Jaga Orang Tua Yang Sakit Kena Sabar & Jadi Kreatif. Jangan Tunggu Je, Biar Mak Ayah Kurus Kering!

Share

Tidak mudah sebenarnya menjaga kedua ibu bapa yang masih sakit. Seseorang itu perlu bersedia dengan mental dan fizikal kerana mereka ini memang banyak kerenahnya.

Namun diingatkan supaya jangan berkira kerana tidak terbalas segala jasa mereka yang menjaga kita sejak kecil.

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Suami & Orang Tua Terus Tanggung Dosa, Pelakon Ieda Moin Kini Berhijab. Minta Doakan Kekal Istiqamah!

Walaupun begitu, ada adab atau cara layanan yang sepatutnya kita buat jika sedang menunggu atau menjaga ahli keluarga terutama kedua ibu bapa yang sakit ini, lebih-lebih lagi bila berada di hospital.

Gambar sekadar hiasan.

Perkongsian wanita ini Zuraini Kamal

di laman sosial Facebook memberi ingatan dan panduan buat kita semua.

JAGA MAK AYAH SAKIT:

Catatan ini saya tujukan kepada semua anak-anak yang menjaga mak ayah yg sedang sakit.

Kadang-kadang saya bagi ceramah ‘berletiaq’ kat anak-anak yg dok menjaga mak ayah kat wad atau di rumah.

Hangpa pi menyantuni atau hangpa pi TUNGGU?
Ramai yang sekadar Menunggu di tepi katil mak ayah yg sedang sakit.
Bila kita tanya: ‘Mak dah makan?’
anak: ‘mak tak mau makan’
atau ‘pagi tadi mak dah makan’
(sedangkan sekarang jam 12.30 tghari. Makanan hospital hantar pon belom terusik)

Saya nasihatkan si anak:
Belikan minuman sejuk (berais); belikan buah atau puding atau agar-agar, disuapkan dulu bagi mak rasa manis di mulut.

Cuci muka dan lap badan ibu, agar dia berasa segar sedikit. Mungkin selera akan terbuka bila terasa badan sejuk dilap dengan tuala basah. Maklumlah kat wad .. bila terbaring lama, kadang-kadang badan berpeluh dan kita merasa tidak selesa.

MENJAGA ORANG SAKIT:
kena banyak bersabar dan kita perlu rajin serta Kreatif.

Bila pesakit tak lalu makan, kita kena pikirkan Bagaimana nak bagi ‘selera mereka terbuka’.

Selalu mak ayah masa jaga anak-anak yg tak mahu makan, macam2 kita buatkan.
Kita pastikan makanan ada ‘warna yang ceria’
kita pastikan menu dipelbagaikan
kita beri apa yg anak-anak suka makan.

Begitu jugak kaedahnya apabila kita menyantuni ibu ayah yg sedang sakit
Kita suapkan ibu ayah, mungkin portion nya kecil dan sedikit, tapi kita kena rajin suapkan dia makan berulang kali. Kalau boleh biarlah berjadual.

Foto: Facebook Zuraini Kamal

SUSU:
Susu adalah makanan tambahan yg lengkap nutrisi. Jika pesakit kelihatan kurus dan kurang makan makanan pejal maka elok ditambah dengan susu.


Kalau pesakit tak lalu minum susu, maka susu itu boleh dicampur dengan Milo,Teh, buah2an, atau cereal.
Pelbagaikan Cara ambilan susu.
Blend susu dengan aiskrim atau airbatu dicampur buah-buahan.
Pastinya lebih menyelerakan dan rasanya lebih enak.

Menjadi penjaga kepada ibubapa yg sedang sakit, kita tidak boleh ambik mudah. dan kita jangan malas.
Kita jangan sekadar menunggu. Tunggu depa cakap nak makan
Tunggu depa kata nak mandi
Jangan Tunggu depa suruh baru nak buat

Hangpa jangan biar mak ayah kurus kering, bibir pecah sebab dihidrasi.

~ zuraini kamal ~
i m done berletiaq

Published by
Siti Zurina Mat Saman