Kerohanian

“Kalau Ada Kedai Makan Pasang Selawat, Jangan Pasang Al-Quran. Bukan Adabnya”-Ustaz Wadi Annuar

Share

Sering kali bila makan ke restoren kita diperdengarkan dengan alunan ayat suci al-quran.

Pada masa yang sama suasana di restoren amat bising dengan pengunjung berbual sesama sendiri, bergelak ketawa dan langsung tidak mendengar bacaan ayat al Quran ini.

Ia sangat bertentangan dengan adab ketika mendengar bacaan al-Quran yang mana kita haruslah diam dan menghayatinya sebagaimana firman Allah SWT:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Perkara ini juga ditegaskan oleh Ustaz Wadi Annuar yang menganjurkan kedai makan memasang bacaan selawat dan bukannya bacaan ayat al-Quran bagi menjaga adab.

“Jika ada kedai makan, pasanglah selawat, jangan pasang lagu nanti tanggung dosa.
Bacaan ayat al Quran pun jangan pasang, kerana tidak menghormati al-Quran.

“Sebab bila pasang al-Quran kita wajib diam dan wajib hormat. Tak boleh waktu itu nak menggoreng, nak bersembang dan sebagainya dalam kedai. Bukan adabnya. Kalau ada kedai makan pasanglah selawat,”pesan beliau.

 

Published by
Team Kashoorga