Kalau Isteri Tak Berkira Guna Kudrat Bekerja, Bina Keluarga. ‘Suami Takkan Nak Berkira Buat Kerja Rumah.’

Share

Kalau isteri tak berkira guna kudrat bekerja, bina keluarga. ‘Suami takkan nak berkira buat kerja rumah.’

Sesungguhnya sebagai suami dan ayah yang baik, bertimbang rasalah dengan isteri yang telah banyak berpenat-lelah untuk keluarga.

Bayangkan seharian bekerja, kemudian pulang ke rumah uruskan keluarga. Ternyata bukan satu tugas yang mudah buat isteri. Lelaki ini, Ustaz Firdaus Mokhtar, berkongsi mengapa suami perlu menghargai isteri.

Artikel Berkaitan: Boleh Ke Isteri Tak Kerja Ambil Duit Suami & Beri Kepada Keluarga Secara Rahsia?

Kalau Isteri Tak Berkira

Ramai yang berkira dengan pasangan untuk buat kerja rumah. Terutama suami. Iyalah, tiba-tiba kau nak kena basuh kain, lipat baju, gosok baju anak atau kena mandikan bayi.

Sedangkan dalam masa yang sama isteri sedang siapkan kerja lain, contohnya memasak. Masa itu juga lampin anak sudah penuh. Mengembung dengan kencing dan busuk dengan bau najis. Dibiarkan sampai isteri selesai masak.

Anak tak selesa. Menangis dan merengek. Datang ke ayah dia, pujuk pujuk tak jalan juga akhirnya kena marah. Padahal anak minta dibersihkan.

Guna Kudrat Bekerja

Selalu jadikan?

Ya tuan-tuan, kita jenis nak semua kerja rumah isteri yang buat. Anggap kau dah bekerja cari duit ribu-ribu, urusan anak kau letak tepi. Semua kerja rumah kau serah pada isteri. Pandai-pandailah isteri buat semua.

Sampai kadang kau lupa, isteri itu juga baru balik kerja. Dah gaji kau rasa tak cukup. Kau pun izinkan dia kerja. Setiap bulan tampung juga belanja sikit-sikit.

Kawan-kawan, kalau isteri tak berkira untuk guna kudrat dan masa dia untuk bekerja dan bersama-sama kita membina keluarga, takkan kita berkira untuk buat sedikit kerja rumah.

Bina Keluarga

Masa dua-dua ada di rumah, kerja rumah kita bahagi-bahagi lah. Bukan lah sampai perlu buat pembahagian dan perjanjian, tidak. Tapi kesedaran sendiri. Common sense orang kata.

Waktu isteri memasak, dia perlukan masa untuk sediakan semua dalam kadar segera. Kau juga yang nak makan. Waktu itu, anak-anak ada dan perlukan perhatian. Siapa nak ambil tugas ni? Kau lah.

Selesai waktu makan, pinggan mangkuk dan periuk kuali semua belum bercuci. Anak kecil sudah mula cari mak dia, nak apa pun tak tahu. Yang penting anak nak mak dia waktu itu. Siapa yang nak basuh semua tadi dan kemaskan sikit dapur? Kau lah.

Baca Di Sini:

Jodoh Adalah Ketentuan Allah. “Jika Mampu Dipilih, Tiada Isteri Mahukan Suami Berperangai Buruk.’

Sunat Anjurkan Majlis Kahwin, Tapi Atur Elok-Elok. ‘Viral Pengantin Bertudung, Menari Beramai-ramai Macam Disko.’

Suami Takkan Nak Berkira Buat Kerja Rumah

Kadang ada malam yang isteri kau sakit-sakit badan dan pening akibat penat bekerja. Ubat dia tidur awal lah. Baju kerja kau tak bergosok lagi. Eh, baju kerja dia pun belum siap. Apa salahnya kau ambil baju untuk kerja esok, kau gosoklah.

Sedara sekalian, begitulah hidup rumah tangga. Dua-dua bersatu membentuk rumah tangga. Kalau mampu, kau gajikan lah pembantu rumah.

Kalau tak mampu, kau buatlah sama-sama. Itu sahaja solusi sebuah rumah tangga.

Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Suami juga.

Kashoorga : Bila sama-sama berkorban untuk rumah tangga, insyallah bahagia hingga hujung nyawa.

Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar

Published by
Nur Syazwani Mehat