Dalam satu hadis, Muaz bin Jabal bersama-sama Nabi SAW dalam satu perjalanan.
Pada satu pagi, beliau berada dekat dengan Baginda dan bertanya: “Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku amalan yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka?”
Baginda menjawab: “Demi sesungguhnya kamu bertanyakan kepadaku sesuatu yang agung padahal sungguh ia adalah perkara mudah bagi orang yang Allah jadikan mudah baginya iaitu: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan berhaji ke Baitullah.”
Berikut perkongsian Muhd Kamil Ibrahim
IKATAN JAHAT
Mahukah kita menjadi ahli syurga?
Jika mahu kita kena bijak dan pintar – dengan izinNya – dalam mengatur kehidupan siang dan malam. Ahli syurga sangat bijaksana di dalam mengatur amal ibadatnya. Jika sibuk di waktu siang, perbanyakkanlah amalan di waktu malam.
Jika tidak biasa maka bermulalah ketika masih ada tenaga dan sisa waktu. Allah .. Ya Allah … rasailah nikmatnya yang tidak terperi. Namun bangun malam sering terdapat halangan. Hadis sahih Muslim (Jilid 2) ada mencatatkan,
Abu Hurairah r.a. berkata yang Nabi SAW bersabda: “Syaitan membuhul ujung rambutmu tiga buhul. Apabila kamu tidur dengan ketiga buhul itu maka kamu akan tertidur sepanjang malam.”
Jika kamu terbangun lalu kamu menyebut nama Allah, maka terurailah satu buhul. Bila dia berwuduk, terurailah buhul kedua, dan bila dia solat terurailah semua ikatan lalu dia merasa segar dan bersemangat.
Iblis dan syaitan ada mengganggu. Namun mereka tidak pernah berkuasa. Berapa ramai yang tidak mahu begitu walaupun ketika berumrah dan berziarah? Kita lebih suka memilih untuk diikat olehnya.
Sumber kredit: Muhd Kamil Ibrahim
VIDEO KASHOORGA: