Kalau Duduk Serumah Dengan Abang Ipar, Wanita Memang Kena Bertudung Litup 24 Jam Ke?

Share

Kalau duduk serumah dengan abang ipar, wanita memang kena bertudung litup 24 jam ke? Kalau balik sekejap-sekejap, mungkinlah tidak menjadi masalah untuk menutup aurat penuh.

Tetapi bayangkan jika seorang wanita memang tinggal dengan keluarga mentua dan abang ipar. Sudah tentu agak sukar untuk menutup aurat sepanjang masa.

Ikuti perkongsian Husna Ghani berkaitan isu ini:

Artikel Berkaitan:

Peguam Syarie Kongsi Bahana Adik Ipar Tinggal Serumah, Isteri Baru Bersalin Mengaku Anak Bukan Dari Benih Suami

Kalau Duduk Serumah

Hukum Tinggal Serumah dengan Abang Ipar

Kalau duduk serumah dengan abang ipar, memang kena tutup litup semua ke, jenuhlah nak pakai stokin tiap masa dalam di dalam rumah bukan.

Tidak dinafikan, dalam mazhab Imam Syafie, kaki perempuan ini masih dikira aurat dalam keadaan apa sekalipun tapi sebenarnya ada jalan keluar untuk masalah ini.

Dengan Abang Ipar

Menurut Dr Abdul Karim Zaidan, dia tarjih pandangan yang paling kuat, kita ini sebenarnya dberikan keringanan untuk singkap aurat semasa bekerja contohnya ketika kita mencuci pinggan.

Namun begitulah tidaklah kesemua, jika bahagian tangan hanyalah dari hujung jari hinggalah ke pangkal lengan dan juga kaki. Jadi kalau abang ipar ternampak aurat kita pada ketika itu dimaafkan pada syarak.

Kaedah fiq ada sebut, ‘kepayahan membawa kepada keringanan’. Tapi jangan pula kita ambil mudah keringanan ini kerana hanya dibenarkan seorang wanita membuka pada bahagian kaki dan lengan sahaja.

Wanita Memang Kena

Ada pun kepala, rambut, semua ni kita wajib tutup ya seperti kebiasaanya. Elakkan diri daripada berkemban di depan abang ipar sedangkan kita dan abang ipar ialah larangan muaqqat.

Info 1:
Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal. Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada.

Hukum ini dapat dilaksanakan khusus buat mereka yang tinggal serumah saja. Jika abang ipar itu sekadar menyinggah atau ziarah sekali-sekala, kita masih kena tutup aurat, full macam biasa.


Hukum Tinggal Serumah Dengan Abang Ipar

Sesungguhnya, ipar-duai turut tidak dibenarkan berkhalwat (berdua-duaan) apatah lagi bersentuhan kulit, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita.

Lalu seorang lelaki Ansar berkata:
Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar?

Baginda bersabda:
Ipar adalah maut,” – Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim (2172).

Wanita perlu lebih berhati-hati menjaga diri dan aurat ketika berada dalam satu rumah dengan ipar lelaki kerana fitnah bersama al-hamwu lebih besar dan berbahaya.

Baca Di Sini:

‘Isteri Enggan Serumah Dengan Mentua.’ Suami Wajib Sediakan Tempat Tinggal Yang Tidak Bercampur Dengan Orang Lain

Bertudung Litup 24 Jam Ke?

Adapun kalau hanya berdua dengan ipar-duai tanpa ada kehadiran mahram lain adalah dilarang oleh syara’ dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (saddu zara’ii).

Larangan ni sebagai langkah berja-jaga daripada timbul sebarang kerosakan (mafsadah) yang lebih besar pada masa akan datang.

Info 2 : Mahram yang dimaksudkan adalah daripada pihak perempuan bukannya lelaki

Kashoorga: Islam ini memudahkan, tapi jangan pula kita mengambil ringan dalam bab aurat.

Sumber: Instagram Husna Ghani

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat