Gempar apabila gula-gula kesukaan ramai White Rabbit yang banyak dijual di kedai murah seperti Kedai RM2 ini rupa-rupanya telah disahkan tidak halal. ini adalah kerana gula-gula ini mengandungi gelatin babi.
Menurut laporan berita di TV Al-Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang dihubungi secara langsung mengesahkan bahawa gula-gula berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan mengandungi gelatin babi dan gelatin lembu.
Jadi bagaimana dengan status kita yang telah lama makan gula-gula berperisa susu yang diimport dari China yang mana pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah menerima permohonan sijil halal dari gula-gula susu White Rabbit ini.
Menjawab persoalan dan keraguan pada kita yang telah makan gula-gula ini sejak dulu, menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin jika sudah termakan, terasa dan akan terkenyang.
“Dalam hal ini Nabi ada menyebut, Allah mengangkat dosa orang yang terlupa dan tertidur. Inikan pula sebab seseorang itu tidak tahu sehingga dia diberitahu. Samalah kes dengan kita yang selama ini sedap makan gula-gula susu White Rabbit ini.
“Jadi apa yang boleh dilakukan adalah dengan beristighfar sahaja. Dan untuk mengelakkan kita berhadapan situasi ini lagi, tinggalkan terus makanan yang ada keraguan tentang status halal. Kita juga boleh menyokong #BuyMuslimFirst yang sudah tentu status halalnya diyakini,” tambahnya.