Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin. Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.
Walau bagaimanapun menurut seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32, melalui perkongsian video di laman Facebooknya, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu. Ini kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh Muhamad Firdaus sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.
TERUSKAN PERJALANAN DI KAWASAN SELAMAT DAN BERHENTI SOLAT
“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.
“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.
“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit.”
Ujar Muhamad Firdaus, mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, apa yang boleh dilakukan ialah meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.
Dalam situasi begini, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.
“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.
“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.
Apa nak buat kalau nampak entiti ghaib di lebuhraya?
Muhamad Firdaus mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang rawatan Islam. Moga tip yang diberikan berguna untuk kita semua.
Sumber kredit: FB: Ustaz Muhamad Firdaus dan celotehsaja.com