Ramai yang suka makan petai dan jering walaupun ia mengeluarkan bau yang sangat menyengat atau lebih tepat lagi busuk.
Bau busuk dari petai disebabkan ia mengandungi sebatian bersulfur yang menyebabkan mulut berbau dan urin busuk. Begitu juga dengan jering ia mengandungi asid jenkolik yang bertoksid. Kelemahan ketara petai dan jering ialah pada baunya yang menyebabkan orang sekeliling yang terganggu.
Dalam hukum Islam memakan kedua-dua ulam ini memang tidak dijelaskan. Namun hukum memakannya dapat disamakan dengan hadis yang menerangkan memakan bawang putih dan merah yang keduanya memiliki aroma yang tajam.
Ada sebahagian makanan atau minuman yang dilarang dalam agama, ada juga yang hanya makruh hukumnya dan ada juga yang halalan thoyyiban, seperti petai dan jering ini. Sebenarnya jenis makanan ini tidak pernah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis.
Ads
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW; عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه في فتح خيبر أن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم قال: “من أكل من هذه الشجرة الخبيثة شيئاً فلا يقربنا في المسجد”، فقال الناس: حرمت، حرمت، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فقال: “أيها الناس إنه ليس بي تحريم ما أحل الله لي، ولكنها شجرة أكره ريحها
“Dari Abi Sa’id al Khurdry ketika penaklukan Khaibar, Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Siapa yang memakan dari pohon yang berbau ini (bawang merah dan bawang putih) maka janganlah mendekati masjid.’ Orang-orang pun langsung bercerita-cerita tentang sabda nabi ini, mereka mengatakan: ‘Diharamkan, diharamkan.’ Hingga sampailah isu ini ke Rasulullah SAW, maka beliau bersabda: ‘Wahai umat manusia, sesungguhnya saya tidak mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, akan tetapi pohon ini, aku tidak suka baunya,” (H.R Muslim).
Dari hadis ini, jelaslah bahawa bawang merah dan bawang putih tidaklah dilarang. Akan tetapi nabi hanya tidak suka baunya saja, kerana akan mengganggu keselesaan orang sekeliling, sehingga nabi melarang orang yang memakannya masuk masjid, yang menyebabkan orang lain hilang tumpuan ketika solat.
Bagaimanapun, bawang yang telah dimasak tidak mengeluarkan bau selepas memakannya, maka ia tidak akan mengganggu ketenteraman sekeliling, maka tidak menjadi masalah kepada kita untuk ke masjid.
Ads
Begitu juga dengan petai dan jering, jika sudah dimasak ia kurang mengeluarkan bau yang kuat malah kita boleh menggosok gigi atau mengunyah gula-gula getah sesudah makan bagi menghilangkan bau mulut.
Ads
Akan tetapi ada yang memakruhkannya dengan alasan, baunya memberi mudarat kepada orang lain kerana Nabi sangat menganjurkan agar kita selalu menjaga kenyamanan dan jangan pernah mengganggu orang lain.
Kesimpulannya, kita dibolehkan makan petai dan jering, tetapi jangan terlalu banyak kerana bimbang tidak disenangi orang sekeliling.
Dalam masa sama, petai juga akan menyebabkan angin dalam badan kerana proses penghadaman yang lambat. Manakala, asid jenkolid pada jering akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang jika dimakan kerap dan banyak.
Kashoorga: Apa pun yang kita makan, seharusnya diambil dalam kadar sederhana dan tidak mengganggu orang sekeliling.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sunat bererti sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya. Ramai sedar akan kelebihan melakukan ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.
Tahukah, ada lima jenis puasa sunat yang boleh kita lakukan dan meraih pahala sebanyak mungkin. Dikongsikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, berikut adalah lima jenis puasa sunat yang ganjarannya sangat banyak termasuk dos akita dihapuskan setahun lamanya. Ternyata walau hanya sunat tapi ganjarannya sangat besar di sisi Allah taala.
Antara jenis puasa sunat ialah:
Puasa pada Hari Arafah
Sunat berpuasa pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan ibadat haji.
Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Qatadah RA katanya: “Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Riwayat Muslim (1162)
Hari Arafah adalah hari yang afdhal antara hari yang lainnya. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari lain yang lebih banyak Allah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada api neraka selain hari Arafah.” Riwayat Muslim (1338) Adapun orang yang sedang mengerjakan ibadat haji, tidak sunat berpuasa pada hari tersebut, bahkan dia sunat berbuka mengikut perbuatan Nabi SAW, di samping menguatkan tenaga untuk berdoa pada hari tersebut.
2) Puasa pada Hari Asyura’ dan Tasu’aa’
Asyura’ adalah hari yang kesepuluh bulan Muharam, manakala Tasu’aa’ pula adalah hari yang kesembilan pada bulan tersebut. Ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Abbas RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura’ dan Baginda menyuruh puasa pada hari tersebut.” Riwayat al-Bukhari (1900) dan Muslim (1130) Hadith yang lain pula, daripada Abu Qatadah RA, Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari Asyura’. Baginda bersabda:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
Maksudnya: “Ia menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.” Riwayat Muslim (1162)
Hadith seterusnya, daripada Ibn Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika aku masih hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari yang kesembilan Muharram.” Riwayat Muslim (1134)
Namun, Rasulullah SAW telah wafat sebelum tiba masa tersebut.
Hikmah berpuasa hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’ adalah untuk berhati-hati daripada kemungkinan berlaku kesilapan awal bulan. Begitu juga halnya supaya tidak menyamai perbuatan orang Yahudi. Mereka juga berpuasa pada hari kesepuluh bulan Muharam. Justeru, sesiapa yang tidak berpuasa pada hari Tasu’aa’ dan hari Asyura’, dia sunat berpuasa pada hari yang kesebelas bulan tersebut.
Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Dalil sunat berpuasa pada kedua-dua hari tersebut ialah hadith, daripada Aisyah R.Anha, katanya:
Maksudnya: “Semua amalan dipersembahkan pada hari Isnin dan Khamis. Justeru, aku ingin amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa.” Riwayat al-Tirmizi (747)
Puasa Selama Tiga Hari pada Setiap Bulan
Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam yang dikenali juga sebagai hari-hari putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
Maksudnya: “Rasulullah SAW meminta aku melakukan tiga perkara, iaitu puasa selama tiga hari pada setiap bulan, solat Dhuha dua rakaat dan solat Witir sebelum tidur.” Riwayat al-Bukhari (1124) dan Muslim (721)
Hadith seterusnya, daripada Abu Qatadah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 haribulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.”Riwayat Abu Daud (2449)
Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut.
Puasa Selama Enam Hari pada Bulan Syawal
Cara yang afdhal adalah puasa berturut-turut sebaik sahaja selepas Hari Raya Aidilfitri. Namun, cara demikian tidaklah menjadi syarat. Malah, sunatnya tetap didapati, sekalipun dilakukan secara berselang-selang hari. Ini berdasarkan hadith, daripada Abu Ayub RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.”Riwayat Muslim (1164)
Berdasarkan kitab ini, dan juga dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa puasa 27 Rejab tidak dianggap termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau hari Khamis. Begitu juga sebagaimana yang kami bahaskan bahawa penentuan Isra’ Mi’raj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf di kalangan ulama’ tarikh.
Marilah sama-sama kita beramal dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan inilah yang diajar oleh Islam kepada kita. Semoga kita sentiasa mendapat taufiq dan hidayah daripada-Nya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pelbagai cara dllakukan untuk menyalurkan dakwah dan salah satunya dalam terbitan drama bermutu. Sabtu lalu drama Insan Terpilih lakonan Syazwan Zulkifli dan Jay Iswazir ini nyata telah berjaya menyuntik emosi.
Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pemuda yang kurang waras akalnya dan amalannya adalah dengan menjaga surau. Malah kehidupan seharriannya juga dihabiskan dengan mencuci surau.
Malah hidupnya digambarkan tidak meminta-minta dan jika ditanya kenapa melakukan semua ini adalah kerana dia mahukan pahala.
Pengakhirannya Begitu menyedihkan kerana watak Firdaus ini telah meninggal dunia hingga membuatkan penonton jadi sebak dan memuji jalan cerita yang penuh dengan peringatan dalam menjaqlani kehidupan sebagai insan di atas muka bumi ini.
Drama arahan Nazir Jamaluddin ini sebenarnya adalah adaptasi daripada kisah sebenar iaitu Si Husein Gila yang sudah semestinya memberi kesan lebih dramatik kepada penonton.
Baca perkongsiannya di sini yang diceritakan melalui Facebook Pesan Ayah.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Drama TV3 Insan Terpilih based on kisah benar “Si Husein Gila”
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.
Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.
Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.
Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.
Saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.
Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor/Hasnah Binti Shamsuddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pasti ramai yang pernah menonton drama 7 Hari Mencintaimu. Ia mengenai ego yang menebal dan hampir memusnahkan rumahtangga. Ternyata olahan cerita berkenaan sangat dengan situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita bagi pasangan berumah tangga.
Kisah ini memberi pengajaran yang sarat berguna dan menjadi panduan kepada kita sebagai pasangan suami isteri yang mahu mencari kebahagiaan sendiri.
Malah boleh dikatakan sifat ego sama ada suami atau isteri itu yang menjadi punca keretakan rumah tangga setiap pasangan.
Mengulas mengenai kisah dramai, Pendakwah Bebas, Da’i Wan Dazrin turut menganggap bahawa ego itu adalah ujian terbesar dalam rumah tangga dan merekodkan antara punca kenapa perceraian itu berlaku.
Menurutnya juga kegoan pasangan itu tidak pernah menjadi satu kebaikan sebaliknya kerugian pada diri sendiri.
Paling penting tambahnya pendakwah bebas ini juga kesabaran dalam mengendali emosi isteri itu mampu membuang ego pasangannya sendiri. Suami itu sendiri perlu ada sifat mendidik jika mahukan rumah tangga di bina kekal hingga ke jannah.
Ayuh, ikui perkongsiannya.
“Pada akhirnya saya lihat keegoan sering kali menjadi punca mengapa pasangan yang telah berkahwin tidak mampu mengekalkan hubungan sesama. Ujian ego ni besar. Terkadang saya turut merasa takut dgnnya. Sbb memang disebabkan ‘Ego’, telah merekodkan berapa ramai pasangan bercerai.
“Disebalik keegoan inilah timbulnya faktor tidak serasi dan tidak sefahaman. Walau macam mana pun berbeza perangai & sikap pasangan kita, namun disebabkan kita ego, mahu dia yang berubah dan bukan kita, menjadikan sesebuah hubungan itu sangat berat sebelah dan bahkan paling pedih & sedih, bila satu pihak sahaja yg terasa, dan terus makan hati dalam diam.
“Manusia mana yg mampu bertahan menahan perasaan terluka selamanya. Tiada seorg pun yg mampu melakukan itu. Maka, sebelum ia berlaku, setiap pasangan suami & isteri perlu benar-benar faham, dan rasai apa yang saya nak sampaikan tentang ‘Keegoan’ dalam rumah tangga masing2.
“Ia merugikan. Ia tak pernah membawa kebaikan. Jadi jangan tenggelam dgnnya. Simpanlah nasihat saya ini sedalam-dalamnya.
“Bahkan, keegoan pd akhirnya akn selalu buat kita kesal dihujung waktu. Berapa ramai kita mementingkan rasa di hati sendiri kerana ‘Keegoan’, lantas tak mahu memaafkan kesalahan pasangan masing2, atas sebab dia sering kali berbuat salah.
“Selagi salah dia itu bukan hal yg besar, bukan hal yg melanggar syarak, maka baik suami atau isteri belajar, dan belajar utk melepaskan ‘Rasa terluka’ itu dgn cepat ‘Memaafkan’.
“Berapa ramai pasangan yg terduduk menangis tidak terhenti, kesal tidak berkesudahan bila pasangan hidup kita ditarik nyawanya utk kembali pd Allah swt selama-lamanya. Jgn biarkan benda tu berlaku pd diri masing2. Belajar tentang itu.
“Ingat, keegoan seorang suami, dan seorang isteri tak pernah menjadi satu kebaikan, tp sebaliknya satu kerugian.
“Maka belajar dari sinopsis 7HMK2 ini, yang hanya kekesalan & kekecewaan shj yg akn bertandang buat suami & isteri bila keegoan berada dlm diri masing2.
“Bg saya, jika Khuzairi bersabar, dia akn mampu kendali emosi Mia, & akan mampu buang keegoan Mia. Itulah perlu suami yg berjiwa mendidik. Tugas mendidik jika tak disertakan kesabaran, maka even seorg suami pun takkan mampu mengendali seluruh keturunannya.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...