Kita perlu menitikberatkan beberapa kriteria apabila memilih jodoh. Antara ciri paling utama ialah tahap agama dan tanggungjawabnya. Ini kerana dengan adanya iman di dada dan tanggungjawab yang bagus, maka dia akan jadi pasangan terbaik buat anda.
Dalam memilih jodoh, ada kala kita disulitkan apabila mempunyai lebih daripada satu pilihan. Justeru bagaimanakah cara untuk kita memilih calon jodoh yang sesuai dengan diri kita?
TELITI KEBAIKAN IKUT KRITERIA YANG ANDA MAHU
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
Ads
**media[68637]**
DAPATKAN NASIHAT SUPAYA LEBIH JELAS
Ads
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda. Hal ini supaya anda lebih jelas dan boleh membuat pilihan yang lebih tepat.
Ads
SOLAT HAJAT DAN ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Dalam soal memilih jodoh, usah terburu-buru. Jangan terdesak untuk berkahwin semata-mata bila melihat rakan-rakan lain berumah tangga. Berdoalah kepada Allah moga-moga diberikan jodoh yang baik.
Jika seminggu yang lalu kita mendengar Pendakwah Bebas yang juga selebriti, PU Riz telah disahkan positif COVID-19.
Ketika itu dia memohon agar semua mendoakan kesembuhannya dari wabak yang merbahaya ini.
Dan semalam berita gembira diterma apabila dia telah disahkan negatif dan bebas wabak pandemik ini selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya perkara berkenaan dimaklumkan oleh jururawat selepas ujian swab kali kedua dibuat sebelum itu.
“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.
“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.
“Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” katanya kepada Harian Metro.
PU Rizz juga turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat dan membantu dirinya. Hanya Allah saja yang membalas jasa mereka.
Tambahnya lagi selepas ini dia perlu menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu dan kemudia pergi ke klinik berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak koronavirus ini.
‘Mulakan dengan niat, doa & istiqamah simpan duit.’ Ustaz ini kongsi tip mudah kumpul duit pergi umrah seperti yang diimpikan. Tak kiralah cepat atau lambat, yang penting kita usaha.
Simpanlah duit mengikut kemampuan diri, paling utama kita berikhtiar untuk mencapai cita-cita kita untuk menunaikan umrah. Sesungguhnya impian tak datang bergolek, melainkan ada usaha.
Ikuti perkongsian Ustaz Abdul Razzaq ini dan ketahui tip ringkas untuk kumpul duit bagi sesiapa yang ingin menunaikan umrah.
Hari ni Ustaz hendak kongsi tip ringkas bagaimana nak kumpulkan duit untuk menunaikan umrah.
Biasanya kita berharap dan berdoa agar dilimpahkan rezeki ke tanah suci. Namun, adakah kita mulakan langkah ke arah itu? Atau kita duduk saja berdoa dan tunggu rezeki jatuh begitu saja…
Doa & Istiqamah Simpan Duit
Pertama sekali, NIAT.
Ya, niat. Kalau kita tak ada niat nak pergi, agak agak sampai ke kita ke sana? Niatkan “Duhai Allah, Saya nak pergi umrah tahun 2023. Insya Allah.”
Kedua, DOA.
Minta pada Allah. Allah Maha Kaya, Maha Berkuasa. Minta agar kita dapat mengerjakan umrah 2023.
Minta spesifik, bulan berapa, kos berapa, dengan siapa, bagaimana, minta apa yang anda nak minta. Insyallah yakinlah Allah akan makbulkan.
Ustaz Ini Kongsi
Ketiga, SIMPAN.
Ustaz tahu, kita ini bukan orang yang ada duit 6,7 angka dalam bank. Jadi, kena ada effort mula menyimpan. Nak simpan kena istiqamah. Sediakan tabung, masukkan setiap hari.
Caranya, simpan ikut tarikh. 1haribulan RM1, 2 haribulan RM2, 3 haribulan RM3 sehingga 30hb RM30. Jadi, 1+2+3+4+5+…+29+30 = RM465.
Daftarkan akaun simpanan di mana-mana bank pilihan atau pun daftar terus umrah bersama ustaz. Masukkan duit setiap bulan, tup tup sudah hendak cukup…
Sebulan sudah dapat RM465, setahun (12 bulan) RM5580. Time nak pergi itu, insyallah ada saja rezeki lebih lain Allah nak bagi. Ada saja rezeki yang tak disangka-sangka.
Dah nak cukup kan nak buat umrah? Insyallah topup lagi sikit saja, campur bonus, duit daripada suami, isteri atau anak cukuplah duit untuk belanja masa umrah nanti.
Agak-agak boleh buat tak macam ini? Susah tak? Nak tahu, try buat. Istiqamah.
Setiap hari solat 5 waktu doakan agar dipermudahkan jalan untuk pergi menunaikan umrah. Insyallah, anda akan memperoleh jalan untuk ke menunaikan umrah.
Ini sekadar sharing, anda mungkin ada cara lagi baik. Dan mungkin ada bajet yang lebih lagi. Sehari RM30/ sehari RM50 dan lain-lain.
Tiada manusia di dunia yang cukup sifatnya tidak mahu dikahwini dan mengahwini. Atas usaha, doa dan tawakal dalam mencari pasangan hidup, InsyaAllah dikurniakan pasangan sesuai.
Bagi seorang lelaki, perlu memperlengkapkan diri rohani dan jasmani menjadi suami yang soleh; membimbing keluarga sakinah. Begitu juga Muslimah, agar dapat menjadi isteri mithali. Bagi bakal pengantin lelaki, bagi memastikan pilihan itu tepat ada empat kriteria asas perlu diperhatikan sebelum bercita-cita untuk berumahtangga.
Nabi Muhammad SAW ada bersabda; “Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung,” (HR Bukhari)
Ketaatan wanita kepada agama adalah faktor paling penting. Wanita yang taat pada agama, tahu menjaga dan membawa diri nya berlandaskan ajaran agama Islam. Tidak taat kepada agama, mana mungkin dia mampu menjadi isteri solehah.
Ada sesetengah wanita MAKRUH dikahwini berikutan beberapa kriteria yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya iaitu Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini ada menjelaskan enam jenis wanita yang makruh dikahwini. Apakah kriteria enam wanita itu?
1.Suka Merungut Dan Tidak bersyukur (Annanah)
Wanita yang suka merungut, mengeluh dan mengadu pelbagai perkara menunjukkan dia tidak tahu bersyukur. Bersyukur amat penting dalam menjaga kerukunan rumah tangga. Isteri yang tidak tahu bersyukur tidak akan tahu menghargai apa pun pemberian yang diberikan suami. Sering berasa tidak cukup.
Apabila kehidupan rumahtnagga tidak sebagaimana yang dia mahukan, maka isteri akan berkeluh kesah dan tidak mustahil mengucapkan rasa penyesalan berkahwin hingga mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati suami.
Lebih parah lagi wanita jenis ini suka mengadu akan hal ini kepada orang luar sehingga membuka aib suami. Jika bakal isteri anda ada sifat ini, maka hukumnya MAKRUH dikahwini. Bagi wanita pula, jika anda ada sifat ini, hentikan segera kerana bimbang semua lelaki akan menjauhkan diri.
2. Suka mengungkit (Mananah)
Ini adalah jenis wanita yang suka mengungkit kebaikan yang pernah dilakukannya. Menikahi wanita yang suka mengungkit ini akan menghambat peranan suami sebagai pemimpin keluarga.
Apabila mengungkit kebaikan yang sudah dilakukannya terhadap suami, ini jelas membuktikan bahawa dia tidak ikhlas dalam hubungan suami isteri. Dengan mengungkit juga akan menyebabkan suami rasa terhina.
3. Tidak Mahu Terima Hakikat (Hananah)
Wanita Hananah adalah wanita yang tidak dapat terima hakikat yang dia memiliki suami yang tidak setanding dengan orang atau perkara yang terdahulu. Lebih mudah difahami sebagai wanita yang tidak move on.
Apabila tidak move on, tidak mustahil dia akan membuat perbandingan. Tatkala perbandingan dibuat, wanita ini telah memperkecilkan suami. Ada ke suami yang tak sakit hati kalau diperkecilkan?
4. Pemboros (Haddaqah)
Ramai juga wanita yang begini. Kalau bahasa kasarnya seperti pisau cukur, boros menghabiskan wang suami dengan membeli barang atau perkara tidak berfaedah. Memboros akan membawa kepada pembaziran.
Islam tidak suka manusia yang sukakan pembaziran kerana ia adalah sifat syaitan. Wanita seperti ini MAKRUH dikahwini.
Wanita yang pemboros makruh dikahwini
5. Wanita Yang Bersolek Berlebihan dan Suka Bersendirian (Barraqah)
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa barraqah ini terbahagi kepada dua:
Wanita yang suka berhias sepanjang hari, walaupun dia berhias supaya tampil cantik di hadapan suaminya dengan solekan berlebih-lebihan hingga boleh mengalahkan solekan model.
Wanita yang tidak mahu makan dan suka mengurung diri sendirian. Dengan kata lain, dia jenis yang penyedih dan seperti hidup di dunianya sendiri.
6. Cerewet, Membebel dan Mencela (Syaddaqah)
Wanita seperti ini jika diberi peluang bercakap, segala yang keluar dari mulutnya adalah bebelen yang tidak penting. Kadangkala memang menyakitkan hati. Dia juga seorang yang cerewet tidak bertempat. Segalanya mahukan kesempurnaan.
Apa sahaja yang terlihat olehnya, ada sahaja yang dia tidak puas hati dan membebel tanpa henti. Jika banyak bercakap dan membebel, sudah tentu akan keluar perkataan-perkataan mencela yang kurang enak didengar. Takut-takut jatuh fitnah. Ini sangat bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga. Wanita seperti ini, adalah MAKRUH dikahwini.
Kashoorga : Kita sudah tahu enam jenis wanita yang MAKRUH dikahwini. Oleh itu, jika ada sifat ini, maka berubah lah segera dan jangan ulangi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?