Jika Mahu Rumah Tangga Bahagia, ‘Lihatlah’ Solat Kita Dulu

Share

Solat adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.

Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan mengenai solat.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”

Jika kita mahu lihat KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga. Lihatlah solat kita. Di mana solat seorang suami. Bagaimana solat subuh seorang suami.

Bagaimana solat isteri dan anak-anak. Dimana isteri ketika azan dilaungkan terutama solat magrib. Adakah masih di hadapan TV? Atau masih di dapur?

Tuan puan. Jika kita cuai dalam menunaikan solat. Kebahagiaan, ketenangan akan jauh dari kita. Anak-anak akan jadi tidak tenang, anak-anak akan jadi degil susah dengar cakap.

SUAMI KENA BANTU ISTERI

Wahai para suami. Persiapkanlah isteri untuk mereka solat awal waktu. Jangan hanya isteri sahaja sibuk mandikan anak-anak, kemas pinggan mangkuk di dapur, angkat baju di jemuran menjelang waktu magrib.

Janganlah bebani isteri kita dengan kerja rumah sehingga mereka mengabaikan solat-solat fardhu.

Jagalah SOLAT الله akan jaga kita.

Sumber kredit: Muhammad Hassan

VIDEO KASHOORGA:

 

Published by
wan erni