Dalam keadaan ekonomi sekarang, isteri ‘terpaksa’ keluar bekerja bagi membantu meringankan tugas suami. Apabila isteri keluar bekerja maka beban tugas isteri semakin bertambah. Maka sebab itulah para suami perlu bijak memainkan peranan bagi meringankan beban isteri yang turut keluar bekerja mencari nafkah.
Para suami perlulah bertimbang rasa. Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah, barulah rumah tangga akan kekal harmoni.
Berikut perkongsian Firdaus Shakirin tentang tanggungjawab suami dalam rumah tangga.
“Awak keje, saya keje”
“Awak keje utk menanggung keluarga, saya keje utk membantu meringankan beban awk sahaja…”
“Tapi kenapa awk perlu jadi RAJA dalam rumahtangga? Balik je keje, terus minta itu ini, nak itu ini…saya pun baru balik keje, baru ambik anak…xsempat tukar baju lagi…xsempat mandi lagi…rehat pun tak…tapi awak balik je, terus tanya kenapa tak masak lagi, kenapa rumah tak kemas lagi, kenapa anak2 xmandi lagi…”
Tuan-tuan yg dihormati, kalau tangan tu tak membantu, mulut jgn jd mcm hantu…
Hidup sebagai suami isteri ini indah bila ada toleransi…tolak ansur…apabila isteri bekerja, beliau tetap berusaha menjadi seorang ibu utk anak-anak kita dan dalam masa yg sama, berusaha menjadi seorang isteri yg baik utk kita. Janganlah membebani mereka dgn sesuatu perkara yg kita juga boleh lakukan dgn sendirinya…
Sebagai contoh :
– kita balik awal, sampai awl di rumah, kita kemaskan apa yg patut, buat kje umah, basuh baju, sidai baju…
– kita bungkuskan siap-siap makanan dlm perjalanan blk ke rumah tu, nanti isteri cuma perlu panaskan…
– kita nak minum air panas, tapi isteri sibuk dgn anak2, maka kita bancuh sendiri….
– Isteri nak mandi, nk solat, maka kita jaga anak2, bg isteri masa utk bersiap dan berehat…
Walaupun sebaik-baik tempat utk isteri itu adalah di rumah, tapi apabila dia memilih utk bekerja dgn niat membantu kita, maka kita cubalah membantu memudahkan urusan dirinya…
Jangan lupa bertanya, “Macam mana hari ini, ok ke di tempat keje?”…ianya antara soalan yg dinanti oleh isteri dan kemudiannya, jadilah pendengar yg setia, dengar luahan dan cerita nya. Walaupun nampak mudah, tapi tak ramai suami yg tahu apa yg terbuku dihati seorang isteri..
Hargai pengorbanan isteri supaya dia rasa usaha dia tidak sia-sia…jgn smpai hilang keikhlasannya utk berbakti kpd suaminya…
Kesimpulannya dalam sesebuah rumah tangga, mesti ada sikap toleransi. Ia amat penting bagi memastikan perjalanan rumah tangga kekal rukun dan damai.
Sumber kredit: FB: Firdaus Shakirin