Ramai yang berkata bahawa jodoh itu mesti dicari. Usah berdiam diri tanpa usaha, jika tidak, bagaimana jodoh datang mendekati. Sebenarnya jodoh itu bukan dicari sebaliknya dicipta.
Mengapa demikian? Alasannya kerana ramai orang sering membuat kesalahan ketika mencari jodoh sehingga tidak bertemu dengan orang yang menjadi impiannya.
Rumah tangga yang bahagia hingga suami isteri meninggal dunia, barulah dinamakan jodoh.
Sebuah rumah tangga yang harmoni diketuai oleh suami yang memainkan peranan sebagai ketua rumah tangga, isteri sebagai pembantu dan pengelola rumah tangga, dan anak sebagai anggota keluarga. Maka barulah lengkap perjalanan sebuah rumah tangga.
Ads
TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA
Kita tidak akan pernah menemukan jodoh dengan 1001 syarat dan kriteria. Tidak akan pernah ada orang yang memenuhi kriteria jodoh ideal, kerana tidak ada manusia yang sempurna.
Ads
Maka sebab itulah jodoh perlu ‘dicipta.’ Jika kita meletakkan 10 kriteria yang ada dalam diri seseorang, kita harus menerima kenyataan bahawa tidak semua kriteria tersebut ada pada jodoh yang kita pilih. Oleh itu kita harus bersama-sama mencipta kesempurnaan itu bersama insan yang menjadi pilihan.
Mungkin kita hanya menemukan dua kriteria yang ada dalam diri pasangan. Namun oleh kerana merasakan dialah jodoh maka kita menerimanya sebagai pasangan hidup. Semestinya kita memerlukan proses yang panjang untuk mendapatkan keluarga yang ideal dan harmoni.
Ads
Suami isteri saling melengkapi kekurangan pasangannya dan tidak mencela kekurangan pasangan. Terus belajar bersama pasangan agar jodoh tidak berakhir dengan cara yang menyakitkan.
Buatlah kriteria calon pasangan yang realistik bukan kriteria yang tidak mampu dicapai dek akal. Bila bertemu dengan seseorang yang hanya memenuhi sedikit kriteria yang kita mahukan, jangan ke tepikan si dia.
Jadikanlah dia pasanganmu, dan berusahalah bersama menuju keluarga harmoni kerana jodoh itu ‘dicipta’ bukan dicari.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Penularan wabak COVID-19 yang semakin serius dan sangat membimbangkan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.
Kebimbangan ini disuarakan oleh semua golongan termasuk alim ulamak yang yang turut memberikan pandangan mereka di laman Instagram berhubung pandemik yang berlaku.
Perkara ini dikongsi oleh pelakon, pengacara Mira Filzah yang turut menyertakan posting oleh pendakwah terkenal dunia, Mufti Menk yang memberitahu wabak ini akan menyebabkan dunia kehilangan banyak keturunan generasi.
Bukan itu sahaja, malah jelas beliau yang merupakan Tokoh dari Zimbabwe berkata lebih ramai manusia akan meninggal dunia sebelum menjelang Ramadan ini.
Katanya lagi, dunia akan berubah sepenuhnya akibat wabak ini. Dia turut menggesa negara yang masih tidak menganggap wabak ini sebagai isu serius untuk melihat kesan yang berlaku kepada negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang kian lumpuh.
Dan bagaimana kesannya kepada negara dunia ketiga. Jelasnya, bersedia untuk lebih banyak kematian.
Dalam pada itu, Mufti Menk turut menjelaskan dia mengalami sakit tekak dan mengambil keputusan untuk tidak mengimamkan solat Jumaat atas alasan tidak mahu membahayakan umat Islam yang lain.
Malah, dia mengakui baru sahaja pulang dari Australia dan mula mengasingkan diri daripada keluarga kerana tidak mahu mereka turut berisiko terkena jangkitan, malah jelasnya, dia tidak menyapa kedua ibu bapa yang sudah lanjut usia untuk keselamatan mereka. Dan tidak menjejakkan kaki ke masjid kerana situasi semakin memburuk seluruh dunia.
“Saya melihat banyak negara masih tidak melihat ia satu isu yang besar dan serius. Jadi saya mahu memulakan langkah untuk mengumumkan kepada seluruh muslim di dunia, jangan pergi ke masjid.
“Saya tidak mahu berbicara sama ada masjid perlu ditutup atau tidak, ia hanya menyekat dahulu sementara kedatangan ke masjid. Negara saya baru sahaja mengumumkan kes pertama semalam namun saya percaya ramai yang sudah ada simpton jangkitan.
“Sama ada masjid masih dibuka atau tidak, jangan ke masjid terutama golongan tua dan kanak-kanak. Dan saya rasakan tidak masuk akal apabila kita diberitahu, hanya periksa jika ada simptom. Jujurnya, tiada simptom dan kita sudah terlambat apabila mengetahuinya. Saya sendiri merasakan sudah dijangkiti,” jelasnya lagi.
Tokoh Islam itu turut menyatakan pihak pengurusan jenazah perlu membuat persediaan untuk menerima lebih ramai kematian selepas ini. Saya percayakan Allah sepenuhnya, saya percaya kita akan mati. Orang berkata mengapa perlu menangguhkan solat di masjid, namun kita hanya menangguhkan buat sementara waktu untuk mengelakkan wabak ini.
“We’re going to lose a lot of generation, we’re going to lose a lot of our loved ones before Ramadhan. I have a feeling the whole world is gonna change completely, totally. We have to embrace this whole new way of looking at things” . . “I’m talking about the countries that have not yet taken it seriously. These are the first world countries (US, UK) who are saying “we cannot cope”, i really don’t want to see two to three weeks from now when the third world countries forget abt when not being able to cope, its going to be worst than we can imagine. Prepare for many more deaths” . . Something to ponder. Wallahu’alam. Takut, sedih, semua ada lepas tgk video ni. Bayangkan, orang yg berilmu agama tinggi bgtahu apa yg dia rasa, “prepare for more deaths”. Are we ready for that?! My dear 6M followers, please stay at home, muhasabah diri, dekatkan diri dgn Allah, banyakkan berdoa, agar semua akan reda dan jadi spt biasa. This is not something can vanish within 2 weeks time. It’s gonna be longer.. This time around, bukan setakat jaga kebersihan shj, tetapi jaga hubungan kita dgn Allah. We never know when is our turn. Lets do the best and have faith in Allah. #stayathome
‘Allah yang gerakkan perasaan saya.’ Wanita ini pinang isteri baru buat suami sempena anniversary ke-10. Bukan suami yang minta izin kahwin baru, sebaliknya wanita ini yang rela dimadukan.
Malahan dia yang ambil langkah pertama untuk melamar wanita ini untuk suaminya. Besarnya pengorbanan wanita ini untuk suami dan madunya.
Bagi kebanyakan isteri sukar untuk menerima hakikat diri dimadukan, namun berbeza dengan seorang wanita berusia 37 tahun yang bertindak melamar isteri baharu buat suaminya.
Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chinta Arjuna menjelaskan, dia memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 yang juga ulang tahun kelahiran suaminya.
Tambahnya, walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama sedekad dan masih belum dikurniakan zuriat, namun ia bukanlah alasan utama untuknya rela dimadukan.
Wanita Ini Pinang Isteri Baru
Sebaliknya Chinta Arjuna menegaskan, dia benar-benar ikhlas untuk menerima wanita berstatus janda anak dua itu sebagai madu kerana mahu membantu ‘memuliakan’ dan menjaga maruahnya.
“Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama. Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.
“Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya?” katanya.
Buat Suami Sempena
Tambahnya lagi, pernikahan tersebut bukanlah atas dasar keinginan suaminya kerana dia sendiri yang melamar wanita berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.
“Pada tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu dan kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun suami,” ujarnya.
Anniversary Ke-10
Pada masa sama, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia reda dengan segala ketentuan Ilahi sekiranya perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu menemui titik noktah dengan penceraian.
Katanya, dia sentiasa berdoa agar keputusan dalam membenarkan suami untuk bernikah lain adalah yang terbaik kerana niat utama bukanlah kerana zuriat.
“Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana ALLAH yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat,” katanya.
Akhlak adalah cerminan diri individu. Akhlak meliputi budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Rasulullah SAW yang juga Rasul terakhir diutus untuk menyempurnakan akhlak, seperti sabda Baginda bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia.” (HR al-Hakim)”.
Dan kerana akhlak yang baik jugalah menzahirkan rasa hormat seseorang kepada individu lain.
Hal inilah yang terjadi kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencemar duli meredah banjir meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda ibu kota tanpa mengira pakaiannya basah atau jawatan dipegang Baginda.
Dapat dilihat Baginda berada di tengah hujan, menuruni kenderaan di jalan susur menghala PWTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut sekaligus mencerminkan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca.
Bahkan keesokan harinya pula, bersama isteri, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Baginda dilihat mencemar dulu melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Baginda telah berkenan meluangkan masa hampir satu jam dari jam 11.15 pagi menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka dengan harapan ianya dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir kilat susulan hujan lebat sejak 48 jam lepas.
Melihat kepada keprihatinan pasangan ini, membuatkan rakyat menzahirkan rasa kagum di atas keperibadian pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Sumber : FB Istana Negara
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi...