Perkara paling “ditakuti” kita ialah kehilangan orang yang kita sayang, diuji sakit, kemiskinan dan lain-lain lagi. Namun semua ujian yang diberi oleh Allah itu sebenarnya ada hikmah yang tidak kita ketahui
Kita lupa bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik pelindung dan penolong. Jelas apa yang terjadi adalah kerana Allah sayang kepada kita sebagai hamba-Nya. Jika kita melalui lima perkara ini, itu tandanya Allah sayang kita.
Diuji kesedihan
Hamba yang disayangi oleh Alla kerap diberi kesedihan. Sebab di sebalik kesedihan kita lalui itu, seorang hamba akan sering menyebut nama-Nya di bibir dan hati. Minta agar kesedihan dirinya dihilangkan dan digantikan dengan kebahagiaan.
2) Diuji sakit
Ads
Saat diuji dengan kesakitan, kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Allah Taala. Kita akan merayu dan menangis agar semua kesakitan kita itu diganti dengan kesembuhan. Tidaklah Allah meletakan penyakit dan tidak pula meletakkan ubatnya. Dengan ujian sakit, Allah juga menghapuskan dosa-dosa kita.
3) Diuji kehilangan
Ads
Mengambil sesuatu yang kita sayang terutama pasangan, anak-anak, ibu atau ayah adalah satu ujian yang sangat hebat buat seseorang. Namun di sebaliknya ia kembali mengingatkan kita bahawa apa yang kita ada hanyalah pinjaman semata-mata. Dengan kehilangan, kita akan sering menyebut nama-Nya agar diberikan ketabahan.
Ads
4) Diuji susah
Siapa kata susah adalah ujian dan tanda Allah berpaling dari kita? Sebaliknya dengan ujian kesusahan kita akan belajar redha dan sabar.
5) Diuji derita
Jiwa yang menderita akan selalu dekat pada-Nya. Terkadang bila diuji dengan kesenangan dunia, akan membuatkan kita lalai mengingati Allah SWT.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum membuat perancangan untuk berkahwin, seorang wanita itu perlu bertanya beberapa soalan kepada bakal suami.
Soalan ini bukanlah untuk menguji lelaki namun lebih kepada kesedaran terhadap tanggungjawab lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga. Ingat ya, bercinta bukan soal untuk jiwang-jiwang sahaja.
Perlu lihat masa depan dengan lebih teliti. Sudah-sudahlah mabuk kepayang tak tentu hala. Sekarang masa untuk fikir soal masa depan anda, dia dan bakal anak-anak.
1. Selepas kahwin nanti kita nak tinggal di mana?
Bagi pasangan muda, ada yang masih belum memiliki rumah sendiri. Hendak menyewa pula kewangan macam antara mampu dengan tidak. Akhirnya terpaksa menumpang di rumah ibu bapa. Jadi anda dan si dia perlu bincang mengenai hal ini secara serius. Jangan ambil mudah. Menyewa ke, tinggal sebumbung dengan mentua ke. Fikir betul-betul. Jangan timbul masalah kemudian hari.
2. Bila ada anak, siapa yang akan menjaga anak itu nanti?
Hal ini perlu difikirkan bersama. Jika anda berdua bekerja, jadi siapa yang akan jaga anak itu ketika anda berdua keluar bekerja. Adakah hantar kepada pengasuh? Adakah hantar ke taska? Kalau hantar ke pengasuh dan taska, siapakah yang akan bayar? Mampukah hendak keluar bajet RM300 sebulan untuk taska? Atau mungkin hantar kepada ibu bapa sendiri untuk dijaga. Mungkin juga anda buat keputusan untuk berhenti kerja dan tumpu kepada anak. Jika begitu, apakah perancangan dari segi kewangan? Kena fikir.
3. Bagaimana cara kita uruskan perbelanjaan keluarga?
Memang bab perbelanjaan keluarga sepatutnya ditanggung oleh suami. Namun pada hari ini, ada lelaki yang kurang berkemampuan dan isteri perlu sama-sama membantu dari segi kewangan keluarga. Jadi bahagi siap-siap suami komitmen apa, isteri pula komitmen apa. Misalnya suami bayar ansuran kereta dan sewa rumah. Isteri pula bayar segala bil utiliti.
4. Apa tanggungjawab seorang suami dan apa pula tanggungjawab seorang isteri?
Keindahan masa bercinta boleh hilang sekelip mata jika bab tanggungjawab ini tidak diselesaikan awal-awal. Masa bercinta anda tidak kenal 100 peratus pun orang yang anda sayang itu. Selepas kahwin barulah anda nampak siapa dia sebenarnya. Anda berdua sudah saling kenal dan tahu rutin harian si dia. Jadi senarai siap-siap tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, misalnya suami kena buang sampah setiap hari. Isteri pula tanggungjawabnya menyediakan makan malam. Jadi masing-masing sudah ada kerja sendiri.
Gambar sekadar hiasan.
5. Siapa yang akan buat keputusan dalam perkahwinan kita?
Memang suami ialah ketua keluarga. Namun isteri pun ada hak untuk buat keputusan. Jadi bahagikan siap-siap apa isu yang suami perlu buat keputusan dan apa isu yang isteri boleh buat keputusan. Senang, kan?
6. Bagaimana cara terbaik untuk didik anak-anak kita nanti?
Ramai pasangan yang bergaduh sebab tak setuju tentang apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah swasta? Sekolah antarabangsa atau sekolah agama? Ada orang yang rasa memang patut bekerja keras dan berhabis duit untuk hantar anak ke sekolah yang dirasakan terbaik tapi ada juga yang rasa sekolah biasa pun sudah memadai. Selain itu, bincangkan juga bagaimana anda patut ajar anak-anak tentang agama nanti dan bagaimana nak capai matlamat sebuah keluarga.
7. Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?
Bab kesihatan ini selalu diambil mudah. Ada orang yang muda-muda sudah ada diabetes. Sudah ada darah tinggi. Jadi sanggupkah anda berdepan dengan masalah sedemikian kerana penyakit ini mempengaruhi kebolehupayaan seseorang untuk hamil. Jika ada lain-lain penyakit pun kena maklumkan supaya si dia boleh berjaga-jaga dan set minda dengan betul mengenai tahap kesihatan pasangannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila menyebut nama Recep Tayyip Erdogan, pasti ramai yang kagum dengan keperibadian tinggi ditunjukkan oleh Presiden Turki ini. Suaranya amat lantang membela dunia Islam malah dirinya tidak pernah gentar berhadapan dengan tekanan di sebalik klause islamfobia yang ditunjukkan oleh banyak negara terhadap agama ini.
Di media sosial, keperibadiannya sebagai pemimpin Turki sering di tonjolkan namun di sebalik ketegasan itu, kerendahan hatinya membuat ramai yang kagum.
Terbaru, tersebar di media sosial, Presiden Turki ini tidak kisah solat di tempat letak kasut sebuah masjid hanya kerana terlewat datang ke masjid tanpa mahu melangkah ke hadapan saf sesuai dengan dirinya sebagainya pemimpin.
Dalam video dikongsikan di Youtube, Presiden ini dilihat tiba di sebuah masjid yang sudah dipenuhi oleh ramai jemaah untuk bersolat Jumaat.
Sebaliknya, tanpa mempedulikan jawatan tertingginya selain menyedari orang sudah memenuhi ruang masjid, Erdogan dilihat tidak kekok bersolat di ruang luar masjid yang terdapat tanda letak kasut di sisinya sambil kawalan ketat pengawal peribadinya. Ternyata Presiden ini meletakkan dirinya hanya hamba Allah saat melalakukan ibadah solat yang wajib dikerjakan umat Islam sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang memberi segala nikmat kehidupan.
Malah sebaik habis bersolat, Presiden ini melangkah keluar tanpa perlu adanya karpet merah menjadi laluannya atau ada pemimpin-pemimpin lain menunggu untuk bersalam dengannya sebaliknya terus beredar usai melakukan ibadah itu namun masih sempat menyambut salaman dari orang ramai yang ada di sekitarnya.
Ternyata, inilah contoh pemimpin yang harus kita segani dan wajar diikuti oleh pemimpin lain.
Lihat video di bawah:-
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Bercerai sejak awal tahun, rahsiakan atas permintaan suami.’ Demi elak fitnah, Anim Ezati terpaksa buka cerita yang sebenarnya dia dan bekas suami telah lama bercerai.
Ternyata menempuh fasa baru bergelar ibu tunggal bukanlah mudah. Apatah lagi dalam usia yang masih muda dan memiliki anak yang masih kecil sudah tentu segalanya menuntut semangat yang kuat bagi Anim Ezati.
Pengacara, Anim Ezati Rizki, 30, mengesahkan dia sudah bercerai sejak awal tahun lalu, namun merahsiakan perkara itu atas permintaan bekas suaminya, Mohd Fadli Sahudin.
Jelas Anim, 30, dia dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia dua tahun.
Rahsiakan Atas Permintaan Suami
“Jodoh kami sampai di sini saja. Demi mengelakkan sebarang fitnah, saya terpaksa buka cerita perpisahan ini. Kalau boleh, saya tak nak langsung kongsi perkara begini namun saya terpaksa juga.
“Alhamdulillah untuk dua tahun yang Allah izinkan untuk bersama dalam perkahwinan dan hadiah yang paling berharga, anak perempuan kami. Kini, saya dan bekas suami tidak lagi bersama.
Demi Elak Fitnah
“Kami sudah berpisah pada awal tahun ini. Saya terpaksa rahsiakan dulu kerana ingin menghormati banyak pihak termasuk bekas suami sampai semua reda.
“Hak penjagaan anak sepenuhnya kepada saya. Hubungan saya dengan bekas suami dalam keadaan baik. Kami bersama-sama dalam membesarkan Khalsom,” katanya.
Sementara itu, Anim mengakui tidak mudah untuk menempuh fasa sebagai ibu tunggal.
“Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Menggalas gelaran sebagai ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah.
“Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara. Terima kasih di atas sokongan kalian dan doa yang dititipkan selama ini.
Anim dan Fadli mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2019.
Kashoorga: Jodoh tak panjang, namun penceraian bukanlah pengakhiran hidup. Semoga Anim Ezati terus tabah meneruskan kehidupannya.
Dalam Islam seorang isteri dilarang untuk keluar dari rumah tanpa mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu.Bagaimanapun timbul persoalan adakah pengecualian dalam larangan itu? Sebagai...