Tika melayari media sosial di bulan Syawal ini banyak sekali video raya di muat naik dalam menari terkinja-kinja mengikut lagu raya, bukan saja oleh anak muda tapi yang sudah berusia pun sama.

Malah mereka berbangga kerana mengikut trend tertentu sampaikan ia turut dilakukan di tempat kerja dan dalam premis sekolah tempat anak-anak di didik mengenal agama dan budaya.

Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpanggil untuk menegur perbuatan ini dalam satu perkongsian beliau di media sosial.

“Janganlah raya disambut dengan dosa… Tahukah anda bahawa kita membayar Zakat Fitrah adalah bagi menyempurnakan kekurangan puasa kita di bulan Ramadan.

Dinyatakan oleh Ibn Abbas dalam sebuah hadis yang menyebutkan:

فَرَضَ رَسُولُ اللهِ زَكَاةَ الفِطرِ طُهرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغوِ وَالرَّفَثِ

Ads

“Rasulullah memfardukan Zakat Fitrah itu adalah bagi menyucikan (kekurangan) orang yang berpuasa daripada melakukan perkara yang lagha (sia-sia) dan dosa.” (HR Abu Daud)

“Anehnya setelah kita membayar Zakat Fitrah dan berpuasa bagi membersihkan diri kita dari dosa, kita sambut pula dengan nyanyian, jogetan serta pergaulan bebas sesama lelaki dan wanita.

Kata Bisyr al-Hafi:

أن قومًا يتعبدون في رمضان ويجتهدون في الأعمال، فإذا انسلخ تركوا! قال: بئس القوم قوم لا يعرفون الله إلا في رمضان.

Ads

Sesungguhnya terdapat satu kaum yang beribadah dalam bulan Ramadan dan bersungguh dalam amalan. Apabila hilang Ramadan, mereka meninggalkan semua (kebaikan itu). Inilah sejahat-jahat kaum. Mereka hanya mengenal Allah dalam bulan Ramadan. (Miftah al-Afkar, 2/283)

Keseronokan sambutan Hari Raya janganlah dicemari dengan dosa. Hari Raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Allah menjadikan Hari Raya sebagai gantian kepada perayaan Jahiliah.

Namun, apa yang membimbangkan, kita pula yang mengembalikannya dengan sifat sambutan Jahiliah. Sabda Rasulullah:

Ads

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Adha dan Hari Raya Aidil Fitri.” (HR Abu Daud)

Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Baca lebih banyak perkongsia Islamik di laman web KASHOORGA

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI