Jerebu Sebahagian Ujian Dari Tuhan, Ini Doa Boleh Diamalkan Minta Perlindungan Dari Bala Yang Berat

Share

Kita semua sedia maklum bahawa negara kini sedang dilanda masalah jerebu yang mana menyebakan kebanyakan sekolah di sekitar Klang, Putrajaya dan beberapa lagi kawasan di Selangor telah ditutup. Ini adalah kerana kualiti udara yang tidak sihat.

Malah orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang aktiviti luar bagi mengelakkkan rasa kurang sihat disebabkan masalah jerebu ini.

Sebagai umat Islam, kita percaya itu adalah salah satu ujian yang Tuhan berikan pada hambaNya bagi membolehkan kita untuk sentiasa beringat kepadaNya.

Dan kita juga sebenarnya boleh terus muhasabah diri ini dengan sentiasa mengingati setiap dugaan yang diberikan oleh Allah.

Menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin, ada doa tertentu boleh diamalkan bagi meminta perlindungan dari masalah/bala yang berat.

Ustaz Riza Kamaruddin

Menurutnya juga doa yang diajar ini juga adalah doa yang sahih dari Nabi. Amalkan dan sebarkan doa ini juga sudah cukup besar ganjarannya.

DOA MEMINTA PERLINDUNGAN DARI BALA YANG BERAT

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ وَدَرَكِ الشَّقَاءِ وَسُوءِ الْقَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
Ya Allâh, kami berlindung kepada-Mu dari beratnya musibah yang tak mampu ditanggung, dari datangnya sebab-sebab kebinasaan, dari buruknya akibat apa yang telah ditakdirkan, dan gembiranya musuh atas penderitaan yang menimpa. [Muttafaq ‘alaih]

“Paling kurang pun dapat pahala kerana mengamalkan sunnah dari Nabi. Dan yang keduanya bila doa itu sahih dari Nabi pasti Allah tidak akan menolak doa yang dipohon itu dengan syarat ikhlas kerana Allah,” tambahnya.

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman