Jiwa Yang Tertukar! Viral Pernikahan Pengantin Lelaki Berpenampilan Wanita & Isteri Tomboy

Share

Jodoh merupakan perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum kita dilahirkan ke dunia ini lagi. Ia sudah ditulis di luh mahfuz. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، وَيُقَالُ لَهُ: اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap dari kalian akan dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama. Kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Kemudian Allah mengutuskan malaikat dan diperintahkan (malaikat tersebut) dengan empat kalimat. Dikatakan kepada malaikat: tuliskan amalannya, rezekinya, ajalnya, adakah dia bahagia atau derita…”

Riwayat al-Bukhari (3208)

Jodoh merupakan rencana Allah SWT dengan sebaik-baik perancang. Allah SWT menetapkan waktu yang tepat bersesuaian dengan individu. Tiada yang terlambat atau tercepat kerana semuanya sudah tertulis.

Biasanya pasangan mencari keserasian ketika berkawan sebelum diikat dengan bertemu ibu bapa pasangan untuk langkah seterusnya. Namun kita disarankan untuk menjaga iktilad kerana adalah menjadi dosa untuk  bergaul bebas  antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan.

Harus diingat, perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.

Ia bukan berlandaskan nafsu semata-mata.

Sebab itulah kita disarankan menikahi wanita berdasarkan empat perkara iaitu hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.

Di negara seberang viral pasangan “jiwa yang tertukar” di mana pengantin lelakinya suka berpenampilan wanita manakala isterinya pula suka mengenakan pakaian lelaki (tomboy).

Dan mereka telah selamat dinikahkan baru-baru ini dalam majlis yang dihadiri ramai sanak saudara. Difahamkan, suami ini merupakan seorang tukang andam (MUA) manakala pekerjaan isterinya tidak disebut-sebut.

Pernikahan unik mereka ini menjadi viral kerana penampilan pasangan ini namun keduanya menyatakan jodoh itu ketentuan Allah dan mereka sudah halal sebagai suami isteri.

Ada menggelar pasangan ini sebagai “jiwa yang tertukar” kerana berpenampilan begini. Di dalam agama sendiri, lelaki atau perempuan dilarang berpakaian menyerupai lawan sejenisnya. Ia berdasarkan satu hadith dari HR Bukhari yang menyebut :-

Sabda Baginda: Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. – [HR Bukhari 5435].

Apa pun kita doa yang baik-baik agar hubungan halal mereka ini mengikut syariat Allah dan kita dijodohkan dengan lelaki dan wanita beriman. Aamiin.
Sumber : Tik Tok @mangoyoi

Published by
almaswa Haji Che Ros