
Isi Kandungan
ToggleSiapa tidak kenal dengan penyanyi popular dari Tanah Seberang, Indonesia, Mulan Jameela.
Bukan sahaja kerana keunikan suaranya yang sedap mendendangkan apa juga lagu, tetapi juga penampilannya yang sangat seksi.
Tetapi itu dulu. Kini penyanyi yang popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ ini sudah jauh berubah dari segi penampilannya.
Tidak ada lagi pakaian seksi mendedahkan bentuk tubuh, sebaliknya Mulan Jameela kini lebih selesa menggayakan busana yang menutup aurat.
Dia kini memilih pakaian yang lebih longgar dan sedap mata memandang serta berstoking. Malah isteri kesayangan Ahmad Dhani ini turut menutupi seluruh rambutnya dengan hijab labuh dan sangat menyelesakan.
Ternyata Mulan Jameela kelihatan sangat manis dengan gaya Muslimah sejati.
Hampir setahun yang lalu Mulan Jameela diberi hidayah oleh Allah dan sejak itu dia lebih senang memilih gaya yang sopan dan santun sesuai dengan dirinya sebagai wanita Muslimah.
Namun begitu, gayanya tetap kelihatan stailo dan keistimewaannya dia boleh bersolat terus tanpa menggunakan kain telekung.
Selain itu, Mulan Jamela juga dilihat rajin menyampaikan dakwahnya di media sosial kepada followernya berjumlah lebih sejuta di laman Instagram.
#1
#2
#3
#4

#5
#6
#7
#8
#9
#10
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Ibu, Ayah Nasihat Tunai Tanggungjawab.’ Pelajar Tingkatan 2 Bayar Zakat Perniagaan RM 10K

Isi Kandungan
Toggle‘Ibu, ayah nasihat tunai tanggungjawab.’ Pelajar tingkatan 2 bayar zakat perniagaan RM 10K. Kecil-kecil dah kaya, murah betul rezekinya.
Alhamdullah, dia tidak lupa menunaikan tanggungjawab apabila gadis ini mengambil inisiatif membayar zakat biarpun masih muda dan bersekolah.
Artikel Berkaitan:
Perniagaan Rugi, Perlukah Bayar Zakat Juga? Kena Tahu Supaya Bisnes Berkat
Ibu, Ayah Nasihat
Seorang pelajar berusia 14 tahun tampil membayar zakat perniagaan berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) minggu lalu.
Bayaran zakat perniagaan bagi tahun 2022 itu dibuat oleh Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.
Tunai Tanggungjawab
Menurut, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya yang merupakan pengasas produk pemakanan Bebycurf, dia terkejut mampu mencapai jualan sebanyak RM400,000 sejak berada di pasaran pada September tahun lalu.
“Sepanjang empat bulan, produk saya sudah mencecah jualan sebanyak itu (RM400,000),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Pelajar Tingkatan 2
Di samping itu, jelas Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya, melihat kepada nilai jualan, ibunya, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin dan ayahnya, Mustaman Che Yusof memberi nasihat supaya menunaikan tanggungjawab dengan mengeluarkan zakat.
Ujarnya, tanpa berlengah dia terus berbuat demikian dengan melaksanakan salah satu Rukun Islam iaitu berzakat dengan MAIK.
“Alhamdulillah, saya lega dapat berbuat demikian dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan,” katanya.
Bayar Zakat Perniagaan RM 10K
Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya memberitahu, dia tidak menyangka perniagaan yang bermula di TikTok itu mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Dia berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan penuh kepada produk keluarannya itu.
Sementara itu, Bibi Hasnalinda berkata, dia terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya itu untuk berzakat.
Dalam masa yang sama, dia berharap usaha tersebut dapat menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama berzakat.

