Jodoh masih panjang, Linda Hashim dan Beego bercerai tapi rujuk semula dalam edah. Syukur rumah tangga dapat diselamatkan, selain hati sendiri, hati anak-anak juga perlu difikirkan.
Benarlah bila jodoh masih ada, pasti hubungan dapat diselamatkan. Paling penting apa yang telah berlaku sudah pasti menjadi iktibar buat keduanya dalam menempuh alam rumah tangga yang serba mencabar.
Pelakon Linda Hashim, 39, dan suaminya juga pelakon Beego, 43, mengesahkan mereka pernah bercerai pada 27 Mac lalu, namun jodoh masih panjang apabila rujuk semula ketika masih dalam edah pada 9 April lalu.
Menurut Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, perceraian dia dan suaminya itu berlaku disebabkan tiada persefahaman selain kurang berkomunikasi.
Ads
“Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain.
“Macam yang saya katakan, kami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini,” katanya.
Linda Hashim & Beego Bercerai
Terdahulu, Linda hadir bersama Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Sementara itu, jelas Beego apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka adalah asam garam dalam perhubungan setiap pasangan suami dan isteri berkahwin.
“Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin itu akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal (berkahwin) diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain.
Ads
“Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak,” katanya.
Tapi Rujuk Semula Dalam Edah
Tambah Beego, dia dan isterinya selama ini tidak berkongsikan paparan kisah kehidupan mereka di media sosial. Bagaimanapun, dia tidak menduga masalah rumah tangga dan perceraian mereka diketahui media.
“Saya terkejut kedatangan kami ke mahkamah pagi ini diketahui media. Ini kerana, saya berusaha menyembunyikan kisah rumah tangga kami kerana melihat ramai pasangan selebriti kini berhadapan masalah rumah tangga,” katanya.
Linda dan Beego telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Teruja mengejar dunia jangan sampai lupa akhirat. Teruja mengejar akhirat pula jangan sampai tinggalkan dunia. Dunia dan akhirat saling melengkapi, sebagaimana ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Kewajipan setiap Muslim adalah sentiasa menjaga adab dirinya seperti muraqabah (merasakan kehadiran Allah), muhasabah (menghisab diri), mujahadah (melawan hasutan nafsu) dan mu’ahadah (mengingat perjanjian dengan Allah).
Firman Allah dalam surah al Insyiqaq ayat 6 yang bermaksud:-
“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.”
Seperti kata ulama, belilah akhiratmu dengan duniamu. Jangan membeli dunia hingga akhiratmu tergadai.
Dikongsikan dari akaun Tik Tok @Mzaffarshah semalam, kelihatan dirinya merakam perbuatan baik seorang penghantar makanan Grab yang sempat membaca Al-Quran di persimpangan lampu isyarat. Mungkin memikirkan masa yang ada tidak dibuang begitu sahaja sementara menunggu lampu bertukar warna, kelihatan abang Grab sempat membaca al-Quran tanpa sedar gambarnya dirakam.
Ramai memuji tindakan Brother ini yang mengambil masa seminit dua untuk membuka Al-Qurannya. Bahkan ada netizen mengakui terasa malu kerana hanya duduk di rumah saja tapi tak mengaji pun.Malah ia bagaikan satu “tamparan kecil” bagi mengingatkan diri kita bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi bulan ibadah yang digandakan pahalanya beribu bagi yang berbuat kebaikan seperti ini.
Benarlah, ada hikmah yang kadang kala kita tidak sedar.
Manusia itu adakalanya terlalai oleh sifat lupa dan malas sebagaimana yang berlaku pada Nabi Adam A.S yang melanggar perintah Allah hingga dicampakkan dari syurga ke dunia.
Allah SWT juga berfirman dalam surah Adh-Dhariyat ayat 56-58 yang bermaksud:-
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat perkasa.”
Apa yang penting, Allah S.W.T tidak memerlukan apa-apa dari manusia kerana kekuasaannya melebihi yang kita ada tetapi manusialah yang memerlukan Allah S.W.T.
Bagi yang perasan, dalam dua tiga hari ini, warna biru digunakan dalam carta statistik jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan di negara ini oleh pihak Kementerian Kesihatan. Malah setakat semalam, jumlah mereka yang positif mencecah lebih 21,000 dengan lebih 1.3 juta secara keseluruhan. Malah semalam turut dilaporkan 93 kematian melibatkan Brough In Dead (BID) yang bermaksud kematian secara tiba-tiba sama ada di rumah dan sebagainya menjadikan ia jumlah paling tinggi pernah dicatatkan dalam negara.
