Begitu juga kisah insan ini, Sulaiman Al Rajhi yang tinggal di Arab Saudi mempunyai lebih 200 ribu pokok kurma diwakafkan untuk jalan Allah. Beliau merupakan insan terkaya di Arab Saudi. Dikatakan ladang kurma miliknya merupakan wakaf terbesar di muka bumi ini.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat memberi inspirasi
MULTI BILLIONAIRE DUNIA AKHIRAT
Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi..
Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.
Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah.
Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.
Ads
Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Allah memberkati usahanya.
Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut ‘Al-Rajhi’ tersebar di seluruh Arab Saudi.
Suleiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, ” Saya berhutang dengan Cikgu. “
Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. Guru itu tersenyum dan berkata “Jadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?
Rajhi berhenti keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.
Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.
Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.
Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.
Pada tahun 2010 Suleiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain. Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 bilion riyal.
Beliau telah menyumbangkan 170 juta riyal untuk COVID dan menyerahkan dua hotel di Makkah kepada Kementerian Kesihatan.
Ads
Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.
Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia.
Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.
Dalam temu bual beliau berkata: “Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. “
“Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan.”
Seorang jutawan tanpa wang! “Bagaimana rasanya?”. Dia tersenyum dan berkata, “Saya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung … dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!
Biar apapun pandangan orang keliling tapi kalau sudah jodoh ketentuan Ilahi semuanya akan dapat ditempuhi.
Begitulah jua buat pasangan Nur Nadhirah Roslee yang bersuamikan pemuda warga Bangladesh Mohammad Samim Hossain.
Keduanya bertemu empat tahun lalu dan telahpun selamat diijabkabulkan Mei lalu nun jauh di kampung halaman Mohammad Samim dekat Joypurhat, Bangladesh.
Bekerja tempat sama
Menurut Nur Nadhirah, dia berkenalan dengan suaminya itu kira-kira empat tahun lalu kerana kebetulan bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah kilang di Meru, Klang, Selangor.
“Ketika di satu tempat kerja, saya adalah penyelia dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja.
“Suami bekerja sebagai operator pengeluaran dan mulanya takut juga tengok dia mungkin kerana tak kenal.
“Entah macam mana, kami boleh berkawan dan bila sudah kenal, baru saya tahu suami rupanya baik.
Bernikah di Bangladesh
Mengikut perancangan, Nur Nadhirah berhasrat melangsungkan akad nikah di tanah air namun terbang ke Bangladesh untuk majlis itu kerana masalah permit kerja suaminya.
“Disebabkan perancangan sudah dibuat jadi kami teruskan pernikahan di kampung halaman suami.
“Saya ke sana dengan ditemani ibu, ayah dan adik.
“Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik.
“Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia.
“Perbualan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain pula dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Ramai mendoakan hubungan
Melalui perkongsian di Harian Metro, Nur Nadhirah bersyukur kerana ramai mendoakan dan memberi reaksi positif terhadap hubungannya dengan suami.
“Ada juga segelintir yang persoalkan kenapa saya tak kahwin dengan lelaki Melayu dan menyangka suami saya orang Melayu dari utara tanah air kerana wajahnya. Cuma mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan suami jadi nak buat macam mana melainkan terima ketentuan itu.
“Jujurnya saya sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak dari keluarga saya begitu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap jodoh kami panjang.
“Buat masa ini, kami tinggal berjauhan selama enam bulan kerana suami masih berada di Bangladesh,” katanya.
‘Berkat doa dan istiqamah seorang bapa.’ Dia menjadi penyebab Oktavia Manrose dapat hidayah dan berhijrah serta berubah menjadi muslimah yang lebih baik hari ini.
Ternyata bukan sesuatu yang mudah untuk kekal istiqamah, namun jika Allah berkehendak segalanya menjadi mungkin. Begitu juga apa yang dilalui oleh Oktavia Manrose.
Jelas Oktavia Manrose, setelah lebih setahun tampil dengan imej berhijab, penghijrahan yang berlaku pada dirinya, itu adalah berkat doa dan istiqamah bapanya yang juga penyanyi dangdut era 1990-an, Iwan Syahman.
Luah Oktovia menerusi akaun instagramnya, dia merasa syukur dan berterima kasih atas usaha berterusan bapanya yang ingin melihat dia berubah menjadi lebih baik.
“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masyallah dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.
“Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa,” ujarnya.
Malah, dalam perkongsian sama, pelakon ini mengakui dia kini semakin faham tentang tujuan hidupnya dan berasa rugi jika terus mensia-siakannya.
“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.
Dia Penyebab Oktavia Manrose
“Dunia adalah ujian semata-mata untuk kita mengumpulkan saham di akhirat. Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dasyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya, nauzubillahminzalik.
“Tersangatlah rugi kalau mensia-sia diri dengan kemungkaran. Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat yang sebenarnya,” luah Oktovia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose.
Akui wanita berusia 31 tahun itu lagi, sebelum ini dia pernah bertanya kepada diri sendiri apakah sempat berubah dan menerima pengampunan daripada Maha Pencipta.
Dapat Hidayah & Berhijrah
Namun berkat kesungguhan dan keikhlasan hati mencari reda ALLAH, satu persatu perubahan yang lebih baik berlaku kepada dirinya.
“Sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan percaya bahawa Dia akan terima setiap doa umat-Nya yang benar-benar ikhlas. Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda Allah.
“Bukan saja daripada banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi daripada istiqamah dalam melakukan kewajipan pada Allah SWT. Alhamdulillah Allah dengan sifat Ar-Rahman Ar- Rahim dan Al- ghofur, bagi peluang.
”Satu persatu perubahan dalam diri. Masya-ALLAH saya bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai ayahanda Iwan Syahman,” katanya.
Kashoorga : Semoga Allah permudahkan urusan Oktavia dan terus kekal istiqamah.
Walaupun kita suami isteri sibuk keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga, tetapi tanggungjawab dan amanah pada anak-anak tetap dilaksanakan sebaiknya.
Hargailah amanah Allah ini sebaiknya kerana merekalah yang akan mendoakan diri kita apabila sudah tiada nanti.
Dan perkongsian Ustazah Asma Harun serta suami sangat bagus untuk kita amalkan sebagai ibu bapa kepada anak-anak kita.
Menurut suaminya, sudah menjadi rutin semua anak-anaknya akan menghulurkan kepala kepada ibu mereka sebelum ke sekolah untuk diusap dan digosok perlahan-lahan.
Keluarga bahagia Ustazah Asma Harun
Sambil menggosok kepala serta membaca zikir dan ayat Al-Quran dengan harapan semoga Allah menjaga anak-anaknya sepanjang pemergian mencari rezeki.
Didoakan semoga Allah menjaga akhlak dan dipelihara diri sepanjang ketiadaan mereka berdua nanti di rumah.
RUTIN PAGI UMMI DENGAN ANAK²NYA.
Kebiasaannya masing² akan menghulurkan kepala kepada umminya sebelum ke sekolah. Raihanah pun suka, dia pun beratur sama. Suka kepalanya digosok2 Umminya walaupun baru 3 tahun, lalu dibacakan;
1. Ya Hafiz (Yg Maha Menjaga) Ya Muhaimin (Yg Maha Memelihara) x3. 2. Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 4. 3. Dipesan احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ (jagalah Allah, Allah akan menjagamu).
Dengan harapan kepada Allah jualah diserahkan anak2 untuk dijaga. Dijaga akhlak mereka dan dipelihara diri mereka. Kerana di sekolah dan dimana2, Allah jualah sebaik2 penjaga dan pemelihara.
Kemudian, dihulurkan kepala ke dalam kereta.. Jom Abi, dah lewat ni.. baiiik..
** 2 Hari ini Ummi dan Abi ke Perak setelah bercuti bersama 3 Hari, nanti Ummi doakan dari jauh dan ada yang menghantar ke sekolah.
** Alhamdulillah, mereka juga ternanti2 rutin malamnya..
**Gambar dibawah Abi rakam ketika Ummi Asma Harun tinggalkan amanah dalam fail masing² sebelum keluar beberapa hari untuk dakwahnya.
Tinggalan amanah dalam fail untuk anak-anak sepanjang ketiadaan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?