Sebelum berkahwin kita memang tidak mengenali sikap sebenar seorang suami itu. Adakah dia seorang yang penyayang, pemurah ataupun bersikap baran.
Jika dapat yang penyayang dan pemurah, kita dikatakan isteri yang sangat beruntung. Tetapi bagaimana pula jika dikurniakan jodoh dengan mereka yang bersikap panas baran.
Selain Indonesia atau Vietnam, Korea juga menjadi destinasi pilihan untuk kaki travel. Bukan saja kerana promosi tiket murah, tetapi kerana keindahan tempat berkenaan terutama buat kaki selfie.
Biarpun bukan negara Muslim, tetapi pengunjung ke Korea mudah untuk mendapatkan makanan halal. Walau pun begitu, ada juga beberapa tempat yang perlu kita pastikan makanan dijual adalah ‘halalan tayyiban’.
Salah satu tempat yang dikatakan agak meragukan status halal makanan dijual adalah di Myeongdong Street. Walaupun banyak menjual makanan ‘halal’ di kawasan yang popular ini.
Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang netizen mempersoalkan mengenai status kehalalan makanan di sana.
Dalam posting dimuat naik di laman twitter, dia ternampak ‘taktik’ licik salah seorang penjual sebuan stall yang telah menyalah guna label halal ini.
Menerusia satu perkongsian video, pemilik akaun menggunakan nama @Najib_Ayub telah merakam gelagat seorang penjual yang katanya telah menaikkan signboard halal apabila ternampak ramai wanita bertudung di kawasan kedainya.
Namun begitu, peniaga ini kemudiannya bertindak turunkan semula signboard berkenaan apabila melihat pelancong dari Filipina yang datang ke kedai berkenaan.
Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi. pic.twitter.com/cNIL8n7Z6o
Dalam postingnya juga dia sempat menasihatkan kepada mereka yang mahu berkunjung ke Korea supaya berhati-hatri dalam mencuba street food di sana kerana bimbang terkena dengan sikap peniaga yang mengambil kesempatan.
Malah ada antara salah satu kedai yang turut menyediakan daging khinzir namun meletakkan tanda halal di sana.
Ternyata posting ini menarik perhatian ramai warganet dan turut bersetuju bahawa makanan di Myeongdong Street tidak semuanya halal dan kebanyakannya scam pelancon Muslim.
Jadi bagi sesiapa ‘kaki travel’ yang mahu ke sana, agar lebih-lebih berhati-hati dengan soal makanan. Kita perlu peka dengan bahan-bahan dalam makanan berkenaan adakah benar-benar halal dan boleh dimakan.
Dalam pada itu, Najib ketika dihubungi oleh Harian Metro memberitahu bukan niat untuk memburukkan peniaga di situ (Korea Selatan), tetapi video dikongsi sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia yang mahu mencari makanan halal di sana.
Menurutnya juga, video berkenaan dirakam secara spontan oleh isterinya, Nurul Nadiah Abd Aris, 28, ketika berjalan sekitar kawasan berkenaan pada waktu malam.
“Ketika berjalan di Myeongdong, saya terkejut apabila melihat papan tanda dengan logo halal diletakkan di bawah meja niaga ketika kunjungan pelancong Filipina sedangkan ia digantung di hadapan gerai sebelum itu.
“Situasi itu seolah-olah menunjukkan peniaga terbabit hanya menggantung papan tanda berlogo halal ketika kunjungan kumpulan pelancong Muslim saja sebagai taktik untuk menarik kehadiran mereka.
“Namun, tidak semua peniaga di situ bersikap begitu kerana ada juga yang jujur,” katanya lagi yang turut memberitahu ada juga segelintir warganet salah tafsir dengan perkongsian video berkenaan.
Namun dia tidak peduli kata-kata negatif berkenaan kerana hanya menjalankan tanggungjawab berkongsi pengalaman ketika melancong. Malah terserlah pada mereka yang menonton untuk buat penilaian sendiri.
“Saya selalu melancong dan pernah menetap selama tiga tahun di Dublin, Ireland sebelum pulang ke tanah air.
“Apa yang saya perhatikan, terdapat satu persamaan dalam kalangan segelintir pelancong Muslim iaitu mudah tertarik untuk membeli makanan di gerai atau restoran yang mempamerkan logo halal.
“Selain itu, ramai juga yang menaruh keyakinan tanpa was-was terhadap makanan laut dijual sedangkan sos dan minyak digunakan untuk menggorengnya belum dijamin status halalnya.
“Ada juga yang memberi alasan tidak salah memakannya kerana darurat sedangkan pilihan di tangan kita.
“Apa salahnya jika kita memeriksa terlebih dulu bahan yang digunakan, memasak sendiri dan atau membeli peralatan seperti sudu, garpu serta periuk jika ragu-ragu.
“Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan peniaga saja sebaliknya perlu berusaha mencari maklumat sebelum melancong kerana segelintir peniaga menganggap hidangan bebas alkohol dan daging khinzir termasuk dalam kategori makanan halal,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Segala urusan jodoh, rezeki dan maut itu terletak di tangan Allah. Hanya Dia yang mengetahui siapakah jodoh terbaik diutuskan Allah kepada kita.
Namun sebagai hambaNya kita tidak boleh terus bertawakal, sebaliknya mencuba dengan cara berdoa kepadanya agar dipertemukan dengan insan yang baik.
Dalam Islam terdapat 3 surah yang boleh mendekatkan jodoh kita. Amalkan selalu insya-Allah jodoh yang baik-baik akan dikirimkan Tuhan nanti.
Surah As-Saffat (Ayat 100)
Maksudnya :
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
Ayat ini merupakan doa Nabi Ibrahim A.S kepada Allah SWT untuk dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan beriman. Seperti yang dinyatakan, setiap perkahwinan itu tentunya menginginkan anak-anak sebagai penyeri kehidupan berumah tangga.
Jodoh dan zuriat merupakan antara kurniaan rezeki daripada Allah SWT kepada manusia, sungguhpun adakalanya kita diuji dengan keduanya, sama ada dikurniakan anak atau sebaliknya.
Ambillah pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim A.S yang tidak pernah berputus asa memohon kurniaan zuriat daripada Allah SWT yang pada akhirnya dimakbulkan juga.
Surah Al-Anbiya’ (Ayat 89)
Maksudnya :
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
Umum mengetahui bahawa sesebuah perkahwinan yang dibina itu semestinya bakal berdepan dengan pelbagai jenis ujian dan dugaan, antaranya seperti kurniaan anak.
Ada di antara kita yang asyik leka dalam mencari pasangan hidup sehingga lupa makna sebenar ikatan perkahwinan yang menjadi sumber kesinambungan keturunan secara berpanjangan.
Apa yang kita mahukan ialah sebuah perkahwinan yang berkat dan melaluinya merupakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Oleh itu, amalkanlah doa ini kerana ia mempunyai nilainya tersendiri dan menjadi simbol kebergantungan rezeki dan harapan kita semata-mata kepada Allah SWT setelah penat berusaha.
Surah Al-Anfaal (Ayat 63)
Maksudnya :
“Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.“
Setiap daripada kita semestinya menginginkan untuk dicintai dan mencintai. Ada ketikanya, pelbagai cara sanggup kita lakukan supaya diri sentiasa dihargai dan disayangi.
Tiada salahnya, kerana ia merupakan fitrah semula jadi seseorang manusia. Namun, penting untuk diingatkan supaya dalam pada kita sibuk mengejar kasih sayang manusia, keberkatan daripada Allah SWT itu
adalah lebih utama.
Jangan pula kita lalai sehingga melibatkan diri dengan perkara-perkara yang dilarang di dalam agama semata-mata untuk mencapai apa yang kita hajati.
Amalkanlah potongan ayat daripada surah ini setiap kali selepas solat. Ulanglah beberapa kali sehingga sebati dengan jiwa. Dengan izin Allah SWT, semoga kita ditempatkan dalam kalangan pergaulan dengan orang-orang yang baik sekali gus mendekatkan dan mempermudahkan jodoh yang baik.
Demikianlah beberapa surah dan doa yang boleh diamalkan supaya hajat kita untuk mendapatkan jodoh dan seterusnya membina sebuah keluarga yang sakinah itu dimakbulkan oleh Allah SWT.
Sememangnya jodoh dan pertemuan itu segalanya dirancang oleh Allah SWT dan Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang.
Namun, sebagai manusia, kita seharusnya sentiasa berusaha dan pada masa yang sama, bertawakal dan tidak berputus asa sekiranya hajat kita belum tercapai.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Melalui perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Instagramnya, kata beliau kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.
KETUA KELUARGA AJAK SOLAT BERSAMA
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama. Sebab itu bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.