jenis Berani Buat Berani Tanggung
Berdasarkan pengalaman abang2 akak2 , anak bongsu lebih memahami pepatah “Fikir dahulu sebelum bertindak”. Juga seorang yang tidak suka susahkan orang lain. Ini kerana sentiasa melihat kepayahan orang sekeliling semenjak kecil lagi, anak bongsu nampak senang tapi kesenangan untuk dikongsi. Anak bongsu nampak susah, tapi susah demi kesenangan masing-masing
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap dari kita meginginkan majlis perkahwinan yang manis untuk dikenang sepanjang hayat.
Seperti pasangan ini, di mana pengantin perempuan telah melakukan aksi bertaranum di hadapan para tetamu yang hadir di majlis persandingannya di Pengkalan Chepa, Kelantan 15 November lalu.
Pengantin perempuan, Nur Ain Najihah Abdul Hakam, 23 tahun memaklumkan bahawa dirinya dijemput oleh bapa saudara suaminya yang bertugas sebagai pengacara sewaktu majlis untuk mengalunkan sedikit bacaan ayat suci Al-Quran.
“Itu sebenarnya video sewaktu kenduri di kediaman suami. Kami berkahwin pada 12 November. Majlis sebelah saya dilakukan di rumah nenek di Selising, Pasar Putin sehari selepas akad nikah.
“Untuk majlis pada 15 November. Bapa saudara suami jadi emcee majlis. Dia memang tahu saya boleh bertaranum, jadi dia jemput saya alunan sedikit bacaan.
Bukan itu sahaja, dia membawakan bacaan tersebut dengan spontan walaupun perasaan gementar tetap ada dalam dirinya.
Di sebalik bakatnya itu, Ain Najihah merupakan seorang yang aktif dalam mendalami ilmu taranum sejak di bangku sekolah lagi.
Malah, minat anak jati Rawang, Selangor ini diteruskan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta mengasahkan bakatnya itu di pertandingan taranum peringkat negeri pada tahun 2018.
“Dekat universiti saya aktif bertaranum. Pada 2018 saya masuk ke peringkat negeri dan berjaya raih tempat ketiga.
“Saya pun selalu berkongsi video taranum di Instagram. Nak tarik minat orang ramai.
“Pernah ajar taranum sewaktu di universiti. Saya juga kongsikan video-video untuk jadi inspirasi kepada orang ramai.
“Dan video ketika majlis sebelah suami adalah salah satu darinya,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa dan baru saja menamatkan pengajian seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Sumber: Mstar Online
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...