‘Kadang-kadang kita pandang orang dengan rasa dengki.’ Elak letak gambar di media sosial, penyakit ‘ain’ lebih teruk daripada sihir. Ain ini timbul sama ada perasaan takjub atau dengki, kedua-duanya akan membawa impak negatif kepada empunya diri.
Dikatakan perisai paling ampuh untuk elak penyakit ain adalah zikir sepanjang masa. Lagi satu kurangkanlah post gambar di media sosial untuk elak daripada terkena ain.
Namun tidak semua bersetuju untuk kurangkan post di media sosial kerana bagi mereka begitu cara mereka menghargai kehidupan dan kebahagiaan.
Artikel Berkaitan:
Mungkin bagi yang belum pernah melaluinya akan lalai dan leka, sebaliknya yang pernah terkena ain akan sentiasa beringat. Ikuti perkongsian Ummu Naielah yang pernah terkena penyakit ain.
Nak kata penyakit Ain 100 peratus pun tak, tapi dari pengalaman sendiri… ia ada kemungkinan.
Ida start personal branding masa tahun 2017, masa tu keraplah up ape jua aktiviti personal, kerap up tentang layanan suami sekian-sekian, up tentang pregnancy, biasalah hendak dapat anak sulung kan, excited.
Then selepas lahirkan Naielah, start simptom macam dekat komen ini (dalam gambar), simptom anxiety yang agak teruk terpaksa ambil ubat tidur.
Malah, berat badan jatuh mendadak sampai cengkung, kemudian perkara ini berlarutan sampai tahun 2020 membawa kepada konflik yang besar dengan suami, sedangkan isunya kecil saja bila direnungkan semula.
Tiap hari ada saja benda yang tak kena, duduk dekat bergaduh, try pula perhubungan jarak jauh (PJJ), eh elok lah pula…
Pergi ruqyah merata, cuba jugak ruqyah mandiri dengan cara sunnah, tapi tak sembuh-sembuh…
Macam mana nak sembuh kalau hari-hari duk up tentang ‘Nikmat’
Setelah diuji dengan konflik yang berat, kami cuba muhasabah diri masing-masing. Ternyata banyak larangan Nabi yang kami terlepas pandang.
Sekarang dah perlahan-lahan slowdown tunjuk apa yang tak patut show untuk tatapan umum, alhamdulillah sangat-sangat dapat rasakan perbezaan pada kehidupan.
Kalian, Ain itu benar-benar wujud.
Baca Di Sini:
24 Tanda-tanda Seseorang Individu Itu Terkena Penyakit Ain
Perkongsian ini turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang pernah melalui situasi yang sama. Antaranya:
Dinna Dinna
Ini betul sangat-sangat… Saya pernah post pasal ain, tapi ada yang sindir. Kalau itu, ini tak boleh post… Baik tak payah ada sosial media. Macam-macamlah kena sindir, lepas itu saya tak berani sudah nak post-post untuk tegur berkaitan agama. Post itu pun saya sudah hide kan.
Zatul Himmah
Ya betul, kadang-kadang terlepas pandang juga. Bagi kita just hendak buat personal branding saja untuk naikkan follower, tapi berlaku pulak penyakit ain. Nak sembuhkannya payah bila terkena.Amalkan baca matsurat setiap hari dan baca quran adalah salah satu ikhtiar yang boleh diamalkan. Moga kita sentiasa dilindungi Allah daripada perkara yang tak baik.
Suhailawati Subri
Sakit ain ni bukan semua perawat boleh detect. Sebab itu sulit untuk merawatnya. Yang ada pengalaman akan selalu beringat, yang tak pernah kena jangan ambil mudah. Nampak macam tidak ada apa-apa.
Mohd Hafiz Al Malizi
Ain…senjata ampuh dia zikir.. Ibnu Qayyim beri perumpamaan seperti anak panah dan baju besi/perisai yang kukuh. Anak panah itu ibarat ain, zikir tu ibarat baju besi/perisai. Selain kita sering jaga berita nikmat, amalan zikir sangat penting.. itu yang ramai orang lalai..
Kashoorga: Semoga kita dijauhkan daripada penyakit ain. Amin.
Sumber : Ummu Naielah
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.