‘Kadang-kadang kita pandang orang dengan rasa dengki.’ Elak letak gambar di media sosial, penyakit ‘ain’ lebih teruk daripada sihir. Ain ini timbul sama ada perasaan takjub atau dengki, kedua-duanya akan membawa impak negatif kepada empunya diri.
Dikatakan perisai paling ampuh untuk elak penyakit ain adalah zikir sepanjang masa. Lagi satu kurangkanlah post gambar di media sosial untuk elak daripada terkena ain.
Namun tidak semua bersetuju untuk kurangkan post di media sosial kerana bagi mereka begitu cara mereka menghargai kehidupan dan kebahagiaan.
Mungkin bagi yang belum pernah melaluinya akan lalai dan leka, sebaliknya yang pernah terkena ain akan sentiasa beringat. Ikuti perkongsian Ummu Naielah yang pernah terkena penyakit ain.
Nak kata penyakit Ain 100 peratus pun tak, tapi dari pengalaman sendiri… ia ada kemungkinan.
Ida start personal branding masa tahun 2017, masa tu keraplah up ape jua aktiviti personal, kerap up tentang layanan suami sekian-sekian, up tentang pregnancy, biasalah hendak dapat anak sulung kan, excited.
Ads
Pandang Orang Dengan Rasa Dengki
Then selepas lahirkan Naielah, start simptom macam dekat komen ini (dalam gambar), simptom anxiety yang agak teruk terpaksa ambil ubat tidur.
Malah, berat badan jatuh mendadak sampai cengkung, kemudian perkara ini berlarutan sampai tahun 2020 membawa kepada konflik yang besar dengan suami, sedangkan isunya kecil saja bila direnungkan semula.
Tiap hari ada saja benda yang tak kena, duduk dekat bergaduh, try pula perhubungan jarak jauh (PJJ), eh elok lah pula…
Elak Letak Gambar Di Medsos
Pergi ruqyah merata, cuba jugak ruqyah mandiri dengan cara sunnah, tapi tak sembuh-sembuh…
Ads
Macam mana nak sembuh kalau hari-hari duk up tentang ‘Nikmat’
Penyakit ‘Ain’ Lebih Teruk Daripada Sihir
Setelah diuji dengan konflik yang berat, kami cuba muhasabah diri masing-masing. Ternyata banyak larangan Nabi yang kami terlepas pandang.
Sekarang dah perlahan-lahan slowdown tunjuk apa yang tak patut show untuk tatapan umum, alhamdulillah sangat-sangat dapat rasakan perbezaan pada kehidupan.
Perkongsian ini turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang pernah melalui situasi yang sama. Antaranya:
Dinna Dinna
Ini betul sangat-sangat… Saya pernah post pasal ain, tapi ada yang sindir. Kalau itu, ini tak boleh post… Baik tak payah ada sosial media. Macam-macamlah kena sindir, lepas itu saya tak berani sudah nak post-post untuk tegur berkaitan agama. Post itu pun saya sudah hide kan.
Zatul Himmah
Ya betul, kadang-kadang terlepas pandang juga. Bagi kita just hendak buat personal branding saja untuk naikkan follower, tapi berlaku pulak penyakit ain. Nak sembuhkannya payah bila terkena.
Amalkan baca matsurat setiap hari dan baca quran adalah salah satu ikhtiar yang boleh diamalkan. Moga kita sentiasa dilindungi Allah daripada perkara yang tak baik.
Suhailawati Subri
Sakit ain ni bukan semua perawat boleh detect. Sebab itu sulit untuk merawatnya. Yang ada pengalaman akan selalu beringat, yang tak pernah kena jangan ambil mudah. Nampak macam tidak ada apa-apa.
Mohd Hafiz Al Malizi
Ain…senjata ampuh dia zikir.. Ibnu Qayyim beri perumpamaan seperti anak panah dan baju besi/perisai yang kukuh. Anak panah itu ibarat ain, zikir tu ibarat baju besi/perisai. Selain kita sering jaga berita nikmat, amalan zikir sangat penting.. itu yang ramai orang lalai..
Kashoorga: Semoga kita dijauhkan daripada penyakit ain. Amin.
Sebelum ini kita pernah beberapa kali melihat video tular imam rebah sewaktu mengimamkan solat jemaah. Ada juga individu yang rebah dan meninggal ketika solat berjemaah di masjid.
Biar pun ramai yang menganggap ia satu pengakhiran yang cukup indah, di masjid ketika solat namun mungkin sudah tiba juga masanya dibincangkan isu tatacara atau fiqh kecemasan ketika di masjid dan surau. Apa yang perlu dilakukan ketika ini, terus solat atau bantu jemaah yang nazak?
Perkara ini dikongsi Profesor Psikologi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr Rafidah Hanim Mokhtar .
“Saya rasa sudah sampai masanya asatizah membincangkan Fiqh Kecemasan di masjid atau surau,” komen beliau dalam satu hantaran yang memuat naik video tular sebelum ini seorang imam di sebuah masjid di Balik Papan Indonesia yang rebah ketika mengimamkan solat.
Jelas beliau ketika seorang makmum naik menggantikan imam yang tidak sedarkan diri, makmum yang lain yang terdekat boleh mufaraqah dan habiskan solat untuk memberi bantuan kecemasan seperti CPR dan segera memanggil ambulan.
“Ironinya, jika ditempat-tempat lain, kita bersungguh-sungguh mengamalkan Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa. Kita akan buat CPR, cari doktor dan cari ambulan,” katanya lagi.
Terang Prof. Dr Rafidah dalam isu ini beliau mengutarakan dua perkara yang perlu difahami ramai berdasarkan perbincangan yang dibuat.
Pertama, Fiqh Al-Muwazanat : bagaimana untuk membuat pertimbangan diantara kebaikan (maslahah) dan mafsadah (keburukan).
Kedua, dari Dr Sanusi : Dalam Islam kita ada solat khauf, kaedah solat dalam perang utk mempertahankan nyawa. Kalau ikutkan lebih baik syahid ketika solat, lebih baik mati ketika solat, tetapi Allah tetap bagi kita mempertahankan nyawa sekalipun dalam solat ketika perang.
“Saya mahu surau/masjid menjadi tempat yang selamat, dan jemaah faham akan keutamaan. Wajib bagi yang hidup dan sihat ini, “resuscitate” dan memberi bantuan kecemasan,”katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut memberi berkongsi fakta perubatan yang perlu difahami bila mengamalkan prinsip Maqasid Syariah
Menurut AHA, setiap minit bantuan CPR lewat diberikan, peluang mangsa untuk terus hidup berkurang sebanyak 10%. Bantuan kecemasan CPR dari mereka yang terdekat boleh meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup bertambah dua atau tiga kali ganda.
‘Wanita Cina terima anugerah maulidur rasul.’ Kasih tidak bersempadan, besarkan anak angkat ikut ajaran Islam dan dirinya sentiasa memastikan anak angkatnya tidak lupa untuk amalkan ajaran Islam sepenuhnya.
Malah kasih sayang yang dicurahkan wanita berbangsa Cina, Chee Hoi Lan kepada Rohana Abdullah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Kesungguhan Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika menjaga dan memelihara gadis itu sebagai Muslim sejak dari usianya dua bulan menarik perhatian ramai.
Segalanya bermula apabila Rohana ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan seorang pembantu warga Indonesia tempat Hoi Lan pernah bekerja.
Terima Anugerah Maulidur Rasul
Baru-baru ini Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul menerusi kategori ikon ibu sejati-keluarga malaysia.
Wanita berusia 83 tahun dipilih atas jasanya membesarkan Rohana mengikut ajaran Islam.
Menyayangi Rohana sebagai anak sendiri, Hoi Lan berusaha memberikan pendidikan buat anak angkatnya. Wanita berbangsa Tionghua itu berusaha memastikan Rohana itu tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Kasih Tidak Bersempadan
Membesar tanpa taraf kerakyatan bukan mudah. Rohana dilaporkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai calon swasta selepas terpaksa meninggalkan bangku persekolahan ketika di tingkatan empat.
Kisah Rohana mendapat perhatian perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gadis berkenaan tidak memiliki kerakyatan telah menerima taraf kewarganegaraan pada April 2022.
Diasuh dengan penuh kasih sayang, gadis itu kini bergelar mahasiswa Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kos pembiayaan pengajian Rohana ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor universiti berkenaan.
Besarkan Anak Angkat
Ketika menjejakkan kaki ke kampus, Rohana berkata ‘laoshi’ (panggilannya untuk Hoi Lan) berpesan agar beliau sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.
“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika selepas mendaftarkan diri di UTeM baru-baru ini.
Tambahnya, ia adalah kali pertama kali mereka berdua berpisah dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.
“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.
“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi sudah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.
Rohana berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya itu.
Kashoorga : Benarlah kasih sayang dan mengenal bangsa dan agama.
Hidayah itu milik Allah. Siapa yang menerimanya sangat beruntung dan semoga terus istiqomah dengan jalan pilihan.
Jika menyebut nama Bill Gates, lelaki ini antara jutawan di dunia. Pernah tersenarai 13 kali berturut-turut sebagai orang terkaya di dunia. Bahkan namanya cukup terkenal di seluruh dunia kerana mengasaskan Microsoft Corporation (bersama rakan kongsinya, Paul Allen).
Namun sehari dua ini, nama Bill Gates sekali lagi menjadi sebutan. Kali ini bukan kerana kekayaannya, tapi viral mengatakan anak perempuannya, Jennifer Gates sudah mengucap dua kalimah syahadah dan sudah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nayelm Nassar asal dari Mesir pada 15 Oktober lalu bersamaan hari Jumaat yang mulia di New York. Dan dikatakan majlis diadakan mengikut syariat islam.
Masyarakat berspekulasi bahawa Jennifer Gates sudah bergelar seorang mualaf kerana Nayelm merupakan seorang muslim. Ini kerana syarat pernikahan, kedua mempelai harus memiliki agama yang sama tetapi sehingga ke hari ini, tidak dipastikan adakah anaknya memang benar memeluk agama islam.
Ini kerana proses ijab kabul pasangan ini dilakukan secara tertutup di taman seluas 142 hektar di North Salem, New York, Amerika Syarikat. Ini kerana sehari selepas akad nikah, keduanya melakukan pengesahan dokumen. Majlis persandingan dilakukan sehari selepas itu dengan kehadiran 300 tetamu dan kumpulan Coldplay menghiburkan tetamu di majlis istimewa itu.
Resepsi pernikahan itu dilakukan di ladang kuda mewah bernilai USD16 juta yang merupakan hadiah Bill Gates kepada puteri sulungnya itu selepas lulus dari Stanford University. Malah saat menjengah Instagram keduanya, jelas Nayelm merupakan atlet yang aktif dalam sukan berkuda dan minat itu dikongsi dengan Jennifer. Majlis persandingan mewah bernilai USD2juta itu turut dihadiri Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda Gates di mana Jennifer tampil cantik memakai gaun direka oleh Vera Wang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...