Sudut Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah dan Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah.
Raudhah antara tempat doa dimakbulkan. Mengikut sejarah, ia salah satu tempat Rasulullah SAW dan sahabat sering beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW.
Sudut Raudhah terletak bersebelahan makam Rasulullah dan hamparan karpetnya berwarna hijau berbanding kawasan lain dalam Masjid Nabawi yang karpetnya berwarna merah. Sebab itulah, ramai yang sanggup bersusah payah dan ada juga yang menjadi mangsa tolak-menolak untuk masuk ke dalam Raudhah.
Bagi Muslimat pula, cabaran mereka lebih getir kerana Raudhah hanya dibuka pada waktu tertentu saja untuk wanita. Ini menyebabkan ramai yang terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dapat masuk ke situ.
Baru-baru ini Aida yang merupakan juara program realiti Gadis Melayu atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali telah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bersama suami, Saiful Nizam Ismail dan dua anak mereka. Berikut catatan Aida Gadis Melayu.
Kali ni berlantaikan KOTA BERCAHAYA, sayu yang teramat sgt. Entah knp perasaan tu lain dgn kali pertama kesini bbrp tahun lalu . Suasana Allahurabbi dinginnn, tenang Subhanallah . Aida trus trfikir Ya Rasululluh layakkah aku bertemu , berkongsi setanah suci denganmu … moga kite semue beroleh syafaatnya ?
Ya Allah Subhanallah … Pertama & yg utamenye aida terima Ribuan Dms untuk kirim doa & ade yg smpat aida reply dan buka , Ya Allah sayu hati bilemane mostly yg titipkan agar beri kesihatan untuk yg sakit . Ade yg jugak kirim gambar baby tgh sakit etc . Allah allah . Insyaallah rezeki smp kesini akan aida manfaatkan bukan hanye untuk aida tp buat kalian smue juga
Cumenye aida takut x smpt nk buka satu2 doa kat dm aoda so aida mohon untuk yg berhajat untuk terus komen doa kalian disini ya .
Semoga Allah permudahkan segala urusan kite smue . Ameen Ya Allah
Siapa kami untuk meminta dariMu , aPatah lagi menagih keampunanMu . Namun Jauh Paling Dasar sudut hati, benar2 kami merayu memohon agar dititipkan antara yg menjadi SeruanMu .
SESUNGGUHNYA, TIADA UNDANGAN SEHEBAT UNDANGAN SEBAGAI TAMUMU YANG MAHA EMPUNYA DUNIA .
Aku jawab, “Allah masih nak rahsiakan jodoh saya.”
“Umur dah meningkat tu…”
Aku jawab, “Allah masih rahsiakan jodoh saya.”
“Bila boleh makan nasi minyak ni?”
“Hanya Allah yang tahu…”
Tatkala sering kali ditanya dengan pertanyaan jodoh seringkali bungkam dengan jawapan yang ingin diberikan. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya oleh orang sekeliling. Pertanyaan oleh keluarga sendiri. Pertanyaan oleh jiran. Pertanyaan oleh sahabat-sahabat zaman sekolah dan juga rakan sekerja.
Terasa rimas dengan pertanyaan itu. Mungkin mereka sangat prihatin. Terima kasih atas keprihatinan itu tetapi tentang jodoh itu adalah rahsia Allah.
Selagi kun fayakun DIA tidak menyapa, aku hanya mampu usaha dan berdoa kepada-Nya seterusnya tawakal…
Allah ada sebut dalam Surah Ar Rum (30): 21
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia Menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir.”
Ada yang bercinta bertahun-tahun, selalu keluar bersama tetapi akhirnya berpisah. Ada pula yang baru kenal sebulan dua, bersua muka sekali dua bersama mahramnya dan akhirnya bersama.
Aturan hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.
Boleh jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara mereka ‘salah’.
Masing-masing mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sudah menjadi lumrah, setiap hujung tahun pihak sekolah akan mengadakan majlis anugerah bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang mendapat no.1 hingga 3 dan markah tertinggi bagi setiap subjek akan diraikan.
Namun, pada tahun ini SK Tok Jembal atau dikenali sebagai T’Jems telah mengubah tradisi tersebut. T’Jems bukan sekadar meraikan pelajar cemerlang, tetapi juga menghargai pelajar-pelajar lemah di dalam majlis yang dikenali sebagai Hari Anugerah Kemenjadian Murid (HAKEM).
ADA TIGA ANUGERAH
Tiada anugerah untuk pelajar yang menduduki no. 1 hingga 3 sebaliknya 3 anugerah akademik diperkenalkan; Tahap Cemerlang, Tahap Menguasai dan Tahap Minimum. Tahap Cemerlang merujuk kepada pelajar yang mendapat markah dalam kategori cemerlang, cthnya 80 ke atas. Ini bermaksud, kesemua pelajar yang mendapat markah 80 ke atas akan diberi anugerah, bukannya hanya seorang yang tertinggi.
Yang paling menarik adalah anugerah Tahap Minimum merujuk pelajar yang mendapat kesemua D. Saya berpeluang dijemput untuk menyampaikan hadiah dan saya perhatikan betapa gembiranya pelajar-pelajar yang mendapat anugerah Tahap Minimum ini.
Anugerah juga diberikan kepada beberapa kategori lain seperti kehadiran penuh, KAFA, Linus, UPKK, Terbaik Disiplin, Kurikulum, Sahsiah, Tokoh Nilam dan Tokoh Murid.
LUAR BIASA DAN MERIAH
Saya rasakan, lebih dari 200 pelajar mendapat anugerah semalam, sesuatu yang luar biasa dan meriah dengan kehadiran ramai ibubapa. Malahan photobooth juga disediakan.
Lebih menarik, pendaftaran ibubapa adalah menggunakan QR Code.
Sesungguhnya inisiatif baru T’Jems ini dengan dibantu sumbangan kewangan dari ibubapa adalah selari dengan usaha KPM untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sekadar akademiknya tetapi juga sahsiah disamping meningkatkan motivasi pelajar-pelajar yang lemah, bahawa mereka juga dihargai.
Sekalung tahniah buat Guru Besar, Tn. Hj. Aznordin dan guru-guru T’Jems dan PIBG.
Dengarnya tahun depan akan ada inovasi terbaru dari T’Jems.
Maklumat terkini:
Lebih 500 pelajar menerima anugerah
Tahap cemerlang – mendapat 4A dan lulus 7 subjek
Tahap menguasai – Lulus semua subjek
Sumber kredit: FB: Mohd Nazli Mohd Nor
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Doa ibu boleh tembus ke langit tanpa ada filter. ‘Nak anak berjaya, kena doa dari baby.’ Jadilah rutin sejak anak kecil, doakan yang baik-baik untuk anak agar mereka anak yang hebat dunia dan akhirat.
Mustajabnya doa seorang ibu kerana doanya tiada hijab dan terus tembus ke langit. Seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Ibu tidak boleh berasa lemah atau berputus asa mendoakan yang lebih baik untuk anak.
Nak anak berjaya, mahu anak sentiasa dilindungi, nak anak dapat jodoh yang baik, nak anak rajin solat, kena doa dari anak masih baby.
Doa ibu pula tembus ke langit tanpa ada filter.
Boleh Tembus Ke Langit
8 doa mustajab yang boleh dibacakan oleh ibu kepada anaknya.
1. Doa untuk mengatasi anak yang nakal.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.’ (Surah Al-Furqan : 74).
2. Doa Anak Rajin Solat
‘Ya Tuhan ku, jadikanlah aku dan anak cucu ku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenanlah doa ku.
(Surah Ibrahim : ayat 40)
Tanpa Ada Filter
3. Doa dapat keturunan yang baik
Ya Tuhan ku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.’
(Surah Ali-Imran: ayat 38)
4. Doa agar dikurniakan anak
“Ya Tuhan ku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.’
(Al- Anbiya: 89)
5. Doa agar mendapatkan anak yang soleh/solehah.
“Ya Tuhan ku, anugerahkanlah kepada ku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.’ (As-Saffat : 100)
6. Doa memohon anak dan keturunan yang soleh
“Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah pada ku untuk bersyukur atas nikmat mu yang telah Engkau kurniakan pada ku juga pada orang tua ku. Dan ilhamkanlah pada ku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhai dan perbaikilah keturunan ku. (Al-Ahqaf, Ayat 15)
Kena Doa Dari Baby
7. Doa anak dilembutkan hati
“Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.’ (As-Syura, Ayat 19)
8. Doa agar diberikan rahmat
Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami dan Engkau adaah sebaik-baik Pemberi Rahmat. (Al-Mukminun, Ayat 109)
Sehebat mana pun kita menjaga, Allah jualah sebaik-baik penjaga.
Semoga anak-anak kita emua sentiasa dalam jagaan Allah. Amin.
Kashoorga : Berdoalah selagi mampu tanpa rasa jemu.