“Kalau 2 Waktu Tak Nampak Ke Masjid, Itu Tandanya Saya Sudah Meninggal”! Apa Dikata Syeikh Ini Jadi Kenyataan

Share

Tiada apa lebih dari bersyukur sekiranya di dunia ini kita disayangi ramai orang. Ia bertitik tolak dari perbuatan kita yang mungkin menyenangkan, sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling sekaligus menjadikan diri kita disayangi semasa masih hidup mahu pun sudah meninggal dunia.

Sebab itulah orang alim selalu berpesan, jadikan perbuatan baik sebagai cara hidup. Jadikan ia habit dalam kehidupan kita. Insya Allah, bila meninggal, dalam keadaan baik.

Inilah yang terjadi kepada seorang Syeikh yang meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia tetapi berita kematiannya menjadi sebutan ramai di Palestin.

Ini kerana sepanjang hayatnya, tanpa pernah jemu selama 40 tahun dirinya sentiasa tiba di masjid berhampiran rumahnya sebelum azan. Malah Syeikh ini sempat berpesan kalau tidak nampak dirinya bersolat dua waktu berturut-turut, itu tanda dirinya sudah meninggal dunia.


Dipetik perkongsian dari Yaffa News 48, dikongsikan,

Syeikhi ini tinggal seorang diri di sebuah kampung berdekatan masjid. Beliau mempunyai amalan yang mulia iaitu istiqamah sampai ke masjid sebelum azan selama 40 tahun.

Suatu hari beliau berpesan,

"Sekiranya saya tidak menghadiri dua solat wajib berturut-turut di masjid, ketahuilah bahawa saya sudah meninggal di rumah."

Tidak lama selepas itu, di hari Jumaat ternyata beliau tidak hadir berjemaah lalu penduduk mencari beliau di rumah dan mendapatinya sudah meninggal dunia.

Indahnya bila orang menyedari kita telah meninggalkan dunia kerana terputus amal kebaikan kita.

Jangan suatu hari kelak orang di sekeliling kita bersyukur apabila kita mati kerana ketika hidup kita sentiasa menyakiti orang lain!

Sumber: Yaffa News 48.

Published by
almaswa Haji Che Ros