Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu melakukan majlis dalam suasana gemilang agar dapat dikenang seumur hidup.
Maklumlah majlis ini hanya dilakukan sekali seumur hidup dan pastinya momen itu mahu diabadikan selamanya dalam lipatan kenangan.
Jika berkemampuan tak salah melakukan melebihi bajet, tetapi jika tidak cukuplah sekadar membuat yang wajib sahaja dan majlis disambut secara sederhana.
Namun ada juga segelintir pasangan yang sekali lagi ‘naik pelamin’ meraikan hari bahagia di majlis ulang tahun perkahwinan dan melakukannya setelah hampir sedekad berlalu.
Seperti perkongian pasangan suami isteri ini yang telah berkahwin selama 11 tahun dan telah mengadakan semula majlis perahwinan mereka setelah mempuyai empat cahaya mata (satu dalam kandungan).
Pasangan ini yang berkahwin ketika usia masih muda meraikannya 11 tahun lalu secara sederhana di pejabat agama sahaja. Kekangan kewangan menghalang pasangan ini untuk mengadakan majlis lebih gah seperti pasangan raja sehari lain.
Perkongsian wanita ini Zack Zafirah di laman sosial Facebook ini telah menyebabkan kisahnya jadi viral.
BERSANDING LEPAS ANAK 4
Wedding Anniversary ke-11 tahun
ALLAH ALLAH ALLAH !! Alhamdulillah syukur, segala apa yg dirancang bertahun lalu dengan rezeki dan izin Allah bersanding lah kami 6 beranak atas pelamin ni. Mana anak lg sorg? Ada tu dalam perut, berusia 6 bulan Rezeki Allah kan?
11 tahun lalu, Kami nikah diusia sangat muda. Diusia 15&17 tahun saat kawan2 seronok belajar. Nikah hanya di pejabat agama, tiada majlis doa selamat atau majlis apa pun. Masa tu tiada hp canggih nk rekod atau snap gambar utk kenangan. Tiada kerja, tiada duit. Sekarang, Allah berikan rezeki dan Allah permudahkan majlis ini.
Ada yg kata “ANAK DAH BERDERET PUN NAK BERSANDING BAGAI
” Allahuakhbar, sy xpernah bersanding sebelum ni. Jadi salah ke sy raikan anniversary sy dgn cara ni? Bukan berdua dengan suami tp dengan anak2 kami. Sy buat majlis 1 sen pun sy x meminta2 dgn org. Kalau lah awk kt tempat sy, apa lah perasaan awk masa tu ye? Sy juga manusia biasa, xmampu nk puaskan hati semua org. Dan niat sy bukan utk menunjuk, sy malu sy segan nk buat majlis ni. Yela dengan anak berderet, yg dalam perut lg. Tp sy tetap teruskan impian sy nak bersanding dgn anak2 walaupun sy tau ada mulut2 yg akan mengata.
Ada yg kata “bagus utk eratkan silaturrahim kasih syg antara suami” Alhamdulillah, Allah je yg tahu betapa kuatnya kasih syg kami. Dulu kami hanya ada sebijik motor, berpanas dan berhujan naik motor. Cari rezeki naik motor, bawa anak2 naik motor. Syukur dh masa tu ada juga kenderaan. Kerja apa je kami xbuat masa tu, cuci tandas, kerja kedai makan, mesin rumput, bersihkan longkang dan banyak lg.
Masa tu hidup dgn tangisan,kemurungan sbb rasa susahnya nk hidup mcm ni. Kami sgt susah, susu pampers anak2 pun kadang2 mintak dari belas ihsan org. Baju anak2 semua dari org sedekah. Nk makan pun bercatu. Tp kami xpernah putus asa, demi anak2 dan masa depan. Belajar xtinggi xmenghalang utk kami cari rezeki.
Allah adalah sebaik-baik perancang, Allah uji & Allah beri. Sepanjang perkahwinan tipulah kalau xde ribut taufan yg melanda, hanya Allah je yg tahu. Masa tu darah muda kan? Tp sy tabik dekat suami, dia seorang yg sangat2 penyabar. Kelebihan suami terlalu banyak, xdapat nak disenaraikan. Semoga Allah sahaja yg dpt membalas pengorbanan seorang suami. Layanan baik yg suami berikan, 1 juta kali ganda isteri beri layanan yg baik.
Utk suami tersayang, jangan lah kau tinggalkan ku yg sentiasa bersamamu saat kau susah dulu pabila kau berjaya satu hari nanti.
Mus Zafirah lll 30 NOV 2019
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sejauh Mana “BATAS” Mak Ayah Boleh Masuk Campur Urusan Perhubungan Anak? Mufti Ulas Isu Ini
Adakala dalam suatu perhubungan terjadi konflik di dalamnya. Baik ketika batas pertunangan mahu pun selepas berumahtangga. Kala ini kita memerlukan sokongan untuk jiwa kembali bersemangat. Biasanya yang kita cari adalah ahli keluarga dan kawan rapat yang sudah punya banyak pengalaman.
Nasihat yang baik tentunya dari ibu bapa tapi ada batas yang perlu ibu ayah tahu agar kata-kata itu tidak menjurus konflik yang panjang.
Dipetik dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada diperincikan mengenai isu hak ibu ayah masuk campur dalam urusan rumahtangga anak. Semoga bagi yang sudah berumahtangga atau bakal mendirikan rumah tangga akan memahami tentang batasan ini.
Saya ingin bertanya, sejauh manakah ibu bapa tidak boleh masuk campur urusan rumahtangga anak-anak? Bagaimana sekiranya anak sering dipukul oleh suaminya dan suami sering menganiaya isterinya, adakah ibu bapa tiada hak untuk mencampuri urusan pernikahan anak-anaknya? Adakah salah dan berdosa sekiranya ibu bapa meminta untuk anaknya berpisah sekiranya dalam situasi tersebut? Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah ﷻ. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat dan seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Mukadimah
Pada asasnya, hubungan dan tanggungjawab seseorang anak kepada ibu bapa, sama ada lelaki atau perempuan, tidak terputus apabila mereka berkahwin. Seorang anak itu, sama ada lelaki atau perempuan, wajib berbuat baik kepada ibu bapa, mentaati dan mengelakkan diri daripada melukakan hati mereka. Firman Allah ﷻ:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
Surah Al-Nisa’ (36)
Firman Allah ﷺ:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’: 23)
Hak dan tanggungjawab anak kepada ibu bapa itu begitu penting, sehingga diletakkan selepas tanggungjawab kepada Allah ﷻ di dalam al-Quran. Tanggungjawab itu begitu penting sehingga terdapat hadis-hadis Rasulullah ﷺ yang menerangkan keutamaan apabila bertembung antara kasih sayang kepada pasangan dengan ketaatan kepada ibu bapa, hendaklah diutamakan yang kedua.
Kesetiaan kepada ibu bapa melebihi isteri
Daripada Hamzah bin Abdullah bin Umar, daripada ayahnya, yang berkata: “Pernah aku berkahwin dengan seorang perempuan, tetapi Umar tidak menyukainya. Lantas beliau berkata kepadaku: “Engkau ceraikanlah dia.” Aku enggan, lalu Umar berjumpa Rasulullah ﷺ berkata: “Waha Rasulullah! Sesungguh Abdullah bin berkahwin dengan wanita yang aku tidak suka. Lalu aku suruhnya bercerai darinya tetapi dia enggan.” Maka bersabda Rasulullah ﷺ:
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ طَلِّقِ امْرَأَتَكَ وَأَطِعْ أَبَاكَ
Maksudnya: “Wahai Abdullah bin Umar! Ceraikanlah isterimu dan taatilah ayahmu.”
Riwayat al-Hakim (2798) dalam al-Mustadrak; RIwayat al-Nasaie (5631); Abu Daud (5138); al-Tirmidzi (1189) dan lain-lain. Berkata al-Tirmidzi hadis ini hasan sahih. Al-Dzahabi: “atas syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim.”
Menurut Imam Ali al-Qari, arahan Nabi di atas bermaksud sunat, atau wajib sekiranya ada faktor lain yang berbangkit. Rujuk Mirqah al-Masobih (7/3097),
Menurut Syeikh Ahmad Hutaibah (ulama daripada Iskandariah, Mesir) dalam Syarh Riyadhussolihin (14/13), yang ditanya adakah hadis ini memberikan kuasa mutlak kepada ibu untuk meminta anaknya menceraikan pasangannya, maka beliau menjawab:
“Tidak, ibu dan bapanya tidak seperti Umar al-Khattab. Beliau mencintai Allah Azza wa Jalla, dan beliau mencintai sesiapa kerana Allah SWT. Jika beliau membenci nescaya bencinya kerana Allah SWT. Oleh itu, siapa yang (ibu bapanya) berkeperibadian seperti Umar, maka hendaklah ditaati dalam urusan ini.
Manakala kalau kita lihat dalam hadis Abi al-Darda’ bahawa seorang lelaki datang menemuinya[1] dan bertanya: “Aku ada isteri tetapi ibuku menyuruh aku mentalakkannya.”
Dalam hadis ini, lelaki itu meminta fatwa daripada Abu al-Darda’ RA tetang dia berkahwin dengan seorang perempuan yang tidak disukai oleh ibunya lalu mengarahkannya untuk menceraikannya. Namun Abu al-Darda’ bersikap meletakkan dirinya di pertengahan dalam isu ini, kerana ibu lelaki itu bukan seperti Umar. Abu al-Darda’ sebaliknya mengkhabarkan kepada orang yang bertanya itu hadis daripada Nabi ﷺ dan memintanya berfikir tentang keputusannya sendiri. Beliau berkata: Aku mendengan Rasulullah ﷺ bersabda: “Walid (ibu atau bapa) itu adalah pintu Syurga yang di pertengahan,” bererti cinta dan ketaatanmu kepada bapamu, memasukkanmu ke dalam Syurga melalui pintu Syurga yang paling tengah, maka ibu bapa itu adalah pintu yang paling luas untuk kau masuk ke dalam Syurga. Maka kata Abu al-Darda’: “Jika engkau inginkan, engkau abaikanlah pintu itu, atau jagalah ia.”
Cuba engkau perhatikan di sini, Abu al-Darda’ bersikap pertengahan dalam fatwanya. Dia tidak menyuruh untuk ceraikan. Tidak juga berkata jangan ceraikan. Ini kerana ada kemungkinan bahawa ibunya betul pada sebab dia benci perempuan muda itu, maka menceraikannya adalah afdhal, mungkin ibu itu tersilap. Lalu beliau meletakkan kaedah, iaitu cintamu kepada ibu bapamu, serta sikap naik kepada ibu bapamu itu adalah pintu Syurga paling tengah. Jika engkau mampu, harmonikanlah antara isteri dan ibumu dan itu yang paling baik. Jika tidak mampu, maka menjadi tanggungjawabmu untuk mencari redha ibu bapamu, terhadap apa yang mereka redha daripada diri, dengan kadar kemampuanmu.
Jika engkau tinggal dengan isterimu di rumah yang terdapat dalamnya ibu bapamu, sedangkan ibu bapamu tidak menyukai isteri, maka pindahlah ke tempatlain. Tetapi jika engkau merancang untuk kekal di sana bersama isterimu, maka jangan berbuat suatu yang menyakiti hati ibu akibat perbuatan isterimu, dan tidak perlu berpisah dan bercerai darinya. Itu boleh sahaja.
Cerai itu dibenci, tetapi seseorang insan apabila dia melihat isterinya menyakiti ibunya dan berdegil untuk tetap menghinanya, maka yang afdhal ialah menceraikannya; kerana isteri itu tidak layak bersamanya. Namun jika isteri itu tidak menyakiti sesiapa dan perbahalan itu berpunca daripada ibunya semata, maka asingkanlah mereka berdua. Cubalah menjadi bijak untuk menyelesaikan perbalahan mereka berdua. Kita tidak menyuruhnya untuk talak dan tidak pula kita berkata, “Kau marahlah ibumu dan kau tinggalkan dia” sehinga dia berasa tidak senang denganmu.
Tetapi kita kata: “Jadilah orang yang sering berwaspada. Ketahuilah bahawa ihsan terhadap ibumu itu dan juga ayahmu adalah pintu Syurga paling tengah (atau luas) maka janganlah engkau abaikan pintu itu.” Binasanya seorang lelaki itu apabila dia bersama ibu bapanya pada waktu tua, tetapi mereka tidak memasukkannya ke dalam Syurga, seperti yang disebutkan dalam hadis Nabi ﷺ.”
Berkata Imam Syihabuddin Ibn Ruslan dalam Syarah Sunan Abi Daud (19/417):
“Dikatakan bahawa manusia yang pertama menyuruh anaknya menceraikan isterinya ialah (Nabi) Ibrahim al-Khalil AS.[2] Salah satu contoh berbuat baik akan anak kepada bapanya ialah apabila dia membenci apa yang dibenci oleh bapanya, sekalipun jika dia mencintai sesuatu itu. Begitu juga sebahagian dalam perbuatan baik kepadanya, apabila seorang anak itu menyukai apa yang disukai oleh bapanya, sekalipun dia membencinya. Ini hanya berlaku kalau bapa itu adalah orang agama; yang menyintai dan membenci sesuatu kerana Allah; dan tidak merujuk kepada pengikut hawa nafsu…Antara (faedah) daripada hadis ini ialah bahawa sesungguhnya seorang anak itu apabila tidak mentaati bapanya, pada perkara yang disuruhnya, maka hendaklah meminta tolog untuk menyelesaikannya daripada hakim, atau salah seorang daripada pembesar negeri.
Pada zahir hadis ini, hukum bahawa bapa apabila menyuruh anaknya untuk menceraikan isterinya maka wajib ke atas suami itu menceraikannya. Imam al-Ghazali telah menghikayatkan dari sebahagian besar ulama bahawa ketaatan kepada ibu bapa itu adalah wajib sekalipun pada urusan yang samar-samar, dan tidak wajib pada perkara yang haram secara asal, sehingga jika mereka berasa hati disebabkan engkau menjauhkan diri daripada mereka kerana tidak mahu makan (bahan syubhah) maka wajib untuk engkau makan bersama mereka, kerana meninggalkan syubhat ialah warak (sunat) dan redha ibu bapa itu adalah mesti (atau wajib).”
Para ulama berkata:
“Jika perkara itu diarahkan berpunca daripada kebodohan dan kelemahan akalnya, lalu dia menyuruh atau menegah anaknya, dengan suatu perintah yang tidak dianggap menyelisihinya pada uruf sebagai suatu bentuk penderhakaan, maka anak itu tidak dihukum fasiq kerana perbuatan menyelisihi ketika itu, kerana keuzurannya.
Begitu juga jika seseorang itu berkahwin dengan perempuan yang dia sayang kemudian ibu bapanya menyuruhnya mentalakkan isterinya, sekalipun perempuan hilang iffahnya (berperangai tidak baik) maka apabila dia tidak mengikut kata-kata ibu ayahnya, itu tidaklah berdosa ke atasnya, berdasarkan hadis Abu Dzar RA yang akan diterangkan (berkenaan kelemahan sebagai pemimipin). Namun begitu, terdapat isyarat bahawa yang afdhal ialah menceraikannya untuk menepati arahan ibu ayahnya.
Tentang kerara ini, disokong dengan hadis selepasnya bahawa Umar mengarahkan anaknya untuk menceraikan isterinya, lalu anaknya enggan, kemudian Umar menyebut perkara itu kepada Rasulullah ﷺ dan baginda menyuruh anak itu menceraikannya. Begitu jugalah hukumnya terhadap sekalian arahan ibu bapa yang tidak dapat difikirkan melainkan berpunca daripada lemahnya akal atau rendahnya ideanya, yang kalau kita bentang kepada orang-orang pandai nescaya akan menentangnya dengan bantahan-bantahan yang senang diterima, dan mereka akan berpendapat kalau anak itu berselisih dengan ibu itu bukanlah suatu bentuk tindakan menyakiti ibu bapanya.”
Rujuk al-Zawajir (2/115) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami.
Kesimpulannya ialah, tidak menjadi kesalahan bagi ibu bapa untuk cakna kebajikan anak mereka, sekalipun selepas berkahwin, sama ada anak lelaki atau perempuan. Menantu yang baik ialah orang yang menjaga hubungan dengan mertua dan menghormati pandangan mereka serta melayan mereka dengan baik.
Implikasi Memukul dan Menganiayai Pasangan
Isu yang kedua, berkenaan menantu yang suka memukul dan menganiayai anak perempuan. Maka kami katakan di sini, suami tidak mempunyai hak untuk memukul sehingga mencederakan isteri, apatalagi menganiayainya. Mendatangkan kecederaan dan menganiayai isteri memiliki implikasi dalam undang-undang persekutuan, dan undang-undang Syariah. Contohnya. Seksyen 52 Akta 303 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh. Seksyen itu memperuntukkan, antara lain;
- (1) “Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu:
- lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;”
Ini menunjukkan bahawa perbuatan mencederakan dan menganiayai isteri adalah darar Syarie yang mengharuskan tuntutan fasakh. Dalam masa yang sama, Kanun Keseksaan (Akta 574) memperuntukkan dalam Seksyen 319 ke atas berkenaan kesalahan mendatangkan kecederaan dan kecederaan parah kepada mana-mana orang. Justeru, tidak menjadi kesalahan kepada ibu bapa untuk membuat laporan polis atau memberikan keselamatan dan perlindungan kepada anaknya, sama ada lelaki atau perempuan, yang dipukul, dicederakan dan dianiaya oleh pasangan.
Justeru, menjawab juga isu ketiga, adakah ibu bapa berdosa menyuruh anak mereka agar bercerai kerana wujud darar Syarie kepada anak tersebut jika masih mengekalkan hubungan perkahwinan dengan pasangannya, maka jawapannya juga adalah tidak berdosa. Kami kuatkan jawapan kami dengan menukilkan perkara tersebut daripada kitab al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/138) karangan Syeikh Muhammad al-Zuhaili. Hukum talak itu berbeza mengikut keadaan dan situasi, kepada lima, iaitu:
- Wajib: Talak itu wajib pada dua keadaan; pada waktu Iila’ apabila sudah tamat. Maka suami itu diperintahkan untuk melaksanakan janjinya untuk bercerai…(kedua) pada keadaan berlaku syiqaq (perseteruan) antara suami isteri apabila keadaan menjadi sangat genting. Kemudia, kedua-dua hakam daripada kedua belah pihak berpendapat untuk berpisah, maka hukum talak menjadi wajib.
- Sunat: terdapat tiga keadaan;
- Jika isteri tidak konsisten melaksanakan pergaulan yang baik dengan suaminya, dan berperangai buruk.
- Suami cuai dalam memberikan hak isterinya kerana alasan benci atau selainnya. Firman Allah ﷻ:
فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
Maksudnya: “maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik;” (Surah al-Talak: 2). Ini kerana jika dia tidak menceraikan isterinya ketika itu maka tidak ada jaminan bahawa tidak berlaku syiqaq, atau kerosakan rumahtangga dan pergaulan yang buruk, dan hilanglah tujuan-tujuan perkahwinan.
- Jika isteri tidak menjaga kesucian dirinya, berdasarkan riwayat Ibn Abbas R.Anhuma bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya isteriku tidak menolak setiap tangan lelaki yang menyentuhnya, maka bersabda Nabi ﷺ: “Ceraikan dia.” Riwayat al-Nasaie (3229). Ini kerana tidak ada jaminan kepada suami itu bahawa isterinya tidak akan merosakkan perkahwinan mereka dengan menasabkan anak zina kepada suaminya.
- Makruh: Jika isteri ialah seorang yang konsisten menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Talak itu juga tidak dijustifikasi dengan sebab yang diharuskan Syarak, atau hanya alasan yang remeh, maka hendaklah suami itu menanggungnya, dan bersabar. Dia juga digalakkan untuk bersikap baik dengan isterinya sehingga dapat pahala dan ganjaran dari Allah ﷻ. Dalilnya ialah hadis:
أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللهِ الطَّلَاقُ
Maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah cerai.”
Riwayat al-Nasaie (14894) dan Abu Daud (2178)
Dan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ، فَإِنَّ المَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ، وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ
Maksudnya: “Layanlah wanita dengan baik. Sesungguhnya wanita itu dicipta daripada tulang rusuk. Dan jika sesuatu dari tulang rusuk tersebut bengkok, dan engkau meluruskannya dengan paksaan maka engkau akan mematahkannya (atau menceraikannya, dalam riwayat yang lain). Kalau engkau membiarkan pula, maka akan terus bengkok. Maka layanlah wanita dengan baik.” Riwayat al-Bukhari (3331) dan Muslim (1468)
- Harus: Jika terdapat sebab Syarie yang diterima maka hukumnya adalah diharuskan. Lebih utama ialah suami itu menanggungnya dan berkelakuan baik kepada isterinya. Balaslah keburukan dengan kebaikan, untuk menjaga keutuhan keluarga, dan kelangsunagn rumah tangga, kebajikan anak-anak dan hubungan persemendaan.
- Haram: Hukum haram itu berbahagi kepada tiga:
- Berlaku talak ketika haid
- Berlaku talak semasa suci tetapi selepas persetubuhan
- Berlaku talak dengan sebab yang zalim, seperti seorang lelaki yang berkahwin ramai, kemudian menceraikan salah seorang daripada isterinya sebelum sempat dia memperoleh bahagiannya untuk lelaki itu tinggal bersamanya.
Berkata Imam Abu Jaafar al-Tahawi dalam Syarh Musykil al-Athar (3/417) berkenaan hadis Ibn Umar sebelum ini: “Hadis ini memiliki faedah yang menunjukkan bahawa menjadi hak seorang bapa ke atas anaknya untuk menjawab permintaannya. Begitu juga kepada ibunya maka lebih wajib dan mesti dibuat, kerana hak ibu ke atas anak melebihi hak ayah ke atas anak….Berkata Abu Ja’far: Tidak diharuskan ke atas ibu bapa untuk menyuruh anak dengan alasan yang dilarang oleh Allah untuk menceraikan isterinya. Ibu bapa hanya boleh menyuruh anaknya bercerai dengan alasan yang diharuskan Allah, bukan dengan alasan yang berlawanan dengannya.”
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, kami cenderung kepada pendapat bahawa ibu bapa mempunyai hak untuk menasihati anak-anak berkenaan urusan rumah tangga mereka, tertakluk kepada hukum-hukum yang diperuntukkan dalam Syariah Islam. Mereka juga bertangungjawab, sama seperti orang Islam yang lain, untuk melakukan amar makruf nahi mungkar apabila mereka melihat suatu jenayah dilakukan terhadap seseorang khususnya terhadap anak mereka sendiri. Tidak dianggap sebagai berdosa apabila ibu bapa memberi nasihat kepada anak-anak tentang hal rumah tangga. Malah apabila berlaku syiqaq antara suami isteri, ibu bapa kepada pasangan masing-masing berhak dilantik menjadi hakam yang bertindak sebagai orang tengah bagi mendamaikan pihak yang bertelagah; sama ada dengan cara menyelesaikan isu rumah tangga sehingga pasangan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing semula, atau membubarkan perkahwina. Semoga jawapan ini memberikan panduan kepada pihak bertanya dan sedikit sebanyak menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jemaah Diberi Masa 3 Hari Keluar Dari Makkah, Kemungkinan Sekatan Sehingga Ramadan & Terus Musim Haji
Penularan virus Coronavirus atau COVID-19 dikatakan semakin serius dengan menyaksikan orang ramai dilarang sama sekali untuk pergi ke lima negara terbabit, China, Itali, Iran, Jepun dan juga Korea Selatan.
Malah pelancong yang pergi ke sana juga terpaksa di kuarantin selama dua minggu sebelum boleh kembali dibenarkan bekerja atau keluar ke tempat awam.
Dan terbaru Arab Saudi juga turut mengeluarkan larangan kepada jemaah yang mahu menunaikan ibadah umrah di tanah suci.
Melalui laporan artikel Berita Harian, jemaah umrah diarah keluar dari Makkah dalam tiga hari bermula hari Ini.
Perkara itu dinyatakan melalui satu arahan dalam bentuk pekeliling, diterima pengendali ibadat umrah atau muassasah yang berada di Jeddah, Arab Saudi.
Semua jemaah yang berada di luar Makkah perlu ke kota itu untuk menyempurnakan ibadah umrah dan meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh tiga iaitu sehingga 8 Mac.
Arahan itu dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam pekeliling bernombor 14410709 dan diletakkan dengan notis ‘top urgent’.
Seorang pengendali umrah, Erdie Nasrullah yang menetap di Jeddah ketika dihubungi BH mengesahkan pekeliling itu yang diterimanya semalam.
“Setakat hari ini, kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah berikutan penularan COVID-19 dan syarikat penerbangan, antaranya Saudi Airlines sudah mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga April ini.
“Ramalan kami dalam kalangan orang tempatan di Arab Saudi, berkemungkinan sekatan ini akan diteruskan sehingga Ramadan dan terus kepada musim haji nanti,” katanya.
Erdie berkata, kawalan terhadap wabak COVID-19 ini dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat dua kes positif wabak itu dicatatkan di Arab Saudi.
“Jemaah semakin berkurangan setakat hari ini tetapi tidaklah sampai lengang. Cuma yang tinggal adalah saki baki jemaah yang masuk ke Makkah sebelum berlakunya penggantungan sementara visa.
“Setakat ini tidak ada kemasukan jemaah dan semua pengusaha serta pengendali umrah sedang menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sama ada penggantungan ini dihentikan atau sebaliknya,” katanya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jaga Solat, Sayangi Ibu, Rahsia Rezeki Ustaz Ebit Lew Mencurah Masuk. Kini ‘Sibuk’ Tolong Orang Susah!
Isi Kandungan
ToggleSejak kebelakangan ini nama Pendakwah Bebas yang juga seorang Cina Muslim, Ebit Lew Sangat viral.
Dalam kita sedang berdepan wabak pandemik COVID-19, Ustaz Ebit Lew juga tidak kurang mendapat perhatian.
Ini adalah kerana sifatnya yang banyak membantu golongan susah terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu terkesan dengan wabak ini.
Malah ramai tertanya-tanya dimanakan beliau memperoleh sumber kewangan memandangkan pertolongan yang diberikan begitu tinggi perbelanjaannya.
Dalam posting terbarunya di laman sosial, Ustaz Ebit Lew menjelaskan siapa beliau sebelum ini dan bagaimana memperoleh rezeki untuk disedekahkan kepada golongan yang memang memerlukan.
Bekerja lebih 10 tahun
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar.
“Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja.
Pernah share sepinggan nasi dengan kawan
“Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri.
“Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
Ada restauran dan tulis buku
“Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.
“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.
“Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim.
“Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.
Jaga solat, sayang ibu
“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad.
“Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew
ARTIKEL BERKAITAN: “Minta Maaf Semua, Setakat Ini Je Saya Berkhidmat Secara Langsung” – Ustaz Ebit Lew Umum ‘Berhenti’ Buat Kerja Amal
KREDIT FOTO: FACEBOOK & INSTAGRAM EBIT LEW
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI