‘Jodoh saya belum sampai.’ Menginjak usia 40, Sherry tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat orang sekeliling. Begitulah wanita yang positif, reda dengan setiap ketentuan Allah.
Namun begitu sebagai wanita dalam usia sebegini pasti akan disoal tentang jodoh apalagi dirinya merupakan seorang selebriti. Pasti sesekali akan ditanya.
Artikel Berkaitan:
“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.”
Demikian ulas pelakon Sherry Ibrahim yang tidak terkecuali diajukan mengenai soal berumah tangga.
Menginjak ke usia 40 tahun, Sherry turut tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.
“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Sherry teruja berjaya menurunkan sebanyak enam kilogram dan merancang untuk mengekalkan berat badannya itu.
“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.
“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.
“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” cerita Sherry yang turut sibuk mengendalikan perniagaan salun rambutnya selain bakal memulakan penggambaran sebuah drama bersiri dalam tempoh terdekat.
Kashoorga: Semoga Allah memakbulkan segala impian dan doa Sherry. Amin.
Sumber: myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.