Di sebalik penggunaan warna biru, pada sebahagian kita ia mungkin hanya warna sahaja tetapi istilah Code Blue ini sebenarnya menggambarkan situasi “cemas / kritikal” bagi petugas di hospital. Ini kerana biasanya apabila “code blue”dilaungkan di hospital, ia menandakan ada berlaku kes kecemasan yang memerlukan para doktor dan lain-lain petugas bergegas ke tempat tersebut dengan sepantas mungkin.
Memandangkan kes sudah mencecah angka lebih 21,000 dalam sehari selain berlaku jangitan Covid-19 melibatkan jumlah yang besar melibatkan varian delta, ia seharusnya dibimbangi oleh orang ramai untuk sentiasa kekal di rumah dan sentiasa membersihkan tangan seperti diajar sebelum ini.
Namun masa yang sama, sebagai umat Islam, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT agar dijauhi dari penyakit Covid-19 ini yang sedang mengganas kala ini.
Bacalah doa ini untuk mengelak dari dijangkiti Covid-19.
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
‘Dulu rasa payau, macam direct dari telaga.’ Ini sebabnya kenapa air zam-zam sekarang rasa berbeza dan tak sama macam kita minum waktu kecil-kecil dulu.
Seingat dahulu, masa kena paksa minum air zam-zam memang budak-budak tak mahu kerana rasanya yang pelik dan payau.
Tetapi bila makin dewasa, rasa air zam-zam sudah boleh diterima tekak, rupanya air zam-zam sekarang tak sama macam dahulu. Ikuti perkongsian Masnira Ramli yang kini menetap di Tanah Suci Mekah.
Ramai beranggapan yang penduduk yang tinggal di Mekah akan ambil air zam-zam dekat masjid macam jemaah haji yang datang tunaikan umrah dan haji ambil.
Eh tak, kebetulan akak hendak pergi beli air zamzam ni, jom ikut akak kita peri ke kilang air zam-zam yang terletak di Kuday, Mekah. Jadi untuk semua kegunaan peribadi dan juga untuk semua orang yang menetap dekat Mekah, boleh dapatkan aiz zam-zam di sini.
Macam Direct Dari Telaga
Begini caranya untuk membeli air zam-zam. Mula-mula kita masukkan ID nombor kita, kenapa kena ada ID number sebab hanya orang yang menetap di Mekah dan juga rakyat Saudi saja yang boleh beli air zam-zam dekat sini.
Bila sudah masuk ID number kita pun pergi ke kaunter untuk buat pembayaran. Bila sudah buat pembayaran itu, bawalah resit yang kita ke tempat ambil air zam-zam.
Okey, dekat sini kita ambil troli dulu sebab untuk bilangan botol air zam-zam itu mengikut isi rumah. Macam suami akak, dia sudah register dengan orang seisi rumah.
Ini Sebabnya
So sekali pembelian dengan orang seisi rumah. Jadi untuk sekali pembelian, kami dibenarkan membeli sebanyak 20 botol. Bila dah scan kita punya resit dekat sini, akan keluarlah air zam-zam dalam tempat tempat khas tu.
Canggih dan mudah kan? Okey nak tahu tak kenapa air zam-zam sekarang ini dia dah tak rasa payau. Macam, kalau ingat masa dulu kalau mak ke atuk, nenek kita pergi umrah, dia suruh kita minum air zam-zam, kita tak nak sebab rasa dia tak sedap!
Kenapa Air Zam-Zam Sekarang Rasa Berbeza
Rasa dia sangat payau, macam minum air daripada direct daripada telaga kan? Okey sebenarnya sebab air zam-zam sekarang ini telah disuling dan ditapis di kilang khas yang ada dekat Masjidilharam.
Kemudian dibahagikan kepada tiga bahagian, satu untuk kegunaan jemaah di Masjidilharam.
Yang kedua dipam terus ke kilang air zamzam di Kuday ini dan dibotolkan begini untuk kegunaan rakyat tempatan dan semua yang menetap di dalam Saudi.
Manakala yang ketiga akan dipam terus ke dalam lori tangki air dan dibawa terus ke Madinah.
Jangan minta akak belikan dan pos tau sebab tak boleh. Salah di sisi undang-undang untuk jual air zam-zam ataupun pos air zamzam ke negara lain.
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...