Apabila diajukan soalan kepada lelaki, apakah saat paling menggetarkan hati dalam hidup mereka, rata-rata jawapannya ketika hendak berkhatan dan ketika duduk bersila untuk melafazkan akad nikah. Dua situasi itu agak menyeramkan dan boleh membuat dada mereka berdegup kencang.

Justeru untuk menghilangkan kegugupan ini, disarankan untuk melakukan beberapa perkara ini:

1) Latih Lafaz
Lafaz akad nikah sudah diketahui apa yang bakal disebut nanti. Jadi cuba buat latihan dengan orang terdekat misalnya adik atau abang. Ulang berkali-kali sehingga anda fasih akan susunan ayatnya.

2) Buat Persedian Rapi
Sebelum bersalam dan goncang tangan untuk lafaz akad nikah, selalunya jurunikah akan meminta pengantin memberikan dokumen kebenaran nikah termasuklah kad pengenalan. Siap-siapkan segala dokumen yang diperlukan dengan rapi dan letak di tempat yang mudah untuk anda ambil. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menambah kegugupan anda. Kalau takde penyakit cepat gugup tak apa juga.

3) Anggap Hal Ringkas Sahaja
Apabila rasa gugup datang, memang boleh berpeluh dibuatnya. Sediakan tuala kecil untuk mengelap peluh. Positifkan pemikiran dan diri anda. Anggap ini hanya satu hal yang simple sahaja. Bukannya susah. Kalau anda fikir ianya mudah, maka mudahlah jadinya.

IKLAN

4) Tenang
Jangan kelam-kabut. Sila tenangkan diri anda. Jika perlu, sediakan sebotol air mineral untuk anda teguk sesekali sementara menunggu jurunikah dan memulakan proses akad nikah.

5) Jaga Pernafasan
Perasaan gemuruh sangat berkait rapat dengan cara anda bernafas. Darah gemuruh menyebabkan nafas menjadi pendek-pendek dan laju. Rileks bro. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan. Ini membantu melegakan perasaan.

IKLAN

6) Pakai singlet atau kemeja-T nipis di dalam
Baju pengantin selalunya dibuat daripada fabrik yang tidak serap peluh. Justeru usah lupa menyarung singlet atau kemeja-T nipis di dalam baju pengantin untuk menyerap peluh. Pakaian selesa membantu anda lebih tenang.

7) Jangan Banyak Bergerak
Sebagai pengantin lelaki yang bakal diberi 100 peratus tumpuan ketika akad nikah nanti, memang gemuruh tak dapat dielakkan. Tolong jangan banyak bergerak. Anda ada ramai saudara mara yang boleh membantu melancarkan majlis. Tolong beri tumpuan pada proses akad nikah. Jangan bergerak ke sana sini. Duduk setempat dan fokus. Insya-Allah gemuruh hilang.

IKLAN

8) Semangat!
Walaupun gugup dan gemuruh, semangat perlu ada. Jangan sesekali menjadi begitu takut sehingga menjejaskan emosi. Hei, tak seronok ke nak jadi suami? Jadi, tolong semangat ya.

9) Minum air secukupnya
Air mineral perlu jadi teman baik anda ketika ini. Teguk sesekali jika terasa tekak kering kerana perasaan gugup itu datang.

10) Pastikan Cukup Tidur
Pastikan anda dapat rehat sepenuhnya pada hari sebelum majlis pernikahan. Tidur yang cukup membantu tubuh mendapat stamina dan emosi lebih stabil. Jadi, mudahlah untuk anda melawan rasa gugup pada majlis akad nikah nanti.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI