Memang sedih apabila perpisahan yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Rumah tangga yang dibina akhirnya runtuh di tengah jalan. Mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Lebih memilukan apabila sesebuah rumah tangga itu musnah angkara orang ketiga.
Berikut catatan Ebit Lew untuk dijadikan panduan bersama.
Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain. Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham.
Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak.
Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercerai berai. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan Allah.
ISTERI AMANAH ALLAH KEPADA SUAMI
Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.
Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..
Ads
Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?
Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..
Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..
Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..nikah itu amanah Allah.
Ads
Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..
DIDIK ISTERI DEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?
Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..
Baik ustaz..
Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dalam keluargasunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..
Ads
Jumpa saya semula kata,ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..
BIMBING DAN PIMPIN ISTERI
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam Al-Quran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.
Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu.
Rumah tangga bahagia adalah yang mampu menghadapi ujian bersama-sama tetapi masih. Sememangnya hidup ini akan sentiasa diuji dan diduga. Bukankah dunia ini memang tempat untuk diuji?
Seperti rumah tangga Mawar Karim dan Fizo Omar yang kini diuji. Sebelum ini hanya Fizo sahaja yang mengeluarkan kenyataan namun pagi tadi Mawar memberi komen mengenai kontroversi yang sedang melanda.
Berikut perkongsian Mawar karim yang dipetik dari Instagramnya.
Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita.
Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.
Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak, seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain.
KOMUNIKASI PENTING DALAM RUMAH TANGGA
Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative’ terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil’ pun akan menjadi besar. Hanya saya & fizo saja tahu, rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami.
Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah, didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam.
UJIAN BERAT
Benar, semua mengimpikan kebahagian, mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan, impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2.
Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan, Jodoh, ajal, maut semua di tangan Tuhan.
Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy, fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian.
Hikmah perkahwinan adalah supaya suami isteri merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup.Antara hikmah perkahwinan ialah mewujudkan ketenangan (sakinah), ia juga menyuburkan perasaan cinta (mawaddah) serta membentuk kasih dan sayang (rahmah) di antara pasangan suami isteri maka lahirlah kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga.
Namun tidak dapat dinafikan, kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Maka sebab itulah suami isteri perlu ‘kuat’ melawan dugaan-dugaan yang datang menjengah.
Dalam hidup ni, carilah kebaikan dalam sesuatu. Nanti kita akan jumpa banyak lagi kebaikan lain. Jika kita mula mencari yang buruk, maka makin banyak keburukan yang kita akan temui. Sampai kita muak dan akhirnya kira rasa kita perlu cari lebih baik lagi. Kita layak untuk yang lebih baik lagi.
Sama juga dalam perhubungan suami isteri, 3 tahun pertama yang sangat mencabar. Time ni syaitan gondol sentiasa bisik kat telinga tentang kekurangan pasangan masing masing. Time ni kita pula akan cepat panas dan cepat mengamuk.
SELALU BERSANGKA BAIK
Orang yang nampak sempurna dimata kita sebelum kahwin rupanya manusia lain selepas kahwin. Bukan je kentut bersepah tapi tidur berdengkur dan tak tahu buat kerja rumah. Kita pun membentak bentak dalam hati dan rasa kesal dengan berkahwinan ini. Tapi percayalah Allah jadikan kita berpasangan bersebab. Bersangka baiklah. Perkahwinan perlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Dan setiap kesabaran akan ada manisnya nikmat Allah akan dorongkan.
Dan setiap kekurangan pasangan kita tu adalah kelebihan kita. Setiap kekurangan kita adalah kelebihan pasangan kita. Kita pun jangan rasa diri perfect sangat sampai tak nampak salah sendiri.
BANYAK BERINTERAKSI DAN BERBINCANG
Dalam hubungan rumah tangga, kita kena tahu monolog dalaman pasangan kita. Riak air mukanya dan perlu banyak berinteraksi dan berbincang.
Part ni suami isteri kena mainkan peranan utama, kena turunkan ego bila ditegur dan bertolak ansur dalam buat satu satu keputusan. Kena fikir secara positif dan pilih untuk sama sama berubah ke arah lebih baik.
Jangan sebab suami tidur berdengkur, isteri berak tak flush. Korang da naik hantu sampai nak bercerai. Benda boleh bincang dan boleh ubah kalau kita nak. Yang penting what happen at home stay at home. Jangan jaja hatta kat bff sekali pun. Semua ni satu proses yang kita kena sama sama jayakan. Work like wonder pet okay?
Kesimpulannya suami isteri saling melengkapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Tidak ada manusia yang sempurna maka sebab itulah Allah takdirkan kita hidup berpasangan demi untuk ‘top up’ kelemahan diri kita.
Tidak dinafikan bakal raja sehari hari ini sanggup memberikan pelbagai barangan mewah atau berjenama sebagai barang hantaran untuk majlis pernikahan.
Jika boleh mahukan berangan jenama. Lagi mahal lagi bermakna bagi membuktikan cinta sejati. Namun lain pula halnya bagi pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan April lalu.
Pengantin perempuan telah menerima senaskhah al-Quran sebagai hantaran perkahwinannya. Dan lebih menarik, al-Quran berkenaan adalah merupakan hasil tulisan suaminya sendiri.
Kisah mereka ini jadi viral gara-gara seorang jurugambar kepada pasangan berkenaan
iaitu Raja Nazrin yang berkongsikan kisah ini melalu tweet menunjukkan gambar al-Quran berkenaan.
Mempelai berkenaan, Nizamuddin Rahim 23 tahun dan pasangannya Nurul Aida R.Azli 22 tahun selamat diijabkabulkan pada 11 April lalu.
Nizamuddin ketika dihubungi Mstar memberitahu mula menulis Al-Quran sejak dia berusia 13 tahun.
“Ia dihasilkan sewaktu saya Tingkatan satu. Sebemarnya penulisan ini diwajibkan kepada semua pelajar Maahad tempat saya belajar.
“Sekiranya tak ditulis, pelajar tidak dibenarkan membaca hafalan (tasmi’) dengan ustaz. Alhamdulillah, ia berjaya disiapkan dalam masa 3 tahun”, ujarnya kini bertugas sebagai Penyelia di Darul Asnaf Sri Sendayan, Negeri Sembilan yang meriupakan bekas penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong (MTAQPC) Machang Kelantan.
Idea untuk memberikan hantaran Quran itu adalah dari idea ibu bapanya. Mereka memesan padanya supaya simpan baik selepas tamat sekolah.
Dalam pada itu, isterinya juga terharu dan kagum dengan dirinya yang menghadiahkan sesuatu berharga hasil usahanya sendiri.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...