Kita semua sedia maklum bahawa negara kini sedang dilanda masalah jerebu yang mana menyebakan kebanyakan sekolah di sekitar Klang, Putrajaya dan beberapa lagi kawasan di Selangor telah ditutup. Ini adalah kerana kualiti udara yang tidak sihat.
Malah orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang aktiviti luar bagi mengelakkkan rasa kurang sihat disebabkan masalah jerebu ini.
Sebagai umat Islam, kita percaya itu adalah salah satu ujian yang Tuhan berikan pada hambaNya bagi membolehkan kita untuk sentiasa beringat kepadaNya.
Ads
Dan kita juga sebenarnya boleh terus muhasabah diri ini dengan sentiasa mengingati setiap dugaan yang diberikan oleh Allah.
Menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin, ada doa tertentu boleh diamalkan bagi meminta perlindungan dari masalah/bala yang berat.
Ads
Ustaz Riza Kamaruddin
Menurutnya juga doa yang diajar ini juga adalah doa yang sahih dari Nabi. Amalkan dan sebarkan doa ini juga sudah cukup besar ganjarannya.
DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT
Ads
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih]
“Paling kurang pun dapat pahala kerana mengamalkan sunnah dari Nabi. Dan yang keduanya bila doa itu sahih dari Nabi pasti Allah tidak akan menolak doa yang dipohon itu dengan syarat ikhlas kerana Allah,” tambahnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain ayam, daging juga adalah salah sumber protein yang baik untuk badan. Biasanya daging akan dimasak kari atau kurma, tetapi kali ini apa kata kita cuba menyediakan masakanfusion paling popular dan pastinya digemari seisi keluarga.
Hidangan jadi pilihan hari ini adalah daging black pepper untuk sajian berbuka hari ini. Bahannya selain daging, paling penting adalah sos black pepper tidak kisah apa jenama.
Cara memasaknya juga cepat dan boleh disediakan walaupun di saat akhir sebelum berbuka puasa hari ini.
Air tangan ini pastinya akan menambat perut suami serta ahli keluarga lain yang gemar makan air tangan kita sendiri.
Daging Black Pepper Berapi
Daging Black Pepper Berapi
1/2 kg daging dipotong nipis
3 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar bawang besar+putih blend
2 sudu kecik serbuk black paper
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-cara :
kacau bahan semua sehingga sebati ..Gaul semua bahan
Tambahkan dengan air..Tutup kuali dgn penutup dan biarkan daging tu empuk
Bila daging dah kering macam tu, masukkan bawang besar dan halia yg di mayang, cili padi, terpulang sama ada korang nak potong atau letak sebiji2 mcm tu cili padi.
Step 1 – Gaul Sebati
Step 2 – Perap Seketika
Step 3 – Dimasak Sekaligus
Step 4 – Masukkan Bahan Hiasan & Hiris
Kredit: Resepi Orang Kampung
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Emoji Ayah Pin sering kali digunakan dalam banyak komen-komen netizen. Malah ajaran Kerajaan Langitnya juga sering dijadikan emoji lucu bagi membahan berita yang viral.
Di sebalik ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat sehingga perkampungannya di Terengganu dimusnahkan pada tahun 2000-an, malah ajaran sesat dibawanya ini menjadi cukup terkenal sehingga ke hari ini namun dalam bentuk emoji “membahan” orang lain.
Selain ajaran Ayah Pin yang menggemparkan negara kerana mempunyai ribuan pengikut, ada lagi ajaran kumpulan sesat difatwakan di Malaysia yang harus kita waspada. Terkini, akhbar Sinar Harian melaporkan pengasas Ajaran Sesat Asmaul Husna Wan Maseri yang juga bekas seorang professor difatwakan sesat.
Pengasas ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.
Profesor Dr Wan Maseri Wan Mohd secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.
Pengakuan sama dibuat dalam Mesyuarat Panel Pakar Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersidang di Putrajaya pada Isnin.
Melalui pengakuan itu, beliau menjelaskan kenyataannya tentang Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan ALLAH, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.
"Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.
Wan Maseri menjelaskan, kajian 99 Asmaul husna yang dijalankan tidak tepat dengan disiplin perolehan ilmu yang diperlukan syariat.
"Justeru saya menarik balik semua penulisan yang telah tersebar di kalangan masyarakat.Insya-ALLAH saya akan mengemukakan penulisan baharu yang akan terlebih dahulu melalui proses perolehan ilmu yang benar di sisi syariat," katanya.
Ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dibawa bekas pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) kerana didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ini lagi 4 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia, Jangan Sampai Kita Rosak Akidah
Ajaran Tuhan Harun :- Kes ini pernah menggemparkan negara apabila pengasasnya diberitakan meninggal dunia ketika kesnya masih dalam perbicaraan pada tahun 2016. Modus operandi ajaran sesat Tuhan Harun ini menjurus kepadamenubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Tuhan Harun dan pengikutnya turut didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek yang menyiasat kes ajaran sesatnya.
Ajaran Rasul Melayu :- Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad yang mendakwa dirinya adalah Rasul Melayu telah difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor. Namun pada tahun 2020, Abdul Kahar ditahan polis bersama 16 pengikutnya kerana kembali aktif menyebarkan ajaran sesat ini tanpa serik. Peliknya Abdul Kahar mendakwa dirinya dilantik oelh Tuhan menjadi Rasul orang Melayu. Selain itu mendakwa Surah Yassin diturunkan untuknya sahaja. Nauzibillahminzalik.
Ajaran Matahari/ Taslim / Haji Ahmad :– Agama Matahari ini juga dikenali di Utara sebagai agama Taslim. Ajaran Taslim diasaskan pada tahun 1870-an oleh Haji Muhammad bin Shafie, dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari di Kampung Seronok, Pulau Pinang. Ajaran sesat ini mengakui dirinya pengganti Rasulullah dan lebih teruk membenarkan nikah batin yang telah memporak perandakan rumahtangga orang lain. Masa yang sama, ajaran sesat ini mendakwa dengan hanya niat saja, puasa dan solat dah sah tanpa melakukan amalan berpuasa itu. iangkat menjadi “khalifah” yang seterusnya untuk penganut agama itu.
Ajaran Baha’i :– Jelas ajaran sesat ini sangat menakutkan kerana mempunyiai 5 juta ahli dari seluruh dunia. Ia diasaskan oleh Bah’u’llah yang mengakui dirinya sebagai pesuruh Allah selepas Nabi Ibrahim, Musa, Buddha, Krishna, Kristus dan Nabi Muhammad. Ajaran sesatnya mementingkan kesamarataan tanpa kira agama, negara demi untuk sebuah tamadun.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Melihat situasi di Palestin hari ini tak dinafikan pasti ada yang terlintas di fikiran untuk turut sama ke sana bagi perjuangan jihad. Berperang menentang orang kafir yang menindas, ibarat short cut untuk ke syurga jika diakhiri dengan kematian.
Tapi hakikat yang perlu kita tahu jihad bukan sekadar melawan musuh Islam atau berperang melawan orang kafir untuk mempertahankan agama Islam. Ada beberapa lagi jenis jihad yang boleh kita lakukan di tanah air dan untuk diri kita sendiri.
Dalam kitab berjudul Zad al-Ma’ad oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ada empat jenis jihad yang perlu diketahui.
1. Jihad al-Nafs (jihad untuk memperbaiki diri)
Jihad untuk memerangi hawa nafsu dengan cara mempelajari hidayah dan agama Islam yang benar. Berjihad melawan hawa nafsu dan mengajak orang lain untuk mendalami ilmu dan mengajar ilmu tersebut kepada orang yang belum mengetahui juga adalah jihad. Begitu juga jika seseorang itu sanggup berdepan segala kepayahan dalam berdakwah dengan penuh kesabaran. Itu juga adalah jihad
2. Jihad al-Syaithan (jihad melawan nafsu syaitan)
Jihad untuk melawan syaitan. Berjihad dengan menolak apa saja godaan atau pengaruh syaitan kepada hamba, termasuklah perasaan ragu-ragu. Begitu juga jihad melawan syaitan dengan menolak segala keinginan syahwat yang merosakkan. Salah satu saranan dalam melawan godaan ini adalah dengan berpuasa. Puasa memiliki makna spiritual yang dirancang untuk menahan hawa nafsu.
3. Jihad al-Kuffar wa al-Munaffiqin (jihad melawan orang kafir dan munafik)
Jihad melawan orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Daripada memerangi mereka dengan hati, lisan, harta dan jiwa. Di sini dapat difahami bahawa jihad melawan orang kafir tidak semata-mata dilaksanakan dengan menggunakan kekuatan senjata (jihad perang).
4. Jihad al-Babi al-Zhulmi wa al- Bida’ wa al-Munkarat (jihad melawan orang zalim ahli bidaah dan pelaku kemungkaran)
Ia adalah jihad untuk melawan orang-orang zalim, ahli bidaah dan orang yang membuat kemungkaran. Jihad dengan menggunakan perbuatan jika mampu agar kemungkaran tidak dibiarkan bermaharajalela.
Jika tidak mampu, solusi lain adalah dengan menggunakan lisan. Maksudnya, mencegah dengan menasihati pelaku kemungkaran. Memberi nasihat dengan kata-kata yang sopan.
Apabila kedua cara ini juga tidak mampu, maka jalan terakhir adalah dengan hati. Mengubah kemungkaran dengan hati adalah dengan membenci kemungkaran itu. Cara terakhir ini merupakan tanda kelemahan iman seseorang.
Larangan tidur satu selimut, walau macam baik sekali pun dengan rakan atau ahli keluarga tapi jangan sampai tidur satu selimut.Mungkin ramai yang tidak tahu...