Baca Di Sini:
Kasihan Ibu Tua, Bantuan Zakat Lesap Dicuri Anak Dalam Diam- Amil Zakat
Kashoorga: Semoga Allah menggandakan rezeki Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya. Terbaik!
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
30 Tanda Orang Yang Perlu Segera Dirukyah

Pernah tak kita kenali orang terdekat yang perlu dirukyah? Orang yang perlu dirukyah mempunyai tanda-tanda tertentu dan ia selalu dikaitkan dengan gangguan makhluk halus.
Gangguan syaitan atau jin bukanlah perkara asing. Malahan kita wajib mempercayai akan wujudnya makhluk halus ini.
Kejadian dirasuk, ditindih jin, disampuk dan segala macam keanehan tingkah laku manusia yang kelihatan luar daripada kebiasaan banyak dikaitkan dengan angkara makhluk halus.
Banyak faktor yang menyebabkan seseorang terkena gangguan syaitan atau jin ini, antaranya sihir, santau, melalui kawasan ‘larangan bunian’, bercakap yang tidak sepatutnya di dalam hutan atau di kawasan terpencil serta banyak lagi. Akibatnya, penderita akan mengalami perubahan sikap dan jatuh sakit.
Jika dirujuk ke pihak perubatan, doktor pun tidak dapat menemui punca masalah. Biasanya apabila ini terjadi, keluarga penderita akan mendapatkan khidmat rawatan cara Islam.
Dalam hal ini, si penderita umumnya menampakkan terkena gangguan syaitan atau disihir dan santau.
Rawatan yang dilakukan secara Islam ini ialah penderita akan dibacakan surah-surah suci al-Quran tertentu atau dirukyah. Namun bukan semua penderita perlu dirukyah.
Bagaimana kita nak tahu bahawa penderita wajar dirukyah? Untuk menjawab soalan itu, di bawah ini adalah senarai yang boleh dijadikan rujukan.

Tanda-tanda penderita perlu dirukyah:
- Dada terasa sesak dan berat
- Pada bahagian tubuh tertentu terasa panas dan sakit
- Secara perubatannya, jenis penyakit yang tidak dapat diketahui dengan pasti atau tidak dapat diubati walauun telah dirujuk kepada beberapa pakar sekalipun.
- Badan kerapkali terasa begitu lemas dan tidak bertenaga di waktu-waktu tertentu
- Mengalami rasa mengantuk yang luar biasa
- Mengalami kesulitan tidur di luar kewajaran
- Sering lapar meskipun telah makan sebelumnya
- Salah satu atau seluruh anggota tubuh melakukan gerakan-gerakan tertentu tanpa disedari
- Emosi yang tak terkendali seperti mudah marah atau kerap membesar-besarkan masalah
- Kerap berada dalam keadaan tidak sedarkan diri
- Ketika membaca atau mendengarkan ayat-ayat suci Al Quran, tubuh mengalami pelbagai reaksi seperti tubuh bergetar, seperti adanya hawa dingin yang merasuk tubuh, merasakan ada sesuatu yang berjalan di dalam tubuh, beberapa bahagian tubuh mengalami kedutan, jantung berdebar keras, kesemutan dan sesak nafas
- Dalam berbagai macam keadaan, baik santai atau sibuk, terucap begitu saja perkataan-perkataan tanpa disedari
- Malas menjalankan ibadah sebagaimana perintah agama seperti solat fardhu, puasa dan lain-lain.
- Timbulnya rasa keraguan terhadap ke Esaan Allah SWT dan kebenaran ajaran yang dibawa Rasulullah SAW
- Tiba-tiba lupa akan sesuatu hal
- Sering naik bulu roma tanpa diketahui sebabnya
- Lebih suka menyendiri
- Merasa tidak tenang jika ada seseorang yang membaca al-Quran
- Adanya perasaan benci yang timbul jika ada seseorang membawa al- Quran
- Kerap melihat sosok makhluk halus yang menampakkan diri
- Merasa asing dengan dunia sekitar
- Merasa pelik atau berbeza ketika melihat diri sendiri di cermin
- Terdengar bisikan-bisikan yang menyimpang dari al-Quran dan hadis Rasulullah SAW
- Terhalangnya jodoh; seringkali hubungan putus tengah jalan.
- Terhalangnya rezeki
- Adanya gangguan di sekitar rahim, ginjal, dan prostat
- Sering bermimpi buruk seperti didatangi binatang buas, berhubungan badan, jatuh dari tempat tinggi atau mimpikan orang yang sama secara terus menerus
- Merasa ada yang mengikuti atau mengawasi
- Sulit bangun pagi atau sulit bangun untuk solat subuh
- Selalu merasa gelisah, takut dan resah
Wallahu a’lam.
Artikel berkaitan: Jangan Suka-Suka Baca Ayat Kursi Bila Nampak Makhluk Halus Ini Pesan Seorang Ustaz
Artikel berkaitan: Sihir Ain, Pandangan Mata Yang Melumpuhkan, Kena Tahu Bagaimana Rawatannya
Kashoorga: Kita wajib mempercayai makhluk halus ini. Apabila kelihatan tanda-tanda di atas, tidak menjadi kesalahan untuk kita mendapatkan rawatan alternatif iaitu rawatan Islam. Namun, perlu berhati-hati supaya tidak berjumpa dengan bomoh yang tidak mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran. Pergilah ke pusat rawatan Islam yang diiktiraf.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
InsyaAllah Rezeki Jadi Berganda Pelihara Haiwan Kesayangan Rasulullah. Syaratnya Tak Boleh Kedekut Beli Makanan Kucing!

Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita suka memelihara haiwan peliharaan dan salah satunya adalah kucing. Kucing juga dikatakan binatang kesayangan
Rasulullah SAW dan Baginda sangat meyayangi haiwan berbulu yang comel ini.
Sebenarnya banyak kelebihan memelihara kucing kerana haiwan ini sangat istimewa dan boleh menjadi terapi buat diri kita. Malah seseorang yang memelihara kucing juga perlu ada sikap disiplin dan tanggungjawab terhadap binatang ini.
Bukan itu sahaja, dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing, malah terdapat pelbagai kelebihan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.
Selain itu juga, memelihara binatang kesayangan Rasulullah ini juga boleh mendidik kita agar menjadi seorang yang tidak kedekut. Ini kerana kita perlu berbelanja setiap bukan untuk membeli makanan dan juga barangan penjagaan kucing ini.
Seperti perkongsian Syafil Syazwan Jefri yang membela empat ekor kucing malah setiap bulanmenyediakan peruntukan tertentu untuk kucing-kucing kesayangannya.
Jadi bagi yang berminat untuk memeliharan kucing, ini beberapa perkara perlu diambil tahu. Mana tahu selepas ini anda akan dilimpari rezeki yang murah dan berganda-ganda kerana berkasih sayang memelihara kucing.
1. Makanan
Terdapat pelbagai jenis makanan kucing di pasaran cumanya, kandungan dalam makanan dan kualiti makanan itu berbeza. Sebaiknya beri kucing makanan jenis kering dan basah – bagi makanan basah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Untuk menjimatkan kos selain mempelbagaikan diet kucing, pilihan seperti ikan dan ayam rebus boleh menjadi pengganti.
2. Pasir
Pasir juga penting dan berbelanjalah lebih sedikit untuk pastikan kualiti pasir yang digunakan dapat memerangkap bau dan menggumpal sisa buangan. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa. Jangan lokek berbelanja untuk pasir berkualiti bagi memerangkap bau dan najis kucing.
3. Kos Perubatan
Ia bergantung kepada rawatan. Vaksin dan deworm boleh mencecah kos RM100 untuk seekor kucing manakala rawatan kutu juga penting, jadi jika ada peruntukan lebih boleh lakukan untuk kucing anda.
Rawatan lain yang diperlukan kucing termasuk semburan dan neutered yang harganya berbeza mengikut tempat dan jantina, anggaran antara RM60 ke RM120 (kucing jantan) dan RM100 ke RM150 (kucing betina). Jika ada bajet lebih, mengapa tidak manjakan kucing anda dengan aksesori termasuk syampu, tisu basah, putik kapas dan sebagainya.
4. Mandi Kucing

Untuk mandikan kucing, cukup sekadar seminggu sekali dan sekiranya berkesempatan cuba untuk bersihkan badan kucing setiap hari terutamanya bahagian mata, telinga dan mulut untuk pastikan tiada sebarang jangkitan atau penyakit. Sesekali, apa kata anda manjakan mereka dengan menghantarnya ke spa! Kebersihan kucing juga perlu dititikberatkan barulah bertambah comel.
5. Jaga kebersihan
Bukan kucing sahaja yang perlu dijaga – pemilik juga perlu menjaga kebersihan dengan memastikan rumah dalam keadaan bersih dan memvakum karpet atau sofa agar tiada bulu kucing melekat.
Bagi yang tinggal di kawasan perumahan, ambil kira juga faktor komuniti dan jangan kerana kecuaian atau anda mengabaikan kebersihan kucing ia menyusahkan pihak lain.
6. Air Filter
Jika anda mempunyai peruntukan lebih mengapa tidak memasang penapis udara bagi memastikan pengaliran udara dalam rumah dalam keadaan baik malah ia boleh menghapuskan bau yang tidak selesa.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI