Kalau Dah Namanya Rezeki. Walaupun Status OKU, Azmi Caliph Busker Berjaya Beli Rumah Sendiri!

Share

Siapa yang tidak mengenali vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat, 33 tahun yang memegang status Orang Kelainan Upaya.

Biarpun OKU, namun Azmi diberi anugerah luar biasa apabila dikurniakan suara yang sangat sedap di halwa telinga.

Malah status OKU ini tidak pernah menghalang dia untuk maju kehadapan, sebaliknya terus berusaha untuk berjaya seperti insan normal lain.

Menurut Azmi dalam artikel di Sinar Harian

, sejak bergelar artis dia nyata dapat mengembangkan bakat nyanyian dan muzik pada ruang lebih besar.

“Kalau dulu, saya hanya menyanyi di jalanan dengan kelompok peminat yang kecil. Malah saya hanya melakukan rutin yang sama kerana keterbatasan diri.

“Bila masuk industri, kehidupan berubah 360 darjah. Banyak peluang orang bagi untuk saya bawa bakat sejauh mana yang mampu tanpa sebarang prejudis,” ujarnya.

Berjaya beli rumah sendiri

Malah dengan usaha dan kesungguhan tanpa jemu ini, Azmi mampu tersenyum dan bersaing secara terbuka dengan rakan lain.

Banyak perubahan telah berlaku dan katanya jika dulu pendapatan hanya cukup makan tetapi kini dia mampu membeli rumah sendiri yang bakal siap tidak lama lagi.

“Sekarang, alhamdulillah saya berjaya membeli rumah sendiri dan bakal siap untuk diduduki tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, saya juga dalam proses mengumpul barang-barang muzik untuk keperluan studio milik saya sendiri nanti.

“Kalau tak berada di sini hari ini, mungkin impian untuk buka studio tidak akan terlaksana,” luah Azmi yang pernah mencari rezeki menerusi kerja mengurut.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AZMI

Artikel Berkaitan: Berkat Sayang Isteri , Rezeki Azmi Caliph Buskers Terus Murah

Published by
Siti Zurina Mat Saman