‘Johan qariah berlatih dalam kereta.’ Guru Geografi ungguli pertandingan tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022.
Bukan calang-calang kerana guru ini mampu membuktikan kemampuannya hingga diangkat menjadi johan qari. Tahniah.
Menurut qariah ini, akibat kekangan masa dia terpaksa melakukan latihan suara sambil memandu. Malahan perkara ini tak langsung menghalang Sofizah Mousin,33, muncul johan qariah.
Artikel Berkaitan: MasyaAllah, Dah Le Cantik Pandai Mengaji Pula, Merdunya Suara Bila Qariah Muda Tarannum Bismillah Dengan Selebriti
Johan Qariah
Sofizah merupakan guru mata pelajaran Geografi. Namanya telah menjadi sebutan ramai selepas diumum johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 baru-baru ini.
“Biasanya saya buat latihan dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari,” katanya
Tidak hairanlah, wanita kelahiran Kundasang, Ranau, Sabah itu menjadi sebutan hingga trending di laman sosial selepas meraih 89.66 peratus dalam pertandingan itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.
Berlatih Dalam Kereta
Bukan calang-calang Sofizah mengungguli pertandingan di peringkat antarabangsa ini. Setiap peserta akan dinilai dari segi tarannum, suara, tajwid dan fasohah.
Berikut adalah 15 fakta menarik mengenai Sofizah:
1-Sofizah berasal dari Kota Kinabalu, Sabah merupakan yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik ini mengakui tiada seorang ahli keluarganya pernah menyertai tilawah.
2-“Ya memang saya seorang saja begini, saya tidak terpengaruh dengan siapa-siapa. Semuanya datang sendiri,” kata Sofizah.
3-Kecintaan wanita ini terhadap al-Quran berputik sejak berusia 13 tahun lagi. Waktu itu beliau teruja ketika al-Quran dibaca dengan lenggok seolah-olah menyanyi.
Sangat merdu dan menenangkan, ketika mula berjinak dalam dunia taranum al-Quran, niatnya bukan hendak masuk pertandingan, ia dilakukan Sofizah semata-mata untuk belajar.
Guru Geografi Ungguli
4-Atas nasihat guru dan dorongan ahli keluarga, beliau menyertai tilawah al-Quran ketika berusia 15 tahun. Siapa sangka, pelajar SMK Agama Inanam Sabah itu mara ke peringkat kebangsaan.
5-Biarpun tidak dapat meraih gelaran juara Sofizah terus gigih mempelajari dan memperbaiki bacaan . Wang kemenangan digunakan untuk membeli kaset al-Quran.
6-“Pada waktu itu, di sabah bukan senang nak cari guru yang betul-betul khusus dalam bidang taranum. Saya pula datang daripada keluarga sederhana sahaja, takkanlah nak upah guru yang mahal. jadi semuanya belajar sendiri sahaja,” katanya.
7-Minat Sofizah tidak terhenti ketika bergelar mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah dan pernah muncul juara tilawah antara universiti peringkat Asia Tenggara.
Baca Di Sini:
Alunan Bacaan Al-Quran Sangat Menusuk Hati, Qari Cacat Penglihatan Muhammad Qayyim Johan Tilawah
Pertandingan Tilawah Al-Quran
8-Manakala pada tahun 2021, Sofizah terdahulu muncul johan untuk kategori Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Selangor.
9-Sofizah sebelum ini pernah menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2013, 2014 dan 2022.
10-Ibu kepada dua cahaya mata itu mewakili Selangor dan menjadi johan dalam kategori qariah pada Majlis Tilawah Kebangsaan Jun lalu.
11-Kemantapan suara dan bacaan yang sempurna. Sofizah pernah mendedahkan membuat latihan di dalam kereta ketika berulang alik dari sekolah.
“Biasanya saya buat latihan dalam kereta, semasa memandu. Saya memang akan buat latihan suara sendiri setiap hari,” katanya ketika memenangi juara qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.
12-Sokongan dan kata-kata semangat daripada keluarga terutama suami, Ahmad Asrol Saidi, 35, menjadi sumber kekuatan wanita kecil molek itu.
Peringkat Antarabangsa
13-Guru mata pelajaran geografi, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor itu menyifatkan al-quran adalah panduan lengkap muslim dalam melayari kehidupan ini.
14-“Al-Quran satu-satunya panduan yang paling lengkap ialah al-Quran. Jika kita merasakan jauh, kembalilah kepada al-Quran dan sunnah. Dengan al-Quran insya-ALLAH hati kita akan tenang. Apa sahaja kita buat akan terlaksana, akan dimakbulkan,” katanya.
15-Dalam pada itu, Sofizah turut berkata kecintaan kepada al-Quran memberikan manfaat kepada siapa sahaja yang mengamalkannya.
“Al-Quran itu sendiri akan memberi cahaya dan ketenangan apabila hendak membacanya. Jadi dekatkan diri dengan al-Quran, insyallah akan membantu kita di di dunia, malah di akhirat,” kongsinya.
Kashoorga: Semoga kejayaan Sofizah menjadi sumber inspirasi wanita lain. Insyallah.
Sumber : Al-Hijrah Online, Sinar Plus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI