Kain Buruk Jadi Sedekah Anak Yatim, Lelaki Kongsi Sikap Sebenar Orang Kita. Sayang Nak Beri Barang Elok

Share

Bukan sekali tapi sudah banyak kali hal sebegini dilaporkan di media sosial. Ia berkaitan “perangai buruk” sesetengah dari kita yang suka bersedekah kain baju tapi biasanya akan bersedekah baju yang yang sesuai dijadikan kain buruk saja.

Bukan masih elok dipakai. Kata orang asbab nak kosongkan almari saja dan apa seterusnya berlaku, itu hal mereka pada hal baju disedekahkan hanya layak dijadikan kain buruk saja.

Dikongsi dari fb, Fadamir Saad dirinya berkongsi sikap sebenar orang kita, sayang nak beri barang elok saat bersedekah.

Kasut buruk diberikan kepada orang saat sedekah, sebaiknya berilah barang yang elok kalau ada niat begitu.
Baju yang sesuai dibuat kain buruk biasanya orang suka sedekah, seolah nak kosongkan almari masing-masing

Nak rasa marah, tapi kena sabar.

Hampa tengok lah sendiri, kasut dan pakaian yang dihantar ke rumah anak anak yatim ini.

Allah, tergamak ke nak bagi mereka pakai?

Walau pun mereka anak-anak yatim, mereka juga layak pakai yang baru cantik dan elok pada pandangan mata.

Adakalanya niat kita memang cantik, memang baik, nak bagi sumbangan pada anak anak yatim tapi matlamat itu tidak menghalalkan cara. Tidak bermakna kita boleh buat apa sahaja yang kita suka, bagi pakaian lusuh yang layak dibuat kain buruk.

Orang asal di pendalaman nuh pun pandai menilai.

“Kenapa tak ambil baju itu?”.

“Tak mahu,buruk “.

Nah, tersentak aku. Bila aku lihat sendiri, ya memang lusuh, aku suruh juga ambil tapi bukan untuk di pakai hanya dibuat kain buruk habuan lap lap kepala “spark plug” bila membaiki enjin “motoboat” mereka.

Kalau nak memberi pakaian terpakai pegang konsep ini.

Berilah pakaian di mana kamu tidak muat untuk memakai lagi, masih segar warna dan baunya baru pakai sekali dua sahaja. Basuh dahulu wangi wangi pek elok2 dalam plastik, labelkan saiz dan ikut umur mudah mereka memilihnya.

Jangan diberi sebab kamu rasa warnanya sudah pudar, lusuh, zipnya tidak dapat dibaiki acap kali dipakai kamu hingga kamu menolak untuk memakainya lagi, kamu nak buat kain buruk pun kamu sayang akhirnya kamu lupuskan dengan diberikan kepada mereka demikian rupa.

Mereka bukan tidak bersyukur atas pemberian sesiapa, mereka juga ada hati untuk dijaga. Cantik pandangan mata kita tidak sama cantik pandangan orang lain.

Apa yang kita suka tidak bermakna mereka akan suka apa yang kita suka.
Moga Allah swt ampunkan kita.

Published by
almaswa Haji Che Ros