Penularan virus Coronavirus atau COVID-19 dikatakan semakin serius dengan menyaksikan orang ramai dilarang sama sekali untuk pergi ke lima negara terbabit, China, Itali, Iran, Jepun dan juga Korea Selatan.
Malah pelancong yang pergi ke sana juga terpaksa di kuarantin selama dua minggu sebelum boleh kembali dibenarkan bekerja atau keluar ke tempat awam.
Dan terbaru Arab Saudi juga turut mengeluarkan larangan kepada jemaah yang mahu menunaikan ibadah umrah di tanah suci.
Melalui laporan artikel Berita Harian, jemaah umrah diarah keluar dari Makkah dalam tiga hari bermula hari Ini.
Perkara itu dinyatakan melalui satu arahan dalam bentuk pekeliling, diterima pengendali ibadat umrah atau muassasah yang berada di Jeddah, Arab Saudi.
Ads
Semua jemaah yang berada di luar Makkah perlu ke kota itu untuk menyempurnakan ibadah umrah dan meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh tiga iaitu sehingga 8 Mac.
Arahan itu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam pekeliling bernombor 14410709 dan diletakkan dengan notis ‘top urgent’.
Ads
Gambar sekadar hiasan.
Seorang pengendali umrah, Erdie Nasrullah yang menetap di Jeddah ketika dihubungi BH mengesahkan pekeliling itu yang diterimanya semalam.
“Setakat hari ini, kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah berikutan penularan COVID-19 dan syarikat penerbangan, antaranya Saudi Airlines sudah mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga April ini.
Ads
“Ramalan kami dalam kalangan orang tempatan di Arab Saudi, berkemungkinan sekatan ini akan diteruskan sehingga Ramadan dan terus kepada musim haji nanti,” katanya.
Erdie berkata, kawalan terhadap wabak COVID-19 ini dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat dua kes positif wabak itu dicatatkan di Arab Saudi.
“Jemaah semakin berkurangan setakat hari ini tetapi tidaklah sampai lengang. Cuma yang tinggal adalah saki baki jemaah yang masuk ke Makkah sebelum berlakunya penggantungan sementara visa.
“Setakat ini tidak ada kemasukan jemaah dan semua pengusaha serta pengendali umrah sedang menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sama ada penggantungan ini dihentikan atau sebaliknya,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jodoh itu rahsia Allah taala. Ia sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Namun sebelum perkahwinan dibina, ada ketika halangan wujud. Biasanya ia datang di pihak keluarga sama ada lelaki mahu pun perempuan.
Qadar manusia telah ditulis sejak dari azali lagi. Dipetik dari Mufti Wilayah, satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalamkeadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.” [Riwayat Muslim (2643)]
Justeru itu, manusia tidak mampu menolak qadar telah ditetapkan terutama bab jodoh.
Dari satu perkongsian di Tik Tok @qaysdhia8196, ibu kepada empat anak ini memaklumkan bahawa perkahwinan baru dibinanya bersama suami tidak mendapat restu dari keluarga sebelah suami hanya kerana statusnya sebelum ini.
Dari perkongsian itu, wanita ini memaklumkan suaminya lelaki bujang berusia 25 tahun sementara dirinya 40 tahun dan mempunyai empat orang anak dari perkahwinan terdahulu.
Di majlis akad nikahnya, tidak seorang pun ahli keluarga sebelah lelaki datang meraikan majlisnya, hanya keluarganya sahaja meraikan majlis akad nikah itu. Walau jelas kesedihan di hati suaminya semasa sesi bergambar tapi ia memerlukan kekuatan hati.
Di sebalik ujian kehidupan ini, kata @qaysdhia8196, dia sentiasa berdoa agar mentua dapat menerimanya satu hari nanti tapi masa yang sama berasa lega kerana keluarga masih menerima suaminya tetapi tidak dirinya. Walau ramai mengatakan bahagia mereka hanya sementara kerana tiada restu ini tapi @qaysdhia8196 membuktikan bahawa mereka bahagia menjalani kehidupan berumahtangga.
Sebenarnya usia bukan penghalang kebahagiaan dibentuk kerana bahagia itu perlu dicari. Malah tidak salah memilih lelaki bujang andai jodoh sudah tertulis seperti di luh mahfuz. Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
‘Kawan bantu kawan.’ Berpura-pura cedera bantu rakan sepasukan berbuka puasa. Bayangkan ketika beraksi mereka hanya makan apa yang sempat dijamah dalam waktu kecederaan.
Tular pemain tengah Fiorentina, Sofyan Amrabat dilihat sedang makan pisang dan minum air di tepi padang semasa masa kecederaan untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.
Pada bulan Ramadan yang mulia ini menyaksikan ramai pemain bola sepak beragama Islam di seluruh dunia perlu berpuasa dari subuh sehingga matahari terbenam.
Inter Milan menjadi tuan rumah kepada Fiorentina, semalam di San Siro dengan sepak mula bermula jam 6 petang di Itali.
Sensasi Maghribi, Amrabat masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua menggantikan Gaetano Castrovilli untuk Fiorentina, yang memperoleh kemenangan menakjubkan 1-0 pada perlawanan itu.
Berpura-Pura Cedera
Dengan Fiorentina mempunyai kelebihan 1-0 pada masa kecederaan selepas mendahului menerusi gol Giacomo Bonaventura, Inter berusaha keras untuk mendapatkan gol penyamaan.
Bagaimanapun pada masa kecederaan, Amrabat dilihat berada di garisan tepi sambil memakan pisang serta minum air.
Peminat yakin bahawa pemain pertahanan Fiorentina, Luca Ranieri sengaja ‘membuang masa’ semasa masa kecederaan untuk memberi Amrabat masa yang mencukupi bagi berbuka puasa.
Bantu Rakan Sepasukan Berbuka Puasa
Rakaman video menyaksikan Ranieri sememangnya menerima rawatan perubatan, tetapi peminat percaya dia ‘memalsukan kecederaan’ itu ketika rakan sepasukannya di Fiorentina, Amrabat sempat memakan pisang dan minum air.
“Tabik hormat kepadanya,” kata seorang peminat memberi reaksi kepada tindakan itu.
Manakala seorang lagi peminat menambah: “Kawan membantu kawan.”
‘Warga emas lari ikut lelaki bangladesh ketika tunai umrah.’ Travel Agency kena blacklist dan didenda RM72,812 oleh kerajaan Arab Saudi.
Apalah yang berlaku sebenarnya sehingga warga emas yang sedang menunaikan umrah meninggalkan kumpulannya dan mengikut lelaki Bangladesh yang baru dikenali tersebut.
Seorang warga emas dari Wonosobo, wilayah Jawa Tengah, Indonesia, yang melarikan diri bersama lelaki Bangladesh ketika menunaikan umrah akhirnya pulang ke Indonesia, lapor portal berita Okezone.
Wanita dikenali sebagai Murni, 61, sebelum ini dilaporkan hilang selama sebulan selepas mengikut lelaki berkenaan ketika berada di Arab Saudi.
Ikut Lelaki Bangladesh
Menurut pemilik Firdaus Mulia Abadi Tour, Tri Winarto, Murni mengikuti ibadah umrah anjuran syarikatnya pada 1 Februari lalu.
“Sebulan yang lalu, dia mendaftar untuk mengerjakan umrah dengan syarikat kami. Dia berasal dari Wonosobo dan mengikuti pakej umrah selama 11 hari.
Ketika Tunai Umrah
Namun pada hari ketiga berada di Tanah Suci, Murni tiba-tiba menghilangkan diri. Selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV), Murni didapati mengikut seorang lelaki warga Bangladesh.
“Sehingga kami pulang (ke Indonesia) pada 11 Februari lalu, Murni tidak juga muncul. Selaku pengendali, kami berasa keliru,” kata Tri.
Travel Agency Kena Blacklist
Tambahnya, situasi itu membuatkan syarikatnya disenarai hitam dan dikenakan denda oleh kerajaan Arab Saudi kira-kira 250 juta rupiah (RM72,812).
Selepas sebulan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk keluarga dan kerajaan Arab Saudi, Murni akhirnya berjaya dikesan.
Didenda RM72,812
“Selepas kami menemui lelaki Bangladesh tersebut, dia berjanji untuk memulangkan Murni kepada wakil kami di Arab Saudi.
“Akhirnya, Murni pulang ke Indonesia pada Rabu minggu lepas,” jelasnya. – Agensi
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...