Dahulu, jika ada masalah, kita akan curah perasaan pada orang terdekat seperti suami, isteri, adik beradik, kawan, kaunselor atau sesiapa sahaja, dengan harapan dapat melepaskan tekanan. Hari ini, peranan itu kemudiannya dipermudahkan dengan adanya sosial media.

Nampaknya, kita menggunakan sosial media untuk meluahkan segalanya. Curahan hati itu pula ada yang ditulis secara terus terang dan ada dengan cara memberi simbol atau isyarat tidak langsung.

Kalau Mahu Curah Perasaan, Beritahu Allah Sahaja Bukan Sesiapa

Artikel berkaitan: Rebut 10 Pahala Besar Kerana Menyantuni Anak-anak Yatim

Artikel berkaitan : Walaupun Gaji Kecil Janda Enggan Tuntut Nafkah, “Allah Maha Kaya, Tuntut Sahaja DenganNya”

IKLAN

Namun hakikatnya masalah yang dihadapi sedikitpun tidak berjaya menyelesaikan masalah malahan bertambah buruk kerana curahan hati di sosial media bermakna kita menelanjangi kehidupan kita kepada orang luar yang kita tidak kenal secara dekat dan mereka juga bukan ahlinya.

Lantas bagaimana untuk melepaskan segala apa yang terbuku dalam hati? Kepada siapa wajar dicurahkan?

Kita ikuti penjelasan pendakwah terkenal Indonesia iaitu Habib Ali Zaenal Al Kaff berkaitan curahan hati ini.

IKLAN

Kalau Mahu Curah Perasaan, Beritahu Allah Sahaja Bukan Sesiapa

Pesan ulama,”Walaupun seorang isteri, jangan pernah menceritakan kisah lama kamu kepada suami kamu. Walaupun kamu seorang suami, jangan perasan untuk kelihatan romantik dengan menceritakan masalah kamu, keburukan kamu, kisah silam kamu yang buruk kepada isteri kamu kerana, tidak ada tempat curahan hati yang lebih baik kecuali Allah SWT,”

Allah Maha Menutupi segala keburukan atau aib kita. Tapi kalau manusia? Manusia punyai banyak kelemahan, apatah lagi mudah tercuit apabila dihasut dan digoda syaitan.

IKLAN

“Pasti di saat dia berasa benci atau marah pada kamu, segala sesuatu tentang keburukan kamu akan disebarkan. Itu lah manusia. Makanya jangan pernah menceritakan apa pun keburukan kamu atau kisah silam kamu kepada orang lain,”

Hakikatnya apa pun juga dosa dari kisah silam kita, Allah pasti akan hapuskannya. Jangankan dosa kecil, dosa besar sekalipun akan dimaafkan, dengan syarat, kita datang kepada Allah dengan hati ikhlas bersama tiga syarat berikut :

  1. Menyesali perbuatan itu
  2. Tidak mengulangi kesilapan atau kesalahan itu
  3. Ada kemahuan kuat untuk tidak mengulanginya lagi dan meninggalkannya terus.

Pada saat itu, maka Allah pasti akan mengabulkan doa kita. Allah SWT pasti akan menerima taubat kita.

Kashoorga : Berbeza keadaanya masyarakat kita hari ini lebih suka curah perasaan dalam sosial media. Elakkan lah daripada mengadu di mana –mana platform sosial media. Mengadu lah kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI