Pemergian Nukman Hj Zambri mengingatkan kepada kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam yang terkorban di Turki akibat kemalangan jalan raya kira-kira lima tahun lalu. Dalam usia 20 tahun, pemuda ini menghadap penciptanya di saat arwah sedang menuntut ilmu sama seperti arwah Ahmad Ammar.
Moga rohnya dicucuri rahmat.
Salam Takziah buat Imam Masjid Dato Sheikh Adnan Tn Hj Zambri Yunos seisi keluarga di atas pemergian anakanda tersayang di Indonesia pada 17.09.2018…
*Sedikit info berkenaan Allahyarham Nukman Hj.Zambri*
MATI ITU SEBAIK PERINGATAN
Innalillahi wainna ilaihi rojiun…
Mesej dari group wali-wali (ibu bapa) pelajar Gontor.
Nu’man merupakan pelajar senior tahun akhir di Gontor 3. Dan merupakan kini seorang guru pengabdian di Gontor. Bila wali-wali menyingkap kembali kenangan bersama anak ini, banyak jasa baiknya sepanjang menjadi santri (pelajar) di sana terutama bila menyantuni ibu bapa pelajar lain yang datang menjenguk anak masing-masing. Satu demi satu kebaikannya disebut oleh ibu ayah yang lain. Allahu…
Meninggal kerana kemalangan jalan raya. Niatnya keluar sebentar untuk menyelesaikan tiket flight adik-adik junior yang akan pulang ke Malaysia cuti bulan November ini. Namun Allah lebih sayangkannya.
Jenazah disembahyangkan oleh pak kiyai-pak kiyai, guru-guru dan seluruh santri pondok.
Alhamdulillah, ibu dan ayah serta keluarganya dari Malaysia sempat melihat jenazah sebelum dikebumikan.
Kami seluruh wali santri mendoakan moga Nu’man di tempatkan bersama para syuhada dan mendapat tempat terbaik di sisi Allah kerana musafir ilmunya di bumi Gontor ini. Ameen.
Untuk kita pula, MATI itu pasti.
Al-Fatihah.
Sumber kredit: FB: Surau Taman Penaga
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Walapun Dalam Kedaaan Terlantar Atas Katil, Ustaz Ini Tetap Semangat Tabur Bakti Ajar Mengaji
Walaupun menyedari diri serba kekurangan, tetapi tidak membataskan minat pemuda ini untuk terus mengajar mengaji, biarpun dirinya dalam kedaaan terlantar di atas katil.
Mohammad Azfar Mohd Yusuf, 31 tahun seorang yang kurang upaya fizikal bukan sahaja mengajar seorang pelajar tetapi 42 kanak-kanak berusia 5 hingga 17 tahun di rumahnya.
Dia yang lebih mesra dipangiil ustaz berkata walaupun sudah lebih 10 tahun mengajar al-Quran, namun proses pembelajaran dan menambah ilmu tetap diteruskan dengan memanggil guru agama ke rumah bagi memantapkan penguasaan.
“Dari kecil saya memang minat nak jadi ustaz tetapi pada masa itu saya tak pandai mengaji al-Quran cuma disebabkan minat saya dapat menjadi seorang pengajar selepas belajar daripada beberapa orang guru agama yang dipanggil ke rumah bagi sesi pembelajaran secara perseorangan.
“Dari mula mengajar 10 orang anak murid pada 2005, saya seronok kerana boleh sampaikan ilmu supaya berkembang dan masyarakat sekeliling dapat mengutip ilmu serta menambah kefahaman tentang al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Ria di sini.
Bagaimanapun, anak bongsu daripada tiga beradik itu bersyukur kerana bukan sahaja diberi kepercayaan oleh ibu-bapa yang menghantar anak-anak belajar mengaji dengannya malah dia peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat sekali gus menambah rakan dan kenalan.
“Disebabkan jumlah pelajar ramai, saya mengehadkan sesi belajar yang dibahagikan mengikut jam dan hari tertentu. Saya juga mengajar orang dewasa dari seluruh negara yang hubungi melalui panggilan telefon dan WhatsApp bagi memperbetulkan bacaan al-Quran.
“Saya berharap usaha saya ini menjadi inspirasi kepada semua selain berazam untuk meningkatkan ilmu serta pengetahuan dalam memantapkan penguasaan al-Quran,” katanya lagi kepada Sinar Harian.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Nak Mengaji Tak Reti.’ Doa Inilah Ibu Amalkan Dari Mula Kena Strok Sampai Sihat Semula
‘Nak mengaji tak reti.’ Doa inilah ibu amalkan dari mula kena strok sampai sihat semula.
Alhamdulillah Allah Maha Penyayang, bairpun ibu ini tidak pandai mengaji, tetapi Allah terima doanya dan sembuhkan dia daripada sakit yang dialami.
Begitulah perkongsian Ustazah Asma’ Harun tentang sebuah kisah benar yang boleh kita jadikan inspirasi dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan:
Memasak Sambil Alunkan Ayat-Ayat Suci, Untung Suami Dapat Isteri Cantik, Bijak & Pandai Mengaji
Nak Mengaji Tak Reti
“NAK MENGAJI TAK RETI, JADI DOA INILAH YANG IBU AMALKAN DARI MULA KENA STROK SAMPAILAH ALLAH IZINKAN UNTUK SIHAT SEMULA…’
Allahuakbar, sebaknya saat mendengar luahan wanita tabah ini. Dia suka gelarkan diri sebagai “Ibu”.
Jika dilihat dari luaran, kita tidak akan pernah menyangka bahawa beliau pernah lalui banyak ujian yang sangat hebat dalam kehidupan. Kemudian saya bertanya, “Kenapa ibu menangis?”
Doa Inilah Ibu Amalkan
“Ibu tak pandai mengaji, Ustazah. Tapi bila Allah uji dengan macam-macam dugaan, antaranya saat ibu kena strok teruk beberapa tahun lalu, doa inilah yang ibu sentiasa amal lepas dengar dari kuliah Ustazah.”
Lalu dia pun bacakan doa itu khusyuk sepenuh hati sambil pejamkan mata, dengan air matanya deras berlinangan, tanda terlampau hiba saat menghayati makna doa.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia, berikanlah kami kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari seksa api neraka.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 201)
Dari Mula Kena Strok Sampai Sihat Semula
Tuan Puan,
Mungkin bagi sebahagian daripada kita, ini doa yang sudah biasa kita baca hari-hari. Kadang kita baca laju tanpa hayati, lalu tak sedar betapa besarnya maksud doa ini.
Namun di sana ada seorang insan, yang tidak tahu pun untuk mengaji. Tapi saat membacakan doa yang kita rasa biasa ini, dia menangis dan membacakannya sepenuh hati. Subhanallah.
Sungguh, sangat banyak pengajaran yang saya sendiri pelajari dari sahabat-sahabat yang hadir, semuanya menjadi sebuah muhasabah dalam menempuhi kehidupan.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Setiap kali berdoa, mintalah pada Allah dengan bersungguh-sungguh. Insyallah bila tiba masanya, Allah akan makbulkan satu-persatu doa kita.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
8 Tahun Jiwa Rasa Kosong, Azuan Mazlan Syukur Diberi Hidayah Oleh Allah Sebelum Terlambat
Biasanya kita melihat atau mendengar kebanyakan selebriti wanita yang menerima hidayah. Tetapi sebenarnya artis lelaki juga turut menerima hidayah dari Allah.
Mereka ini dilihat berubah dari sisi kehidupan yang lebih baik dari sebelum itu. Salah seorang adalah pelakon Azuan Mazlan.
Siapa sangka dari selebriti yang suka memakai pakai bergaya, berjenama, berseluar pendek kini berubah 360 darjah penampilannya. Kini memilih untuk bersara dari dunia seni dan memilih gaya hidup lebih sederhana.
Leih senang memakai pakaian jubah dan serban dan menyampaikan dakwah kepada orang ramai dengan cara tersendiri atau digelar golongan tabligh.
Bercerita dalam laman sosial Facebook, bagaimana dia boleh berubah seperti yang kita lihat hari ini.
Fesyen tabligh ni kolot!! Tabligh ni pengotor!! Tabligh ni ajaran sesat!!
Assalamualaikum wbt..
Korang tengoklah gambar2 aku tu macam mana aku boleh tersesat masuk jemaah tabligh? Meh aku nak cerita..
Dari kecil aku tak belajar pondok atau madrasah. Aku dibesarkan di bandar dan penuh dengan keadaan kehidupan moden & up to date. Dari kecil Allah swt anugerahkan pada aku pelbagai bakat dari segi sukan, hiburan, seni mempertahankan diri sampailah ke fashion. Hobi aku dulu main bola sepak & futsal sehingga kerjaya aku sedikit sebanyak pun ada sikit dalam bidang ni pada awalnya tapi sekejap jer. Cinta aku pd bola sepak tetap penuh membara.
Selepas itu ditakdirkan aku jadi pelakon, banyak jugaklah aku diberi peluang utk watak2 besar sehingga watak utama. Sehinggakan satu hari tu buka setiap channel tv ada je muka aku melalui iklan tv dan drama dimainkan. Muka aku pun banyak juga menghiasi majalah2 & surat khabar. Tapi atas izin Allah ianya hanya bertahan 8 tahun saja utk aku serius dalam bidang lakonan ini dan aku sedar, aku ni pun hanya Artis suam2 kuku jer walaupun aku minat giler dalam bidang ni.
8 tahun jiwa terasa kosong
Tapi.. sepanjang menjadi Artis sendu selama 8 tahun, sebenarnya hidup aku tak tenang & jiwa aku kosong walaupun nikmat kehidupan yg aku kecapi dlm bidang glamour ini penuh dgn keseronokkan & sosiality. Selepas itu musibah demi musibah berlaku dalam hidup aku sehingga aku rasa kehidupan aku, bukan kehidupan orang islam. Jangan cerita pasal solat mmg selalu period jer , paham2 je la. Dalam sekelip mata aku hilang kesemuanya disebabkan dosa dan kejahilan aku dalam agama.
Waktu itu aku cuba2 solat sendiri kat rumah.. biasa la bila ada musibah baru nk cari Allah. Korang pun sama kan? Orang kata kalau solat semua masalah boleh selesai. Tapi aku solat makin byk masalah aku adalah.. Dan aku tak dapat rasa langsung apa itu erti nikmat ibadah? Bengong jugak aku jadinya.. Orang kata kita kena Cintakan Allah swt & Rasulullah saw.. tapi, aku dapat lakukan hanya sekadar kata2 sajalah. Nak feel lebih2 ni mana boleh sebab benda ghaib bai.. kalau cinta pada ibu atau isteri, tu lainlah cerita sbb aku nampak depan mata dan dapat peluk & pegang.
Cuba belajar solat di masjid, tetapi belum dapat feel
Dua bulan lepas tu aku cuba belajar2 solat hari2 kat masjid, aku tgk YouTube sbb ustaz kata lelaki kena solat berjemaah di masjid kalau solat kat rumah dia bukan soleh tapi solehah.. adehh.. terkena aku .. tapi aku masih belum dapat FEEL utk letakkan cinta Allah & Rasulullah di dalam diri aku walaupun dah sebulan aku solat kat masjid. Aku cuba utk feelkan solat itu seolah2 Allah tengah melihat aku solat. Tapi nothing laaa. I can’t feel it. Impossible bro.
Sehinggalah Allah takdirkan aku belajar2 join tabligh keluar 3 hari, 1day aku keluar 3 Hari aku dah rasa feelnya lain mcm sehingga aku mengeluarkan air mata sepanjang aku keluar 3 hari dan air mata ini keluar atas sebab diri aku & agama.. aku jaga nisab aku sbb ustaz2 tabligh ni ckp, aku kena jaga nisab 3 hari setiap bulan utk renew iman aku seperti mana kereta pun nk kena servis setiap bulan.. 5 bulan jugak aku jaga nisab aku.. tapi serius wehh, selepas itu baru aku dapat rasa kerohaniat dalam solat sikit demi sedikit. Jiwa Islam tu dah masuk, masa itu fesyen aku dah mula berubah sikit demi sedikit ke arah islamic.
Keluar 40 hari ke jalan Allah
Masuk bulan ke-6 aku belajar keluar 40 hari di jalan Allah swt utk aku belajar2 korban. Nak tahu jgk betul ke ustaz2 tabligh ni kata kat situ ada bantuan Allah swt? Aku try tambah korban Masa aku utk Allah, tapi mmg betul pun sbb waktu tu aku takde duit nak keluar ke sarawak selama 40 hari. Karkun2 ni cakap jaga Amal insyaaAllah bantuan Allah akan sampai.
Benda yg kita tak pernah buat mana kita nak yakin dan percaya, tp aku cuba2 jela.. Sumpah demi Allah weh!! Aku jaga Amal ada saja bantuan Allah swt pd aku sebelum ke sarawak. Waktu itu keyakinan aku pd pertolongan Allah Makin bertambah, mmg betullah Alim Ulama cakap, lagi banyak Kita korban Masa, diri, harta kita di jalan Allah lagi banyak bantuan Allah & nusrah Allah yg kita dapat. Byk giler ilmu agama yg aku dapat dan barulah aku rasa diri aku ini Islam yg belajar2 hidupkan Sunnah Rasulullah saw.
Selepas aku habis keluar 40 Hari di sarawak, kehidupan aku mula berubah sedikit demi sedikit sehingga pakaian aku pun dah berubah mirip2 seperti Rasulullah saw.. Malah rezeki aku pun makin bertambah seperti air sungai yg mengalir. Allah campakkan dlm diri aku, aku jadi sayang pada jubah, serban, kayu sugi, kain reda, makan dalam talam, solat berjemaah, aku mula sayangkan masjid/surau dan paling utama baru aku dapat rasa cintakan Rasulullah dan terasa betul2 takut pd Allah swt. semuanya totally change bro in my life..
Dulu aku sukakan fashion2 urban bro, aku suka pakai seluar pendek yg nampak aurat kaki aku ni & semua fashion2 aku dulu up to date.. Skrg ni aku jaga giler2 aurat aku dan semua amalan aku, sehingga aku takut nak buat satu dosa. Kalau korg nak tahu, doa kita Allah akan makbulkan dgn segera & cepat, jangan kita langgar satu pun perintah Allah, Cuba tahan nafsu!!, kerana nafsu kita ini selalu di kawal oleh syaitan… Pastikan juga doa kita tu utk kebaikan akhirat kita atau ummat islam. Kalau doa kita lebih kpd kepentingan nafsu maka Allah swt tak makbulkan. Giler laaa aku pun tak percaya Allah boleh ubah aku jd mcm sekarang ni, totally change.
Tekad belajar cara Nabi SAW & tak nak tinggal sunnah
End up, aku nekad nak belajar2 tiru cara nabi saw & aku taknak tinggal satu pun sunnah Nabi saw dlm kehidupan aku kerana aku sayangkan sunnah. Baru aku tahu betapa besar nikmat cintakan pada Allah swt & kekasihnya Rasulullah saw. Selepas sebulan balik dr sarawak aku terus keluar 4 bulan ke India tanpa aku ragu2 tanpa aku ada sesen pun kat poket seluar dan akaun bank aku.
Di sebabkan aku dah belajar2 yakin dalam tempoh 40 hari dari masjid ke masjid, dari pintu ke pintu rumah aku ketuk maka tiada masalah bg aku tentang duit atau apa saja mengenai keperluan aku didunia sebab aku yakin Allah swt akan tunaikan janji-Nya seperti di dalam surah Al-Ankabut ayat : 69 (Orang2 yang bersungguh2 bantu agama Kami, maka Kami akan bagi bantuan & pertolongan kepadanya).
Kini, aku belajar2 sediakan hidup aku untuk agama Allah dan aku nk menjadi anak panah Allah utk dihantar ke semua pelusuk dunia seperti sahabat2 Nabi saw demi melihat agama ini di kemuncak.. Setelah byk belajar praktikal Iman Yakin (bergantung hanya pd yg Satu) pada Allah swt dan sewaktu keluar di jalan Allah swt dalam majlis taklim seperti halaqah Al-Quran & bacan hadis2 melalui Kitab taklim Fadhilat Amal, Muntakhab Hadis, Fadhilat sedekah & kitab Hayatus Sahabah yg dibacakan setiap hari selama 4 jam ianya menjadi asbab aku sayangkan agama ini melebihi diri aku sendiri.
Asbab jemaah tabligh sebagai pembawa rahmat dekatkan manusia pada Allah
Aku berani cakap, korang kena tahu Allah swt jadikan asbab jemaah tabligh ini sebagai pembawa rahmat utk mendekatkan manusia kpd Allah swt, jalan kerja yg mirip2 ikut tertib Rasulullah saw utk sebarkan Islam dan bantu agama Allah swt di waktu Kebanyakkan orang lalai & sibuk mencipta dunia mereka sendiri.
Disebabkan usaha tabligh inilah bala besar Allah swt belum diturunkan lagi.. kerana usaha ini mirip2 cara kerja dakwah Nabi saw yang telah lama ummat Islam tinggalkan.. Dan usaha ini telah banyak membawa manusia yg jahil & rosak menjadi dekat dan taat pada perintah Allah serta sayangkan Sunnah Rasulullah saw. Kalau korang nak org2 lelaki korang dapat jaga solat & menjadi lelaki yg taat pd perintah Allah swt, inilah saja cara yg terbaik.
*Kalau rezeki perlu di cari, hidayah kembali pd Allah swt lagilah kena dicari untuk selamatkan diri dari Neraka. Kerana hidayah itu perlu diusahakan dan Hidayah itu sangat Mahal disisi Allah swt.
Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah, Hidayah Itu Milik Allah” – Ringkas & Penuh Kesyahduan Di Majlis Pengislaman Kundang Peribadi Raja Permaisuri Agong
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI