Belum bertemu jodoh lagi? Lantas apa usaha yang sudah dilakukan selama ini? Hanya diam termenung di kamar tanpa berbuat apa-apa?

Sudah berusaha tapi jodoh yang dinantikan tidak kunjung tiba? Mungkin kamu kurang berdoa.

Tiga doa ini boleh menjadi amalan yang patut kamu cuba dan boleh mendekatkanmu dengan jodoh idamanmu. Doa- doa ini berasal dari Al-Quran.

Kalau Mahu Jodoh Idaman Datang Mendekat, Amalkan Je Baca Tiga Doa Pendek Ini

1.Surah Al-Anbiya’ ayat 89

رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَ أَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ (Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul waaritsiin)

Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”

IKLAN

Kisah doa ini bermula dari cerita Nabi Zakaria yang tak kunjung diberikan keturunan setelah hidup puluhan tahun lamanya. Kemudian, doa ini sering digunakan untuk memohon agar didekatkan dengan jodoh. Buat mereka yang masih sendiri, boleh amalkan doa ini ya!

2.Surah Al-Furqan ayat 74

رَبَّنَا هَبْلَنَا مِنْ أَزْوَاجِنِا وَ ذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ (Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzuriyyatinaa qurrota a’yun)

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan dari kalangan kami sebagai penenang hati.” 

IKLAN

Bagi sebahagian orang mungkin sudah biasa dengan doa ini kerana sering digunakan dalam bacaan setelah solat (bacaan: wirid).

3. Surah Al-Qashash ayat 24

رَبِّ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرِ فَقِيْرٌ  (Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khoirin faqiirun)

IKLAN

Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

Ada yang menafsirkan kata ‘kebaikan’ dalam ayat tersebut adalah jodoh. Kerana jodoh adalah sebahagian dari kebaikan yang mampu membawa kita pada reda Allah.

Kalau Mahu Jodoh Idaman Datang Mendekat, Amalkan Je Baca Tiga Doa Pendek Ini

Itulah tiga doa yang mampu mendekatkanmu dengan jodoh jika diamalkan terus menerus. Namun bukan serta merta dan bukan hanya sekadar menanti dan berdoa sahaja. Jodoh adalah sebahagian daripada takdir Allah yang harus diusahakan bukan dipasrahkan tanpa disertai dengan usaha dan doa.

VIDEO KASHOORGA:

https://www.youtube.com/watch?v=FnUqOumlMTQ&t=44s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI