Amalan bersedekah amat dianjurkan Islam. Sedekah merupakan perbuatan yang sangat disukai Allah SWT selain menjadi amalan baik yang memberi ganjaran pahala kepada sesiapa yang bersedekah. Namun adakalanya kita berkira-kira untuk memberi.
Sebenarnya jika ingin bersedekah, biarlah ikhlas dan jangan teragak-agak. Ini perkongsian Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan tentang sedekah.
Semalam pergi gerai. Nak beli karipap. Tanyalah makcik tu berapa satu? Dia cakap 50 sen sebiji. Saya cakaplah nak 4.
Masa nak bayar, kat tangan ada 5 ringgit. Ingat nak bagi semua. Tapi suara hati cakap “bagi 2 ringgit je. Orang meniaga ni banyak untung”. So tangan seluk poket ambik 2 ringgit bayar.
Balik rumah bukak plastik. Tengok ada 5 karipap. Allahhh.. rupanya dalam kita berkira dengan dia, dia tak berkira pun dengan kita. Hitamnya hati saya!
* * *
Ads
Harini nekad. Nak beli karipap makcik tu lagi dan nak bayar lebih.
Bila sampai kat gerai dia, saya cakap “makcik saya nak 6 biji karipap”. Dia ambik dan letak.
Bila nak bayar saya bagi dia 5 inggit dan dia nak bagi duit balik. Saya cakap takpe makcik. Hadiah. Dia cakap eh jangan macam tu ambiklah. Saya cakap takpe. Saya tetap tolak.
Masa dia pegang duit tu, bibir dia ketap-ketap. Dia ucap terima kasih dan saya pun ucap terima kasih. Saya tak boleh lama kat situ sebab saya nampak dia macam nak nangis.
Ads
Sampai kat rumah, saya bukak plastik dan saya kira. Ya, dia memang seorang yang pemurah. Dia bagi saya 7 sedangkan saya hanya minta 6. Allahhh.. ???
* * *
Ads
Makcik ni mengajar saya sesuatu. Jika kita berkira dengan orang, bukan setakat orang je yang akan berkira dengan kita, tapi Allah pun akan berkira dengan kita.
Mudahkanlah urusanmu sesama makhluk, nescaya Tuhanmu akan memudahkan urusanmu denganNya.
#Ingatlah…kalau ada duit lebih tu rajin2lah bersedekah kerana didalam rezeki kita terdapat juga rezeki orang lain..
– Ustaz Shahrizan –
Sumber kredit: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga, tentunya agak sulit untuk menabung. Memandangkan anda berdua sudah banyak berhabis ketika mengadakan majlis perkahwinan maka amat penting untuk anda berdua menabung semula.
Melalui perkongsian Hafizul Hakim di laman Facebooknya, lelaki ini berkongsi tip untuk menyimpan wang secara berkesan.
TIP SIMPAN DUIT CARA EKSTRIM! OKAY INI CARANYA:
Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genaplah. Pada 1 hb setiap bulan, suami akan masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1 hb. Esok harinya pada 2 hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan ‘tickkan’ pada 2 hb pada kalendar.
Dengan cara ini suami isteri boleh saling bekerjsama untuk menabung. Duit itu nanti bolehlah digunakan untuk keperluan bersama. Boleh juga digunakan untuk anak yang bakal lahir nanti. Setidak-tidaknya boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan untuk keadaan yang tidak dijangka.
Selamat menabung!
Sumber kredit: FB: Hafizul Hakim
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kami juga merinduimu wahai Rasulullah junjungan besar kami. Betapa kami ingin sekali bertemu dengan mu.
Semoga sahaja impian ini menjadi kenyataan nanti. Kami dambakan syafaat mu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu akan rasa rindu itu. Sedikit perkongsian dari sahabat kita Zafrullah Zafrullah di facebooknya ternyata sangat menyentuh hati. Kita ikuti coretannya agar kita juga tahu betapa rindunya Baginda dengan kita
Gambar sekadar hiasan
Pada suatu hari, berlaku perbualan di antara Nabi SAW dengan Saidina Abu Bakar Siddiq serta para sahabat lain. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan saudara-saudaraku(ikhwanku ),” berkata Nabi SAW
“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?” jawab Abu Bakar. “Bukan,” jawab Nabi SAW. “Kamu adalah sahabat-sahabatku”. Seulas senyuman yang sedia terukir di bibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara :
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: “Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah. “Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, ” Para nabi.” “Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat. “Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.”
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Perbanyakkan Selawat & Salam ke atas Junjungan Kekasih Agung Rasulullah S.A.W. اَللَّهُمَّصَلِّىعَلَىمُحَمَّدٍٍ،وَعَلَىآلِهِمُحَمَّدٍٍ،كَمَاصَلَّيْتَعَلَىإِبْرَاهِيْمَوَعَلَىآلِإِبْرَاهِيْمَ،وَبَارِكْعَلَىمُحَمَّدٍٍوَعَلَىآلِهِمُحَمَّدٍٍكَمَابَارِكَتْعَلَىإِبْرَاهِيْمَوَعَلَىآلِإِبْرَاهِيْمَ،فِىالْعَالَمِيْنَإِنَّكَحَمِيْدٌمَجِيْد
Perkongsian dari facebook: Zafrullah Zafrullah
Kashoorga: Sungguh admin menangis membaca coretan saudaraku ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebagai seorang Islam wajib percaya bahawa setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis di bawah.
Firman Allah SWT:
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Ikuti perkongsian wanita ini yang merupakan penghidap kanser.
Seram juga baca penulisan doktor doktor sekarang yang menulis dengan bahasa yang agak kasar! Sentap! Padu! Hentam!
Kemudian mereka seakan akan serang satu persatu bidang bidang tertentu terutamanya bidang alternatif selain dari perubatan hospital.
Bercakap dari pengalaman sendiri.
Saya adalah pesakit kanser. Selepas rawatan kimoterapi, saya bergantung kepada antibiotik jika diserang batuk. Tanpa antibiotik batuk saya tidak akan baik.
Saya mudah dijangkiti batuk kerana kanser saya menyerang paru paru sebelah kiri saya. Kanser Lymphoma. Hodgkin Disease.
CULAS BUAT RAWATAN KEMOTERAPI
Cerita tentang rawatan chemo, saya adalah pesakit yang acah acah melarikan diri dari meneruskan rawatan chemo. Tetapi ‘cair’ serah diri balik ke hospital selepas dipujuk baik oleh Staff Nurse yang baik lagi syantek, Kak Yati nama dia. Dahulu dia bertugas di Daycare Hospital Ampang. Dia jer yang selalu dapat cucuk tangan saya untuk masukkan branular. Nurse lain tak berani cucuk saya sebab vein saya halus dan tegang macam dawai ampai jemur kain lepas kena chemo.
Berbalik cerita asal, saya adalah seorang yang mudah dijangkiti batuk. Setiap kali batuk kena serah diri di hospital untuk minta doktor prescribed antibiotik. Tak boleh beli sembarang di farmasi.
Saya jadi takut nak dekat dengan orang. Kalau ada yang batuk, mesti saya ‘kena’. Batuk teruk sampai terkencing kencing! Sampai kering tekak! Sampai berdarah kahak.
DOKTOR CADANG AMAL MAKAN MADU
Perkara ini berterusan sehingga saya mengandung anak yang ke dua kira kira 4 tahun selepas rawatan chemo.
Semasa follow up pregnancy dengan doktor pakar di Klinik Ibu & Anak, saya minta doktor prescribed antibiotik sebab saya batuk ketika itu. Doktor tersebut enggan dan berasa tak berapa happy dengan keadaan saya yang bergantung kepada antibiotik. Lagi lagi saya mengandung, ianya tidak baik untuk janin dalam kandungan.
Doktor beri cadangan untuk saya cuba amalkan makan ‘madu’ untuk rawat batuk saya. Saya frust dengan keputusan doktor tersebut.
Sebagai langkah protes, memang saya makan madu setiap kali batuk. Saya dapatkan madu tualang dari kiosk madu tualang yang hanya menjual madu tersebut sahaja.
Batuk! Telan madu! Asal batuk, telan madu. Protes! Protes sebab doktor tak bagi ubat antibiotik. Batuk lagi! Telan lagi! Tengah malam terbatuk! Bangun makan madu. Pagi pagi berkahak, lari pergi dapur telan madu.
Lama juga saya buat amalan makan madu. Sehinggalah saya mengandung anak ke tiga dua tahun kemudian. Tiba tiba saya teringat saya pernah protes dengan doktor yang sama ketika beliau tak nak bagi ubat antibiotik.
GABUNG RAWATAN MODEN & ALTERNATIF
Saya baru perasan yang saya dah tak batuk lagi. Dah tak merentan sibuk nak makan antibiotik setiap kali batuk.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat pulihkan paru paru saya yang mungkin rosak ketika kanser dahulu.
Ada dua peringkat di sini, saya rawat dengan chemo dan pulihkan organ tersebut dengan madu iaitu sumber dari alam yang Allah jadikan penuh manfaat.
Bagi saya, rawatan hospital rawatan juga, tetapi pengambilan alternatif seperti makanan sunnah, minyak bau bauan semulajadi mungkin adalah usaha untuk memulihkan kembali organ atau anggota yang telah mengalami sakit.
Sebilangan doktor doktor mungkin kendurkan sedikit bahasa atau penulisan yang agak keras bunyinya kerana semua berlaku atas izin Allah. Jika Allah kata baik dengan rawatan hospital, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan ‘do nothing’, baiklah dia. Jika Allah kata baik dengan rawatan homepathi, baiklah dia. Hatta jika dengan izin Allah, sakit pun boleh baik dengan air yang hanya dibaca dengan Alfatihah oleh insan insan biasa yang dipilih Allah.
Jauhkan sikap sombong dan melabel. Kerana syaitan yang pernah duduk di syurga pun akhirnya terkeluar dari sana kerana sifat sombong dan melabel.
Sumber kredit: FB: Rafiza Idayu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...