Apabila semakin ramai rakan-rakan mendirikan rumah tangga, sedikit sebanyak pastinya ada sekelumit perasaan sedih di dalam hati. Mereka akan sibuk dengan kehidupan baru. Bagi si bujang, kehidupan tetap sama cuma semakin berkurangan rakan-rakan kerana sudah punya tanggungjawab yang berbeza.
Jodoh itu seperti kematian, tidak cepat mahupun lambat walaupun sesaat. Setiap manusia akan mendapat pasangan hidup sesuai dengan personaliti dirinya. Jika ternyata kualiti dirinya A, maka dia berhak mendapat pasangan yang kualitinya juga A, tapi jika kualiti dirinya B maka dia akan mendapat pasangan dengan kualiti B.
Begitulah seterusnya hingga akhirnya pada waktu yang sudah ditentukan, kita akan dipertemukan dengan pasangan hidup yang sesuai dengan kualiti diri kita. Kita akan dipertemukan dengan jodoh yang baik jika kita melakukan perkara yang baik.
Ironinya kita akan tertarik dengan orang yang membuat kita berasa selesa atau serasi. Keserasian itu juga berkaitrapat dengan kesetaraan atau sekufu. Ini berkaitan dengan keharmonian, serasi dalam komunikasi, dan kesamaan pandangan. Dengan demikian kita dapat berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama membangun keluarga.
Masa lalu seseorang juga perlu diambil kira. Jika masa lalunya kelam, kita harus pastikan dia sudah berubah. Perlu waktu untuk memastikan itu kerana untuk berubah memerlukan waktu dan usaha.
Untuk mendapatkan jodoh yang baik, sekurang-kurangnya dua usaha berikut harus dilakukan lebih awal.
1. MEMPERBAIKI PERSONALITI DIRI
Untuk mendapatkan jodoh yang baik maka kita sendiri perlulah memperbetulkan diri kita terlebih dahulu. Maka jika kita ingin benar-benar mencari pasangan yang baik, dekati diri dengan ibadah maka dari situ, Allah akan hadirkan jodoh yang baik untuk kita.
2. MEMBENTUK DIRI SESUAI DENGAN JODOH YANG KITA INGINKAN
Sedar atau tidak, jodoh kita adalah cerminan diri kita. Maka bentuk diri kita harus sepadan dengan apa yang kita cari. Jika hingga ke saat ini kita masih menanti jodoh, maka cuba perbaiki lagi mana yang kurang dalam diri kita.
اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.” (Qs. An Nur:26)
Yakinlah bahawa jodoh itu datang pada waktu yang tepat, saat yang tepat dan situasi yang tepat.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI