Banyak kes perceraian gagal diselesaikan segera di mahkamah berpunca daripada keengganan suami melepaskan isteri secara baik. Sepatutnya tempoh iddah yang diberikan Allah digunakan untuk berfikir dan membetulkan kesilapan lama oleh kedua-duanya.

Andai ingin rujuk semula ia satu keputusan yang baik tetapi haruslah disusuli dengan azam kuat untuk berubah bukan sebaliknya; menjadi ruang untuk membalas dendam dengan menggantung isteri tak bertali.

Artikel berkaitan: Hak Isteri Selepas Bercerai, Suami Jangan Ingat Boleh Lepas Tangan

Artikel berkaitan: Peguam Tunjuk Cara Kiraan Nafkah Minimum Ayah Patut Beri Anak Selepas Bercerai

Keadaan ini merupakan satu bentuk penderaan emosi kepada isteri dan ia bukan lah sesuatu yang disukai Allah.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 231;

“Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.

“Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk) semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan)” (al-Baqarah: 231)

IKLAN

Kita ikuti catatan peguam Suriati Ab Ghani dari Mohamad Azlin & Suriati Associates yang banyak mengendalikan kes-kes perceraian. Semoga perkongsian beliau ini menyedarkan para suami agar bertindak secara gentlemen.

Pengalaman saya bila terlibat dengan kes-kes di Mahkamah Syariah, ada beberapa tindakan suami yang menunjukkan beliau masih tidak boleh terima kenyataan yang isterinya sudah tidak mahu kepadanya lagi, contohnya:

  1. Isteri failkan perceraian, suami tak mahu ceraikan isteri, dalam masa yang sama suami failkan kes nusyuz mohon supaya isteri disabitkan nusyuz dan mohon supaya isteri kembali taat kepadanya.

2. Isteri failkan cerai secara baik, suami enggan hadir ke Mahkamah walaupun saman telah diserahkan kepadanya.

3. Suami rujuk semula isteri walaupun isteri tidak mahu rujuk

4. Kes fasakh telah diputuskan, Mahkamah memfasakhkan pernikahan suami isteri tersebut, suami tak puashati, buat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

“Jika tindakan isteri memfailkan perceraian adalah melulu, tergesa-gesa tanpa ada tindakan awalan seperti perbincangan keluarga, kaunseling di pejabat agama, usia perkahwinan pun baru sebulan dah nak cerai, mungkin kita nampak tak patut isteri bertindak begitu”, ulasnya.

“Tapi kalau dah beranak pinak, kaunseling dah 3-4 kali hadir, keluarga pun dah masuk campur tapi masalah rumahtangga tak juga selesai, dah tinggal berasingan pun, terimalah bahawa dah tiada jodoh”, jarnya lagi.

“Janganlah dipegang lagi isteri tu dengan kuasa talaq dan kuasa rujuk yang ada, hayatilah maksud surah al-Baqarah ayat 23. Jangan sebab ego di dunia menyusahkan diri sendiri di akhirat nanti”

Menurutnya, isteri juga manusia biasa yang perlukan ketenangan dan kebahagiaan, berbeza dengan suami, jika ikatan perkahwinan yang sedia ada ini masih wujud sekalipun, suami boleh berkahwin lain, bagaimana pula dengan isteri?

Kekallah di situ memendam rasa, naik turun mahkamah dalam tempoh yang lama meminta talaq dari suami yang ego, pentingkan diri sendiri.

“Jika ditanya pengalaman client-client lelaki yang kes cerainya dah lama selesai, dah kahwin baru dan ada anak baru dah pun, mereka juga lebih bahagia & tenang dengan keluarga baru, buat apa nak peningkan kepala dengan rumahtangga lama yang bermasalah.

“Kehidupan perlu diteruskan. Kenapa pilih sengsara untuk diri sendiri dan dalam masa yang sama juga pasangan turut menderita dengan sikap anda!” tegasnya.

Hidup di dunia bukan untuk berlawan siapa menang, siapa kalah.”Talaq di tangan aku, sampai bila-bila aku takkan lepaskan”

Turunkan sikit ego itu untuk kebahagiaan orang lain, dalam masa yang sama carilah bahagia sendiri untuk kehidupan yang lebih tenang.