Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT. Secara tidak langsung ibu bapa turut sama menumpang rezeki anak. Memang Allah telah tentukan setiap anak ada rezekinya. Tetapi jika tidak diusahakan oleh ibu bapa yang menjaganya maka rezeki itu tidak akan ditemui.
Maknanya, setiap rezeki yang ada pada anak tersebut harus diusahakan oleh ibu bapanya untuk mencari. Rezeki yang dimaksudkan bukanlah berbentuk harta semata-mata, tetapi boleh datang dalam pelbagai bentuk misalnya rezeki kebahagiaan, keharmonian dan ketakwaan kepada ALLAH.
Tidak dapat dinafikan ada ibu bapa yang berasa ‘takut’ apabila diberikan rezeki anak dalam keadaan mereka yang tidak bersedia. Selalunya alasan dari segi kewangan menjadi faktor utama mengapa ada pasangan yang kurang bersedia untuk menimang cahaya mata.
Bagi Datin Nur Shahida Mohd Rashid, dia juga pernah berada dalam situasi ini. Belum bersedia untuk menambah cahaya mata dek kerana kekangan ekonomi. Suara hatinya diluahkan seperti yang tercatat di Instagramnya.
*****************************************************************************************************************
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun. Waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..
Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…??….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah?…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..
(Kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..?…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita semua..
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya, seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama lagi dapat menantu?(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita…
Kesimpulannya percayalah bahawa ibu bapa perlu jaga hubungan dengan anak dan Allah. Berilah didikan seperti mana dianjurkan oleh agama dan sunahnya. Apa yang penting betulkan niat apabila mahu melahirkan ataupun mempunyai anak. Ini kerana setiap daripada mereka ada rezekinya dan ibu bapa perlu faham semua ketentuan ini.
Sumber: Instagram Nur Shahida Mohd Rashid dan Ibraheem Adham